Netbook Asus Eee PC 1015 PW


Alhamdulillah syukur.... semalam dapat tumpang beli netbook saing dengan anak2 yang cari notebook di Plaza Low Yatt. Tersangatlah sweet kaler... kaler purple.. :) Saiz pula just nice, muat dalam hand-bag saya.. senang dibawa ke mana-mana.. :)

Sebelum tu dah survey kat internet brand mana yang paling baik spec, stability dan world of mouth-nya. Ternyata netbook/notebook Asus jatuh pada ranking no.1 berbanding Toshiba, Acer, Dell dll.

Masa tengok gambar dalam tenet dah suka, bila tengok yang betul-betul dekat low yatt.. alamak terus jatuh cinta.. he he..

Mohon pada Allah agar ada keberkatannya. Moga dapat dimanafaatkan sebaik mungkin dalam cernaan minda dan cetusan idea di alam ciber.. mohon pada Allah agar dipertingkatkan lagi kekuatan bermuhasabah diri, insaf dengan diri yang begitu kerdil.. Allah jadikan dunia untuk manusia dan manusia dijadikan untuk akhirat. Jadi sama2 kita gunakan semua equipment yang ada di sekeliling kita dengan sebaik-baiknya dalam usaha pencarian serta perkongsian ilmu yang bermanafaat, InsyaAllah. Biar ada peranan kita biarpun sekelumit...


Alhamdulillah.

******************

Asus Eee pc 1015pw netbook specs :

  • Operating System: Genuine Windows ® 7
  • Express Gate
  • Display: 10.1 “LED backlit WSVGA screen (1024 × 600), Matte
  • CPU & Chipset: Intel ® Atom ™ N550 Pineview-M
  • Asus Eee pc netbook memory: 2GB DDR3 SO-DIMM
  • Wireless Data Network: WLAN 802.11b 2.4GHz @ *
  • Bluetooth3.0 *
  • Hard Drive: 500GB ASUS WebStorage
  • Camera: 0.3M Pixel
  • Audio: Hi-Definition Audio CODEC
  • Stereo speakers
  • Microphone
  • 1 x VGA connector
  • 3 x USB 2.0
  • 1 x 10/100 LAN RJ-45
  • 2 x Audio Jack (headphones / mic-in)
  • Card Reader: MMC / SD (SDHC)
  • Asus Eee pc netbook battery: 10 hours (6 cell 48W / h)
  • Dimensions: 36.4mm ~ 262x178x23.6
  • Weight: 1.25Kg (with 6 cell battery)

Tujuan Hidup


Tertarik hati untuk kongsi satu tazkirah online...


Hidup kita ibarat Komputer... ada hardware dan ada pula softwarenya. Hardware nya terdiri dari keperluan seperti harta, keluarga, makan minum dsb manakala software nya pula memerlukan pengisian untuk makanan ruhani.

Hakikatnya, tiada yang senang 100%. Tidak ada yang sempurna. Ramai yang senang tapi tak tenang. Ramai yang senang tapi jiwa rasa sempit, hati tak tenteram. Tak ramai yang senang mendapat tenang.

Harus diingat, jangan kerana kita hendakkan senang lalu kita abaikan tenang. Dan jangan pula sebab kita nakkan ketenangan lalu kita pinggirkan kesenangan. Perlu wujudkan tenang dalam usaha mencapai senang. Untuk capai tenang, kita kena banyak melakukan ibadah. Biar ibadah merangkumi seluruh aspek kehidupan. Tak kira di mana berada biar semua menjadi ibadah. Kebanyakan masa biasanya bertumpu di tempat kerja. Fokus jadikan kerja sebagai ibadah kerana bila diniatkan sebagai ibadah, maka itulah yang dinamakan tujuan hidup.

Bila nawaitu hanya kerana Allah, bukan saja kita akan dapat senang dari gaji yang diterima tapi sekelian InsyaAllah akan mendapat pahala. Jangan kita hilang arah akan tujuan sebenar. Rumah kita dibina dengan konkrit tapi rumahtangga kita mesti dibina dengan kasih-sayang. Itu termasuk dalam tujuan hidup.

