Sedekah di hari Jumaat

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum.
Salam di hari Jumaat, penghulu segala hari.

Jom kita perbanyakkan sedekah hari ini.

Teringat kata2 ustad dalam satu majlis ilmu:

🐞Rajin2 kita bersedekah.
🐞Bantu orang yang perlukan bantuan.. bersyukurlah kerana Allah hantar orang itu kepada kita bukan pada orang lain untuk diberi pertolongan. Allah bagi jalan untuk kita mencari pahala.
🐞Bila memberi, tak payah harap balasan. Jangan terbuku hati bila orang tak ucap terimakasih.

Kata ustad...
Dek tak nampak ganjaran nikmat Syurga yang Allah nyatakan, makanya amalan kita hanya biasa-biasa je, takde bersungguh sangat. Berbuat sekadarnya sahaja.. sebab kita tak kenal dan tak nampak Syurga Allah yang menanti.

Ustad ingatkan lagi...
Dek tak nampak balasan azab seksa api neraka, kita terus-terusan berbuat derhaka. Tak rasa takut maupun gerun bila Allah nyatakan tentang berbagai siksaan yang menunggu bagi orang yang membuat dosa. Kita tak rasa takut sebab tak nampak 'the real' Neraka depan kita....😢

Wallahu a'lam.