Open House Raya 2019

Alhamdulillah Ahad lepas rumah kami agak meriah dikunjungi ramai tetamu.  Semoga ia-nya diberkati Allah...aamiinn🌿
Buat open house sempena merai'kan hariraya Eidul Fitri 1440h. Walaupun dah terlebih Syawal beberapa hari, takpe lah ambil peluang buat juga open house sebab time tu je lah boleh masak banyak2 sekali arung rai'kan sedara dan rakan taulan. Tu pun selected je jemput, tuju-tuju je kata orang Kelantan..he he

~~~~~~~~~~~~~~~
Menu hidangan Open House 2019/1440h:

Menu utama:
(1)roti & roti jala cicah gulai ayam
(2)nasik impit, lontong, kuah kacang

Side dish:
Carrot cake
Puding buah peach
Trifle
Sagu gula melaka
Lepat Pisang
Ccolek buah
Macaroni bakar

Minuman:
Nescafe panas
Tea O panas
Sirap

ALHAMDULILLAH
~~~~~~~~~~~~~~
Roti homemade

Gotong-royong masak bersama anak menantu serta cucu2 Aisyah dan Fateh...hahaha..


Alhamdulillah Aisyah sekarang dah umur setahun 6 bulan manakala Fateh setahun 2 bulan.

Terimakasih ya anak2 dan menantu2 mama tolong menjayakan... en suami pun, alhamdulillah tolong kemaskan laman, mesin rumput dan siapkan porch tempat nak hidang makanan; dengan bantuan anaknda. Buat outdoor, majlis dalam taman gitew..hi hi..

Alhamdulillah, open house berlangsung dengan jayanya, dengan izin Allah. Makanan yang dihidang habis on time, syukur tiada berlaku pembaziran👌☺️

Syukron buat semua yang hadir. Jazakallah🌾