Berbalik pada perumpamaan sebagai komputer.... kuantiti harta (hardware) memang penting tapi kualiti jiwa(software) lagi penting dalam matlamat untuk kita membina ' tujuan hidup.'

Maka berbekallah kita... kerana sebaik-baik bekal adalah TAQWA kepada Allah SWT...

Sebagaimana firman Allah:
''Bertaqwalah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-KU hai orang-orang yang berakal.''(Surah al-Baqarah:197).


Dari Zaid bin Thabit r.a berkata: saya telah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Jika matlamat seseorang itu adalah dunia maka Allah SWT akan memporak perandakan urusannya. Yakni Allah SWT akan menyusahkannya di dalam segala urusan (rasa khuatirkan) kemiskinan terbayang-bayang dihadapan matanya, dan dia akan mendapat dunia hanya sekadar apa yang telah ditakdirkan untuknya. Dan sesiapa yang niatnya adalah akhirat, maka Allah SWT akan memudahkan urusannya dan Allah SWT akan menjadikan hatinya kaya, dan dunia akan datang dalam keadaan hina kepadanya. (HR Ibnu Majah)

Wallahu'alam.

Harga ayam RM8.80 sekilo

Ayam pun terpinga-pinga kehairanan


"Ohh! Terkejut kak Wan masa nak bayar rega ayam tadi, nur...


...Ada ke patut skarang sekor 21 inggit... ish apa nak jadi dengan rega barang skarang ni, kan nur...", keluh kak Wan dalam talipon tadi.

"Memang ya pun kak Wan... nur pun geram, dulu kalu 21 inggit tu kita boleh dapat dalam dua ekor.. sekarang mana dapat lagi... ", saya ikut meng'iyakan apa yang sedang kalut diperkatakan kat pasar dalam semenjak dua menjak ini.

"Tu belum tengok rega ikan lagi..... kak Wan dah tak tau nak makan lauk apa dah le ni, nur... '

"Nur tadi, lagi berbuku hati time ke gerai ikan. Beli sotong rasanya sikit je tapi RM11, ikan tenggiri 3 keping RM9, ikan kembong tak sampai sekilo pun.. RM9...sume RM29. Sebelum tu, habih kat gerai ayam dah RM27 untuk 2 ekor, tu pun tadi pilih yang saiz kecik je.. he he"


**Diselitkan sedutan dialog via fon-kol antara saya dengan seorang sahabat. Rata-rata orang mengeluh di sana-sini. Nilai wang kita dah rasa kecik benor.... semua barang mahal... tak payah tengok benda lain, contoh gula je sekarang RM2.30, susu pekat kalau baru je satu ketika dulu selalu beli degan harga RM2 sekarang dah melonjak jadi RM3.20... hebat sungguh. Nampak gaya orang yang susah makin jadi susah le, kecik peluang untuk nak rasa lega sikit... dunia... dunia..

Rega barang asyik naik takde yang nak turun. Era barang naik la katakan. Kadar inflasi jelas, makin meningkat. Jika kadar inflasi 5% setahun maka setiap tahun nilai wang menurun 5%. Maknanya kalau kita ada wang kertas RM100, maka nilainya pada tahun depan secara purata jadi RM95. Patutlah kalau dulu belanja pasar, RM100 tu cukup untuk seminggu. Sekarang dah tak brapa nak cukup dah... plus minus bawang lada, santan dll.. sudahnya over budget... Contoh yang nyata, pagi tadi saya pergi pasar ingat harga ayam dah turun, tapi tengok2 ternyata masih kekal dengan harga bertahan RM8.80 se kg. Ingat lagi.. awal tahun dulu cuma RM6.50 - RM7.00 je se kg....ish ish...

errr... merungut2 sikit... tapi rungutan berdasarkan fakta.. bukan auta.. :))


Jadual Harian Seorang Muslimah


 Bismillahirrahmanirrahim

CHECKLIST khusus buat latihan diri sendiri sepanjang melalui bulan Rejab lalu InsyaAllah akan merentas Syaaban dan InsyaAllah nanti akan bertemu pula dengan Ramadhan bulan yang mulia. *dipetik dari jadual harian seorang hamba Allah... di-olah sesuai dengan kemampuan diri... biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya, biarlah sedikit mohon agar berterusan... InsyaAllah*


