Zikir Tanaman Syurga

nice

Bismillahirrahmanirrahim

Suatu waktu dulu saya dan kawan2 pernah di-maklumkan dalam satu majlis ilmu tentang Zikir Tanaman Syurga. Ustaz mengingatkan agar kami sentiasa ingat untuk berzikir kepada Allah.  Mulut dan hati berzikir mengingati Allah dengan bertasbih, bertahmid, bertakbir mahupun bertahlil tak kira samada kita sedang berkenderaan, berada di dalam rumah, di pejabat atau sedang melakukan apa jua pekerjaan.  Dengan sering berzikir InsyaAllah ianya dapat meninggikan darjat kita di akhirat kelak.

Makluman tentang Zikir Tanaman Syurga telah bertahun-tahun berlalu sehinggalah saya terjumpa balik tentang perkara ini yang turut ada dinyatakan di dalam: 
(1) Buku kesayangan saya iaitu "Jagalah Allah, Allah Menjagamu", tulisan Dr 'Aid bin Abdullah Al-Qarni.

Petikan tulisan Dr. 'Aid dari buku tersebut....

Dalam satu hadith dhaif yang diriwayatkan oleh Imam At-Tirmidzi, bahawasanya takkala Rasulullallah SAW mi'raj (naik) ke langit, Baginda Nabi SAW bertemu Nabi Ibrahim a.s yang kemudiannya berkata kepada baginda SAW:

Wahai Muhammad, sampaikanlah salamku kepada umatmu, 
 dan beritahu mereka bahawa Syurga mempunyai beberapa lembah, dan tanamannya adalah 'Subhanallah walhamdulillah wala ilaha illallah wallah hu Akbar'(Maha Suci Allah dan segala puji bagi Allah, dan tiada tuhan yang disembah melainkan Allah, dan Allah Maha Besar)  
(HR At-Tirmidzi, no.3462. 
Majma' AZ-Zawa'd no.16863; dan 
Al-Misykat no.2315)


(2) Kitab Riyadhus Shalihin (Taman Orang-orang Soleh) - Imam Nawawi

Dari Ibnu Mas'ud ra., katanya: Rasulullah SAW bersabda:  "Saya bertemu Nabi Ibrahim as pada malam saya diisra'kan, lalu beliau berkata:  "Hai Muhammad, sampaikanlah salam saya kepada ummatmu dan beritahukanlah kepada mereka bahasanya Syurga itu bagus tanahnya, tawar airnya dan bahawasanya ia adalah merupakan tanah datar yang rata dan benih tanaman Syurga itu ialah:  Subhanallah walhamdulillah wa la ilaha illallah wallahu Akbar."
(Diriwayatkan oleh Imam Termizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan).



Oleh kerana itu, yang diminta dari seorang Muslim ialah 
  • dia sentiasa menghidupkan rumahnya dengan zikir-zikir seperti ini,
  • Al-Quran masuk ke dalam rumahnya, 
  • dakwah masuk ke dalam rumahnya, 
  • iman masuk ke dalam rumahnya 
  •  serta mengeluarkan segala sesuatu yang mengundang murka dan seksa Allah dari rumahnya, 
  • supaya rumahnya menjadi rumah orang yang beriman dan istiqamah.
...aminn..ya rabbal alamin...



Kod Radio IKim.fm

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah hari ini saya letakkan widget Radio Ikim.fm ke dalam blog.  Khusus untuk di-klik dengar sendiri waktu sesekali berpeluang duduk mengadap netbook asus saya yang cantik ini.. ha ha

Elok benar rasanya jika dapat sering2 luangkan masa mendengar radio Ikim yang jelas sangat berilmiah dan berinfomatif.  Bacaan ayat-ayat suci al-Quran, hadis Nabi SAW dan alunan zikir kerap diperdengarkan.  Lagu2 nasyid sesekali diselangi sebagai halwa telinga. Banyak ceramah dan tazkirah harian yang disajikan termasuklah yang disampaikan oleh penceramah hebat seperti Ustaz Pahrol dalam slot Mukmin Profesional, Ustaz Hj Zahazan dalam rancangan Tafsir Al-Quran dan juga Prof Dr Muhaya dalam rancangan Koleksi Bual Bicara serta  pelbagai program lain yang mampu mendidik jiwa seperti Motivasi Pagi, Keluarga Sakinah, Bicara Muamalat, Klinik Jawi dsb. 

