Jom Buat Donut

Alhamdulillah petang ni dalam penat2 pun rajinkan jugak diri buat donut. Tak boleh jadi nih, rasa diri agak tercabar la sikit bila time singgah rumah kak yam, dengar citer kak yam buat donut lagi. Rajin sungguh kak yam ni. Yang jadi herannya, asal singgah rumah kak yam je, mesti timbul citer donut. Yang terbaru, hari tu bila nampak tepung dalam plastik yang kak yam baru balik shopping, saya pon tegur la.."nak wat kue apa tu tepong tu kak yam..?"...alah wat donat laa..."

Ohhh...

Maka, tadi masa singgah pasaraya, hah apalagi terus teringat nak beli yis mauripan. Jadi alhamdulillah dah siap makan donat dah petang ni..alhamdulillah..hendak seribu daya..hehe

Sebenarnya senang sangat nak buat donut ni..antara rajin ngan malas je(saya la)...hihi

RESEPI DONUT TELAJAK SEDAP
3cawan tepong gandum
1cawan air suam
3sudu besar gula
3sudu besar susu pekat manis
2sudu besar margerin planta
1sudu kecil garam
1biji telor
1paket yis segera

Cara:
Campurkan gula dan susu pekat dalam air suam. Lepas tu masukkan yis, biarkan sampai berbuih. Sementara tu cairkan margerin dalam mikrowave selama beberapa saat. Kacau2 telor lebihkurang pastu campo semua margerin, telor dan larutan yis ke dalam mangkuk tepong. Hah kacau rata dengan senduk kayu. Boleh mula uli dengan tangan tapi standby la tepong lagi setengah cawan sebab doh agak lembik gitu..haha..

Bila dah selesai uli lebihkurang, biarkan doh dalam setengah jam. Alhamdulillah lepas dia naik duakali ganda boleh la kita bentukkan jadi donut. Cara saya takde terap2. Tarik doh sebesar bola golf, leper2kan dan buat lubang di tengah. Letak atas dulang yang kita dah siap2 tabur tepong. Selesaikan sampai habis. Saya tadi dapat 16biji donut kesemuanya. Ni bukan donat yang kiut2 tau, ni yang pesen giant punya..haha

Jom kita pakat buat donut. Saya salut dengan gula perang, jadi kaler donut berketerampilan perang keemasan gitu...nampak agak menarik, lain dari wajah donut yang biasa kita lihat. Telajak la sedap, gebu dan lembut donat tadi tu.. Alhamdulillah.

Kata Imam Ghazali rm tentang Enam Perkara

Bismillahirrahmanirrahim.

Imam Ghazali menyebut tentang 6 perkara:
1) Yang paling dekat.
Yang paling dekat dengan kita bukan tuan guru, bukan ibu kita, bukan ayah kita, bukan kawan-kawan kita tapi sesuatu yang paling dekat dengan kita sebenarnya ialah mati.

Maka ingatlah kita akan mati... Ingat Mati

2) Yang paling jauh.
Yang paling jauh bukan lah matahari, planet marikh dan sebagainya namun yang paling jauh sebenarnya ialah benda yang telah berlaku. Perkara yang dah berlalu tak boleh nak return balik.

3) Yang paling besar
Yang paling besar bukanlah bumi, bukan lah langit namun kata Imam Ghazali rm, yang paling besar itu ialah nafsu.

Maka mesti kawal nafsu.

4) Yang paling berat
Yang paling berat, mungkin kita akan fikir besi lah paling berat atau batu lah yang berat. Namun kata Imam Ghazali rm, yang paling berat itu ialah menanggung amal. Maksudnya nak pegang keberlansungan amalan soleh itu yang berat.

5) Yang paling ringan
Terbayang benda yang paling ringan tentulah kapas atau debu namun jawapan Imam Ghazali rm; benda yang paling ringan itu ialah orang yang mengambil mudah bab solat. Maksudnya memandang ringan soal solat contoh pikir: "tak apalah nanti lapang2 besok, nak solat lah.. "

6) Yang paling tajam
Kalau difikir2, yang paling tajam tu tentulah jarum tak pun pisau namun kata Imam Ghazali rm; benda yang paling tajam itu ialah lidah. Sesungguhnya tajamnya lidah/kata-kata/percakapan itu boleh memutuskan silaturrahim.
Maka beringat2 lah kita semua dalam berkata2.

Wallahu a'lam.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...