4.45 - 5.00 pagi

Bangun

Baca doa bangun tidur

Baca doa masuk tandas

Mandi dan membersihkan diri

Mengambil wudhuk

Baca doa keluar tandas

Baca doa lepas wudhuk
 
Solat Sunat Tahajjud 2 rakaat
Solat Sunat Taubat 2 rakaat
Solat Sunat Witir 1 rakaat (jika belum dilakukan selepas Solat Isyak pada malamnya)



5.40 pagi

Menjawab azan

Solat Sunat Fajar 2 Rakaat

Solat Subuh

Selitkan doa ayat seribu dinar dan doa katham quran setiapkali berdoa

Membaca Zikir al-Mathurat
(pagi)


Mula melakukan tugasan r/tangga dengan membaca Bismillahirrahmanirrahim dan niatkan agar semua pekerjaan menjadi ibadah semata-mata kerana Allah... Sentiasa membaca basmallah bila mulakan setiap kerja, cuba sentiasa berada dalam wudhuk(usahalah untuk bersolat Sunat Wudhuk 2 rakaat setiapkali memperbaharui wudhuk).



9.00 pagi

Solat Sunat Dhuha 2 rakaat @ 4 rakaat dengan 2 salam

Baca Surah al-Waqiah
Baca zikir al-Mathurat (pagi) jika tidak sempat selepas Subuh.


Memasang kaset/cd orang mengaji quran/zikir secara berterusan dan bersambung-sambung sebagai back-ground sepanjang melakukan kerja-kerja rumah. Basahi lidah dengan zikrullah takkala membuat kerja-kerja memasak, menyapu rumah, menyiram pokok dsb. Lakukan kerja dengan sebaik mungkin tanpa ada keluhan, tanpa rasa terpaksa, tanpa tertekan. Banyakkan berselawat, bersyukur dan beristighfar memohon ampun pada Allah. Sentiasa zahirkan rasa syukur dengan amalan Sujud Syukur. Penuhi luang waktu dengan mengaji quran, menghafal surah-surah pendek, membaca Sunnah serta Sirah baginda Rasulullah SAW dsb. Elakkan diri dari berbuat perkara sia-sia yang tiada manafaatnya dan boleh mengundang dosa. Kawal diri dari terlibat dalam aktiviti mengumpat dan mendengar umpatan.



1.30 tengahari

Bersedia untuk Solat Zohor

Menjawab azan. Elakkan dari bercakap/berbual semasa azan berkumandang
Solat Kobliah 4 rakaat sebelum Zohor
Solat Zohor
Solat Baadiyah 2 rakaat selepas Zohor

Luangkan masa mengaji quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2m/s selepas solat.


4.30 petang
Bersedia untuk Solat Asar

Menjawab azan
Solat Asar
Membaca Zikir al-Mathurat (petang)
Luangkan masa mengaji Quran dan membaca terjemahannya sekurang-kurangnya 2 m/s selepas solat.



7.15 petang

Bersedia untuk Solat Maghrib

Menjawab azan.
Solat Maghrib
Solat baadiyah 2 rakaat selepas Maghrib

Membaca Zikir al-Mathurat (petang) jika tak sempat selepas waktu Asar.


Usaha luangkan masa untuk berada di majlis ilmu di surau/masjid berhampiran. Menutup aurat dengan sempurna takkala keluar dari rumah. Teringat kata-kata ustaz, kita ke masjid untuk dapatkan hidayah dari Allah SWT..sesiapa yang duduk dalam majlis ilmu, InsyaAllah Allah akan lorongkan baginya kebaikan... aminn



8.30 malam

Menjawab azan bila azan dilaungkan

Solat Isyak

Solat baadiyah 2 rakaat selepas solat Isyak.