Begitu juga dengan rutin kelas Bahasa Arab yang disiarkan yang jika istiqamah di-ikut InsyaAllah akan banyak membantu kita untuk dapat lebih memahami bahasa Arab.  Sesungguhnya adalah berbeza orang yang berilmu dengan orang yang tak berilmu. 
Ini dijelaskan melalui firman Allah yang bermaksud: 
Katakanlah, adakah sama orang yang mengetahui dengan yang tidak mengetahui. (Surah Az-Zumar 9) 


~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Jika nak round cari sendiri, mungkin agak mengambil masa. Jadi disertakan di sini kod Radio Ikim.fm untuk memudahkan jika ada yang berminat untuk memasangnya di dalam blog.  

Cara meletakkannya ke dalam blog ialah:
  • Mula-mula ke ruangan >Dashboard >Layout >Html 
  • Sila copy n paste kod di bawah ke dalam ruangan kosong 'html' 
  • Kemudian tekan 'SAVE' 
  • Widget Radio Ikim.fm kini sudah tersedia untuk di-klik dengar... Alhamdulillah.

Kod:
<embed allownetworking="internal" allowscriptaccess="never" autostart="true" enablecontextmenu="false" enablejavascript="false" height="63" loop="false" name="RAOCXplayer" pluginspage="http://www.microsoft.com/Windows/Downloads/Contents/Products/MediaPlayer/" showstatusbar="1" src="http://cast2.serverhostingcenter.com/tunein.php/oalhadda/playlist.asx" type="video/x-ms-asf" width="100%"></embed>


Moga bermanafaat.

*pautan:  teknik belajar Bahasa Arab

Jadi Hamba Yang Banyak Bersyukur

Bismillahirrahmanirrahim

Peringatan dari majlis ilmu:

Syukur itu satu sifat yang terpuji.  Banyak-banyak kita berterimakasih pada Allah. Begitu banyak nikmat Allah. Tanya diri kita, apakah kita dah termasuk di kalangan orang yang berterimakasih kepada Allah?  Suluh diri melalui mengaji.  Ilmu InsyaAllah dapat menyuluh diri.

Segala amalan dikira ibadah, diterima Allah, dikira pahala, dikira amal soleh di sisi Allah apabila sah niatnya. Sah niat dapat terhasil dari kelebihan ilmu dan orang yang diberi ilmu.  Pastikan sah niat belajar walau belajar di mana saja.  Niat, "Aku belajar kerana Allah Taala".  Hijrahlah, berpindahlah, berubahlah daripada jauh kepada dekat, dari malas menjadi rajin, dari jahil menjadi pandai.

Sah niat dengan ilmu itu bilamana seseorang itu:
  1. mengaji kerana Allah - bukan kerana orang, bukan kerana perkara lain.  Contoh:  Seorang penceramah itu tetap datang mengajar di surau terpencil walaupun sedar tak ramai yang akan hadir. Jangan: "Orang tak ramai, saya tak nak mengajar, kalu ramai orang baru saya nak mengajar." Sahkan niat bahawa kita nak cari redha Allah bukan untuk cari redha makhluk.  Hati-hati... jangan sampai hati kita rosak dek tergelincir niat.
  2. buang sifat jahil dalam diri - kuatkan azam tidak mahu tertipu lagi.  Buang sifat bodoh ganti dengan sifat rajin.  Bila kita belajar, akan nampak diri sebagai hamba yang lemah, jahil.  Maka akan timbul rasa banyaknya lagi perkara yang tak tahu, masih jauhnya diri dari Allah.
  3. beramal dengan ilmu - di mana  dengan berbekalkan ilmu kita yakin dalam beribadah, berdakwah dan berjihad.  Ibadah senjata(kekuatan) untuk berdakwah.  Kena ada senjata .  InsyaAllah dari situ akan lahir kekuatan untuk berjihad di jalan Allah dengan berkorban masa, harta hatta nyawa sekalipun. 