Usaha menambah ilmu dengan membaca Kitab-kitab Hadis dan kitab Sirah Nabi SAW. Membaca Surah al-Mulk. Bermuhasabah diri. Tidur awal dengan niat untuk dapat bangun Solat Malam. Sebelum melelapkan mata, baca doa sebelum tidur, baca ayat Kursi dan 3 Qul.

~~~~~~~~~~~~~~~
Dari Aisyah r.ha meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa yang istiqamah bersolat 12 rakaat, Allah akan membinakan mahligai untuknya di dalam syurga. (12 rakaat itu ialah): 4 rakaat sebelum zohor, 2 rakaat selepas Zohor, 2 rakaat selepas Maghrib, 2 rakaat selepas Isyak dan 
2 rakaat sebelum Subuh. (HR Nasa’i)

Wallahu a'alam.

Mohon berkat di bulan Rejab


"Dosa tak kira kecil atau besar WAJIB diingkari..."

Tegas kedengaran suara ustaz takkala mengucapkan kata-kata tersebut. Dosa tetap dosa, tetap membawa kita kepada Neraka... jadi elakkan diri kita dari termasuk dalam golongan orang2 yang cuba memperlekehkan hukum Allah. Yang dilarang buat kecil maupun besar tetap wajib ditinggalkan.. katakan TIDAK dari berbuat dosa.


Jangan kita terus mempersendakan hukum Allah dengan berkata...
"Takper.. dosa kecil je tu.. bukan dosa besar pun.." AWAS terhadap kata2 yang terkeluar dari mulut kita. Tak pasal2 boleh menggugat akidah kita yang selama ini mengaku Islam.

Ustaz mengajak kita memperbanyakkan amal di bulan Rejab ini. Walaupun masih tinggal beberapa hari lagi Rejab sebelum melangkah ke bulan Syaaban, namun tiada alasan untuk kita bertangguh untuk berbuat amal. Jangan kita nak tunggu muncul Syaaban baru nak mula.

Penuhi ruang waktu setiap hari dengan amal yang sebaik-baiknya. Pandai2 kita membahagikan masa yang ada, bukan hanya fokus bekerja untuk kehidupan dunia tapi seimbangkan masa khusus untuk ibadah dan pencarian ilmu.


Teringat saya pada kisah yang dibaca tentang seorang pemilik fatwa di Masjidil Haram. Beliau yang asalnya seorang hamba berupaya membahagikan masanya terisi kepada 3 bahagian. Satu pertiga dari masanya diperuntukkan untuk memberi khidmat pada majikannya, sepertiga lagi dikhususkan untuk beribadat sepenuhnya ke hadrat Allah SWT dan sepertiga selebihnya digunakan untuk pengisian ilmu buat kemantapan dirinya. Beliau berguru dengan ramai sahabat baginda Rasulullah SAW yang mana masih ada. Masa bagi beliau sangat berharga dalam usaha memburu keberkatan dan redha Allah SWT
.

Bermotivasi dari kisah tersebut, mari kita urusi masa kita dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia... jika tersia masa, rugi-lah kita..

Bak kat ustaz semalam, pakat2 kita jadikan rumah kita sebagai 'Rumahku ibarat Syurga bagiku' dengan menempatkan setiap sudut dengan perkara yang baik2. Gantikan sudut 'cd cetak rompak' dan alatan hiburan dengan buku-buku dan kitab-kitab yang dapat mendidik ruhani. Terapkan nilai2 murni dalam diri anak2 melalui contoh yang baik bermula dari diri kita sendiri. Lalui bulan Rejab dengan banyak mengaji Quran, berpuasa sunat dan solat2 sunat terutama Solat Malam. Hiasi diri dengan ibadah sepanjang hari.


Ustaz bagi contoh seorang ulamak yang satu ketika dulu beliau pernah berpeluang solat berjemaah Isyak bersama2. Ulamak tersebut sebagaimana yang diketahui oleh murid2nya adalah seorang yang telah mengerjakan solat malam selama 50 tahun, tanpa henti. Selepas ditanya, beliau memberitahu waktu tepat yang dipraktikkannya selama 50 tahun untuk bangun malam itu. Masih lagi di sepertiga malam iaitu satu setengah jam sebelum masuknya waktu solat Subuh.

Di dalam rumah beliau, sarat dipenuhi dengan pelbagai kitab. Gambar anak2nya yang seramai 4 orang terbingkai kemas di dinding rumah, begitu menjadi kebanggaannya. Dari cerita beliau, rupa2nya keempat-empat mereka itu telah mati syahid. Jelas terpancar nur di wajah beliau. Bila terpandangkan wajahnya saja, semua yang hadir rasa terpegun.. itu belum lagi mendengar suara. Jelas terserlah AURA yang hebat menghiasi dirinya. Maka tak hairanlah bilamana beliau membacakan surah Al-Fatihah semasa bersolat Isyak, hampir kesemua makmum di belakang beliau telah menitiskan air mata...rasa sedih, sayu dan menusuk hati.. Subhanallah...


************


Dalam beberapa siri kuliah maghrib yang lepas, para ustaz berturut-turut mengingatkan tentang keutamaan beramal di bulan Rejab. Sebelum sampai di penghujung Rejab, masih ada peluang buat kita untuk dapat mengulang-ngulang membaca doa ini...

اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان

Allah humma bariklana fi rojaba wa syaabana wabalighna ramadhan...

yang bermaksud:

"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."

Cukup-cukup lah...


"Alhamdulillah bersyukur kita kerana diberi kelapangan oleh Allah untuk dapat duduk dalam majlis ilmu malam ini...", terngiang2 kata2 aluan oleh S/U masjid sebelum ustaz mengambil tempat untuk sampaikan tazkirah. Ustaz kali ini memastikan kami yang hadir ada al-Quran di tangan masing-masing untuk sama-sama dapat membaca dan menghayati potongan ayat 14 - 19 Surah al-Mujadilah di m/s 544.

Selepas membaca, ustaz huraikan tafsir potongan ayat yang dimaksudkan untuk sama2 diambil iktibar dan peringatan tentang apa yang Allah firmankan.


...maksud ayat:
[14]

Tidakkah engkau melihat (bagaimana jahatnya) orang-orang yang bersahabat karib dengan kaum yang telah dimurkai Allah (dengan sebab kekufuran dan khianatnya)? Mereka itu bukanlah dari golongan kamu dan bukan pula dari golongan kaum yang tersebut itu (kerana mereka ialah golongan munafik); dan lagi mereka selalu bersumpah dengan dusta, sedang mereka mengetahui (bahawa mereka adalah berdusta).
[15]
Allah telah menyediakan bagi mereka azab seksa yang berat; sesungguhnya amatlah buruk apa yang mereka telah lakukan.
[16]
Mereka menjadikan sumpahnya sebagai perisai (untuk menyelamatkan diri dan harta bendanya daripada dirampas atau dibunuh), maka dengan yang demikian dapatlah mereka menghalang (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah; oleh itu mereka beroleh azab seksa yang menghina.
[17]
harta benda mereka dan anak pinak mereka tidak sekali-kali akan dapat memberikan sebarang pertolongan kepada mereka dari azab Allah. Merekalah ahli neraka, mereka tetap kekal di dalamnya.
[18]
(Setelah nyata kepada orang-orang munafik itu bahawa harta benda dan anak pinaknya tidak dapat memberikan pertolongan), ketika mereka semuanya dibangkitkan oleh Allah (pada hari kiamat), maka mereka bersumpah kepadaNya (bahawa mereka adalah orang-orang mukmin) sebagaimana biasanya mereka bersumpah kepada kamu; dan mereka menyangka bahawa (dengan berbuat demikian) mereka akan mendapat sesuatu (yang berfaedah kepada mereka). Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya merekalah golongan pendusta.
[19]
Syaitan telah menguasai dan mempengaruhi mereka, sehingga menyebabkan mereka lupa mengingati (ajaran dan amaran) Allah; mereka itulah puak Syaitan. Ketahuilah! Bahawa puak Syaitan itu sebenarnya orang-orang yang rugi.



**************

Begitu jelas apa yang ustaz terangkan, huraikan tafsir dari apa yang disebut dalam ayat tersebut... Subhanallah.