Sifat hamba ialah sentiasa berterimakasih pada Allah terhadap apa jua nikmat, anugerah dan kurnia Allah termasuk umur, sihat tubuh-badan, rezeki, masa yang lapang, harta, pendengaran, penglihatan, kaki, tangan dan segala yang memberi nikmat. Maka pastikan dapat pelihara mata dari pandang apa yang dilarang pandang, pelihara telinga dari dengar apa yang dilarang dengar.  

Sepandai-pandai kita, ada bodohnya.  Maka apabila ditegur, terimalah.  Jangan sentiasa merasa diri kita betul. Rasa marah bila orang tegur kita ialah sebab hati tak berapa nak bersih.  Itu sebab kita tak berapa nak boleh terima teguran atau peringatan.  Apalagi jika dihina, lagi melenting.  Sepatutnya, bersyukur bila orang tegur kesalahan kita, berlapang dada dengan mengucapkan "Alhamdulillah... ada orang yang nak tegur silap aku, terimakasih ya Allah..."

Jangan ada takabbur, sombong dan angkuh, merasa diri begitu hebat sehingga tidak boleh ditegur.  Ingat hakikat hidup kita sesekali di hadapan, sesekali berada di belakang.  Sepatutnya bila mulut senyum, hati manis.  Jangan mulut senyum, hati masam. Biar sama di dalam dan di luar. Untuk mencapainya, kena banyak beri perhatian didik hati.  Sentiasa berzikir untuk tarbiyah nafsu.  Perbaiki hatimu dengan zikrullah. 

Dalam pada hati dah bersih tu, ternyata akan masih ada lagi penyakit hati yang tinggal.  Sebabnya semakin hampir kita pada Allah, semakin dicuba-Nya.  Makin banyak cabaran sebagai ujian buat orang yang beriman.  Contoh: Bila mengaji, baru nak pandai sikit dah rasa diri hebat.. maka jatuhlah kita.  Sifat ujub, riak, takabbur sentiasa mencuri ruang menyelit dalam hati kita.  Jadi jangan putus asa, ingat bahawa Allah nak uji kita. Lazimkan zikir, perbanyakkan sebut: "Laa hau la wala quata illa billah hil 'aliy yil adzim."

Bersyukur dengan nikmat penglihatan yang dipinjam.  Mata jangan melihat barang yang dilarang lihat supaya kekal nikmat mata.  Pelihara mata, jangan liar mata.  Mata jangan jahat.  Muhasabah, dah berapa banyak mata buat baik?  Muhasabah mesti setiap hari. Tanya diri kita, "hari ini mata kita banyak lihat apa?"  Ini langsung tak tengok quran ni, apa cerita!  Jangan suratkhabar kita tengok, sedangkan quran langsung tak tengok, masjid lagi lah dah lama tak nampak.

Begitu juga dengan nikmat pendengaran yang dipinjam.  Jangan bila dengar azan, buat-buat tak dengar.  Bila dengar orang mengaji, cepat2 kuatkan radio dengar muzik.  Jika sampai tahap itu, maka jaga-jagalah... harus sedar sebelum terlambat. 

Tak mustahil hari ini kita nampak, esok dah jadi tak nampak.  Semua barang pinjam, maka tak mustahil.  Dulu mata dua sekarang dah empat, lebih dari orang lain.  Terpaksa pakai kaca-mata sebab nikmat mata dah hampir expired. Sikit-sikit Allah tarik.  Dulu muda, sekarang dah tua, dah tak kuat, sakit sana-sini, sakit pinggang, mata dah nak mati, telinga dah nak mati, kulit pun dah nak mati.  Datang kita dulu 'kosong', maka balik pun nanti 'kosong'... kecuali tinggal 3 benda itupun kalau ada iaitu amal soleh, sedekah jariah dan doa anak yang soleh. Hanya itu yang dapat dijadikan bekal untuk perjalanan panjang di akhirat.

Telah berfirman Allah Taala:
Maksudnya:
Dan barang yang ada pada kamu daripada segala nikmat, maka ia datang daripada Allah Taala....   
(Surah An-Nahl:53)

Justru, berhijrah lah kita. Berubahlah, kuatkan azam untuk berubah. Jangan sering beralasan tiada masa nak baca quran. Dengar quran dapat pahala, tengok quran pun dapat pahala.  Belum lagi baca, dengar dan tengok saja pun sudah mendapat pahala. Hatta pegang quran pun dah dapat pahala. Begitu besar rahmat Allah. 

Melangkah lah kita ke masjid... segeralah melangkah ke sana, jangan malas.   Pakai nikmat Allah dengan sebaik-baiknya tanda kita bersyukur dengan kurniaan itu.  Syukur itu tiada putusnya sehingga ke Syurga.  Ia tidak putus dan ia berkekalan di dalam Syurga.

Berfirman AllahTaala:

Maksudnya:
....dan kesudahan doa bagi ahli syurga itu bahawasanya: Segala puji tertentu bagi Allah yang menjadikan sekalian alam.  
(Surah Yunus:10)

Kita Hamba Yang Sentiasa Lupa

Bismillahi MasyaAllah
Laa haulawala quwwata illa billahil 'aliy yil adzim

Bersyukur.. terimakasih kepada Allah di atas nikmat Iman dan Islam.  Moga2 sama2 kita beroleh kejayaan dalam hal mentaati Allah.  Sentiasa kita ingat-mengingati dalam perkara amal soleh.  Suami ingatkan isteri, isteri ingatkan suami, ingatkan anak2, kawan, handai, jiran ... ingatkan tentang perkara iman dan takwa. 

Selalunya pertanyaan kita bila jumpa, abih2 tanya "dah makan?", "caner bisnes?", "apa cerita sekarang?", "caner exam?", "banyak assignment?"...  Mungkin jarang yang akan tanya, "camane bang, dhuha dah ke belom hari ni?", "Tahajjud ya kita malam ni!", "Caner Solat Rawatib, dah istiqamah?"

Memang lumrah, hal2 dunia saja yang selalu di-ingat.  Sedangkan dunia itu pada hakikatnya cepat atau lambat pasti akan kita tinggalkan.  Yang sepatutnya perlu sering di-ingat dan diperingat ialah perkara akhirat.  Sebab akhirat adalah suatu perjalanan yang panjang.  Maka kena bawak banyak bekal untuk ke sana.  Dunia hanya sekejap, tak perlu lah begitu taksub dalam mencari bekal dunia. Yang nak kita bawa itu yang sepatutnya kita ingat, bukan apa yang akan kita tinggalkan.  

Maka kena saling ingat-mengingati sebab... kita ini hamba yang sentiasa lupa.


*itu peringatan ustaz sebelum memulakan tazkirah

Teringat entry yang lalu...
Pesanan Penaja
Pesanan Elektronik




Zikir Dengan Sebanyak-banyaknya


Ustaz dalam Kuliah Maghrib baru-baru ini mengingatkan semua yang hadir....
"...Selalulah mengucapkan "Subhanallah walhamdulillah walailahaillallah wallah hu akbar".  

Muslim meriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a., beliau berkata: ""Rasululllah SAW bersabda:
Maksudnya:
Mengucapkan subhanallah, alhamdulillah, laailaaha illallah, dan Allahu akbar lebih aku cintai daripada segala yang disinari oleh matahari,"  (HR Muslim 2695)


Muslim meriwayatkan daripada Abu Malik al-Asy'ari ra., beliau berkata: "Rasulullah SAW bersabda:
Maksudnya:
"Bersuci adalah sebahagian daripada iman; ucapan alhamdulillah akan memenuhi timbangan; ucapan tasbih(Subhanallah) dan  alhamdulillah memenuhi ruang yang ada di antara langit dan bumi."   (HR Muslim 223)


Mari kita perbanyakkan mengucap zikir.  