Sebagai mengakhiri kuliah, ustaz memperingatkan...


"Cukup-cukup lah tu..."
, kata ustaz.
"Cukuplah jika selama ini kita dah buat endah tak endah terhadap apa yang termaktub dalam al-Quran. Quran dah sebut, tapi kita masih buat tak tahu. Tetap tak takut terhadap apa yang Allah larang. Tetap tak ambik pengajaran dari apa yang Allah firmankan...
...Mengaji biarlah betul-betul. Jangan mengaji, tapi tak ikut. Mengaji kena jelas, kena jelas faham apa yang dipelajari. Biar faham betul-betul, biar timbul taqwa, takut pada Allah. Masalahnya, tak kuat rasa cinta untuk mengaji, tidak sungguh2, mengaji bukan untuk tujuan perbaiki amalan.. tu sebab contohnya bagi sesetengah orang mengaji hanya untuk lulus periksa, bukan untuk sebatikan ilmu dalam diri, tiada kemahuan untuk apply-kan ilmu dalam kehidupan seharian. Itu sebab tak timbul taqwa, tak rasa cinta untuk beramal, tak timbul takut bila langgar perintah Allah, tak rasa gerun bila melakukan dosa..."


Wallahu'alam.

Impian Hamba


Pada-Mu Allah kami bermohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya Syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari Tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya Syurga

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Kasih-Mu Sayang-Mu Redha-Mu
Sempurna memberi segala
untuk kami...

PadaMu Allah...


 
~ Impian hamba sempena hari ulangtahun perkahwinan baru-baru ini.. ALHAMDULILLAH

Resepi Cheese Tart


Kisahnya....

Semalam semasa di kedai jual bahan buat kueh, tiba2 anak saya tunjuk satu objek yang biasa ada di dapur kami. Waaah.. excited pulak tengok kulit tart pun diaorang jual sekarang ni. (.. ke dah lama jual,
maybe saya je yang tak tau, tak ikut perkembangan..he he)

Dalam dunia yang serba nak cepat ni, memang melegakan jika dapat tau ada pastri rapuh dijual ready-made. Ibu2 yang berkerjaya khususnya tentu saja agak bizi dan takde banyak masa sangat untuk buat kulit tart... jadi nak senang, boleh beli je yang ready-made tu... Balik rumah tinggal bancuh inti je then bakar... kita bakor je.. he he


Dek teruja tengok kulit tart tu, saya nak post citer dari dapur kali ni. N3 pertama yang citer pasal masak2. Sebagai selingan InsyaAllah sesekali akan terus diselitkan resepi @ menu dari dapur kami... orite kot!?*# ...


RESEPI CHEESE TART


Kulit:
  • 1 1/2 cawan tepung
  • 1/2 cawan gula halus
  • 3/4 ketul butter
  • 1 biji kuning telur
  • sedikit air dingin untuk jadikan doh

Cara:

  1. Bahan2 kering dicampur dengan butter, gaul ramas guna hujung jari jadikan macam serbuk roti.
  2. Masukkan telor dan air dingin, jadikan doh. Elakkan dari ambil masa yang lama bermain dengan doh, takut nanti doh jadi keras dan kecut. Bahan2 perlu diadun secepat mungkin.
  3. Bungkus doh dalam plastik dan sejukkan dalam petiais selama sejam sebelum dicanai.
  4. Setelah dikeluarkan, canai dan lapiskan ke dalam acuan-acuan tart kecil.
  5. Bakar kosong pada 175'C selama 10 minit sehingga kuning keemasan. Sejukkan.
Inti:
  • 250 gm krim cheese
  • 50 gm gula halus
  • 20gm butter
  • 1 biji telur

Cara:

  1. Pukul semua bahan kecuali telor sampai fluffy, last sekali baru masukkan telor.
  2. Isi filling dalam kulit tart dan bakarlah selama lebih-kurang 10 minit...
  3. ..dah siap dan sedia untuk dimakan. Untuk storage, masukkan dalam tupperware dan simpan dalam petiais.

Blog Archive

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...