Allah berfirman:  
Maksudnya:
"Wahai orang yang beriman, berzikirlah kepada Allah dengan zikir yang sebanyak-banyaknya.  Dan bertasbihlah kepada-Nya pada waktu pagi dan petang."  
(Surah al-Ahzab 33: 41 - 42)


Jangan Takut Hilang Rezeki

Bismillahirrahmanirrahim

Perkongsian ilmu dari masjid kami:


Jangan takut hilang rezeki.  Tiada perkara yang berlaku di luar pengetahuan Allah.  Semua yang terjadi berada dalam pengawasan-Nya. Hati kita akan tenang dengan keimanan terhadap Allah Taala. Maka bila Allah uji dengan ujian, hati akan tenang bila sedar semua kejadian datang dari Allah. Ujian kesenangan mahupun kesusahan adalah untuk menguji sejauh mana tahap keimanan kita.  Maka bersabar bila ditimpa musibah.
Perancangan Allah lebih baik dari apa yang kita fikirkan. Sudah pasti ada hikmah yang terkandung. Musibah merupakan suatu ujian. Mungkin selepas ujian tersebut, kita mampu jadi lebih dekat dengan Allah. Masa yang selama ini terbatas untuk ibadah berubah menjadi begitu lapang buat kita. Kita dapat ikut majlis ilmu dan berpeluang berubah menjadi orang yang banyak melakukan amal-taat kepada Allah... sesuatu yang tidak dapat dikecapi sebelum ini... Subhanallah..

Ingat apa yang sering kita baca dalam doa Iftitah yang menyebut... Sesungguhnya solatku, Ibadahku, hidupku dan matiku adalah untuk Allah tuhan sekelian alam. Semua perlakuan dan perbuatan kita hanya kerana Allah semata-mata.  Untuk nak tambah keimanan dalam hati maka hendaklah kita tambah amalan ketaatan kepada Allah.  Kalau seseorang menambah amalan soleh, perbaiki akhlak, perbaiki silaturrahim, maka Allah akan tambah iman dalam hatinya. 

Sebaliknya jika buat maksiat, Allah akan letakkan satu titik hitam dalam hati.  Lagi banyak buat yang tak baik, lagi banyak titik hitam.  Maka hendaklah sering berzikir dan berdoa, hendaklah selalu baca quran, sentiasa jaga solat di awal waktu bagi solat yang Allah fardhukan buat kita dan hendaklah usaha untuk tambah melakukan solat-solat sunat.  Solat sunat merupakan amalan terbaik untuk mendekatkan diri kepada Allah. Tidak cukup dengan hanya mendirikan solat fardhu sahaja dalam kesungguhan kita untuk nak cari kasih Allah. Solat sunat terbahagi kepada dua iaitu solat sunat Rawatib dan sebahagian lagi ialah solat-solat sunat yang lain seperti solat Dhuha, Witir, solat Tahajjud, Solat Taubat dan sebagainya.
 
Allah mencintai mereka yang mengerjakan amalan-amalan sunat termasuk solat-solat sunat. 

Daripada Abu Hurairah r.a, dia berkata Rasulullah SAW bersabda:

Maksudnya:
Sesungguhnya Allah Taala berfirman: Barangsiapa yang memusuhi wali-Ku, sungguh Aku telah mengizinkan agar dia diperangi. Tidak ada amal yang paling Aku senangi yang dipergunakan oleh hamba-Ku untuk mendekatkan diri kepada-Ku selain ibadah yang telah Aku fardukan kepadanya. Hamba-Ku yang sentiasa mendekatkan diri kepada-Ku dengan ibadah sunat (nawafil), pasti Aku mencintainya. Jika Aku sudah mencintainya, maka Aku menjadi pendengarannya yang dengannya dia mendengar; Aku menjadi penglihatannya yang dengannya dia melihat; Aku menjadi tangannya yang dengannya dia membuat (sesuatu); Aku menjadi kakinya yang dengannya dia berjalan; jika dia memohon kepada-Ku pasti akan Ku beri; jika dia memohon perlindungan daripada Ku pasti akan Ku lindungi dia. Aku tidak pernah bimbang dalam melakukan sesuatu sebagaimana kebimbangan Ku ketika hendak mencabut nyawa seorang mukmin yang tidak menyukai sakitnya sakratul maut, sementara Aku pun tidak ingin menyakitinya – HR Bukhari

Iman akan bertambah jika banyak melakukan ketaatan pada Allah, sebaliknya ia akan berkurang jika kurang melakukan ketaatan.  Cuba lihat hubungan kita dengan Allah, renungkan pula bagaimana hubungan kita dengan manusia.  Sesungguhnya hubungan kita dengan manusia adalah hasil dari hubungan kita dengan Allah.  Kalau hubungan dengan Allah baik, maka hubungan dengan sesama manusia pun InsyaAllah akan tiada masalah.


Hendaklah kita konsisten melakukan amalan ketaatan.  Istiqamah melakukannya, hendaklah lurus di jalan Allah Taala.  Di sana ada perintah Allah yang perlu di-ikut.  Di sana ada perkara yang dilarang yang perlu dijauhi.  Hendaklah ikut, jangan tengok kanan, jangan tengok kiri.  Jangan ada yang mampu mempengaruhi kita untuk tidak ikut perintah Allah.
Istiqamah beramal ialah terus ikut jalan Allah dan tidak ikut jalan lain yang menyeleweng.Kita berterusan melakukan semua yang diperintah kerana Allah suka jika kita buat sesuatu yang konsisten.  Ada tabiat manusia yang suka buat sesuatu sekejap saja, lepas tu berhenti tak buat lagi.  Contoh semasa bulan Ramadhan, kita rajin beramal, rajin baca quran tapi malangnya habis Ramadhan kita berhenti.  Alangkah ruginya kita. Maka cubalah untuk konsisten dalam beramal. Allah lebih suka amalan kita kecil/sedikit tapi berterusan dari yang banyak tapi terputus.

Orang yang berterusan dengan Allah Taala, hatinya akan tetap dengan Allah.  Contoh: Setiap hari dia mesti baca quran.  Bagaimana sibuk sekalipun, dia tetap ada masa baca quran.  Sepatutnya seseorang mukmin itu, dia ada hubungannya setiap hari dengan kitab Allah Taala.  Allah akan tambah aset kita iaitu pahala bilamana kita membaca al-quran.  Kedudukan kita InsyaAllah akan berada di tahap tinggi jika kita baca quran.  Lagi banyak kita baca quran, lagi tinggi kedudukan kita di akhirat.  Begitu jugalah dengan berzikir kepada Allah.  Nanti di hari akhirat, manusia akan menyesal kerana semasa hidup di dunia tidak di-isinya masa dengan berzikir kepada Allah.  Banyak masa terbuang sia-sia, habis masa hanya kepada perkara lara..nauzubillah.



Antara hasil taat pada Allah, maka InsyaAllah akan lahirlah taat yang berikutnya.  Tanda Allah terima amalan ketaatan kita ialah apabila kita dapat lakukan ketaatan yang berikutnya.  InsyaAllah Allah akan tambahkan takwa dalam diri kita...Maka banyakkanlah bekalan kita sebagaimana, 
firman Allah dalam Surah al-Baqarah 197 yang bermaksud:
Bertaqwalah dan sesungguhnya sebaik-baik bekal adalah taqwa dan bertaqwalah kepada-KU hai orang-orang yang berakal.

 "Ya Allah kurniakanlah ketakwaan buat hamba dan sucikanlah hamba dari maksiat... aminn ya rabbal 'alamin.."


 
 
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...