Nikmat Usia


Alhamdulillah pada hari Ahad 15December2019, rezeki masih dapat sambut birthday. Hari silih berganti, tahun bertukar, alhamdulillah Allah masih pinjamkan umur yang berharga.  Semoga inshaaAllah ada keberkatan umur, moga dipanjangkan nikmat usia dalam melakukan ketaatan kepada Allah Taala...aaminn ya robbal 'alaminn

Hari itu hari yang sama dengan bermulanya Kursus Haji untuk musim haji tahun 1441H. Agak teruja dengan kebetulan itu maka saya secara peribadi anggap ia adalah hadiah terbesar buat merai' kan hari kelahiran saya. Moga2 itu petanda baik. Moga2 Allah pilih menjadi Tetamu-Nya.. Ya Allah pilihlah daku.. Aamiinn ya Rabb
...........................

Ucapan Hari Lahir

(en suami)
Selamat menyambut hari ulangtahun kelahiran untuk isteri tercinta. Smoga usia penuh barokah.
#RaikanCinta

(anaknda - abang)
Happy birthday mama.. 😘
Abg doakan mama sentiasa sihat, dimurahkan rezeki dan sentiasa diberkati Allah. Abg doa mama n papa dpt g haji tahun 2020 ni insya'Allah ameen. I love u ma ☺😘

(menantu - Rin)
Happyyyy birthdayyy mamaaa.. semoga mama diberikan kesihatan yang baik, di murahkan rezeki selalu dan allah makbulkan doa2 mama 😘🌷
Semoga mama papa dapat mengerjakan haji tahun depan.. Amiinn..

(anaknda - kakak)

(anaknda Shilah)
Happy birthday mama πŸŽ‰πŸŽ‰πŸŽ‰ semoga Allah sentiasa merahmati mama dengan rezeki yang melimpah ruah dan sihat wal afiat, aminn😘😘


ALHAMDULILLAH.. Jazakallahu khoiron semua...πŸ’ŒπŸ’ŒπŸ’Œ
...............................

Acara sambut birthday bermula dari minggu sebelumnya lagi bilamana kami 9 sekeluarga dengan hanya muat satu kenderaan, alhamdulillah telah ke Taiping dan Ipoh berjalan2 selama 2 hari 1 malam. Bercuti bersama cucu2 kami Aisyah dan Fateh, mencatat  peristiwa manis yang sentiasa mekar dalam ingatan alhamdulillah. Destinasi utama tempohari ialah Zoo Taiping kemudian makan2 di Taiping sebelum turun balik ke Ipoh dan bermalam di sana.







Alhamdulillah dapat rasa makanan sedap2 semasa di Taiping dan Ipoh. Cendol BISMILLAH di Taiping memang terbaik. Dan yang tak dapat lupa, Mee Rebus di Ipoh.. Allahu sangat sedap.

InshaaAllah akan repeat kalau lalu Ipoh.. Mee Rebus paling best pernah rasa

Laksa Sarang



MabelesπŸ˜‹πŸ˜‹


...................
Jazakallah en suami dan anaknda yang memberi tandamata sempena birthday mama.

dari en suami
dari abang n rin

dari kakak n naim

Minggu berikutnya kesemua anaknda tak balik, makanya en suami membawa saya makan2 di Nando's Aeon Rawang selepas Kursus Haji petangnya sempena merai'kan hari itu. Ha.. ha.. Tq en suamiku.

Minggu lepas pula alhamdulillah semua anaknda ada di rumah dan kami beramai2 makan kek birthday yang kakak beli. Tq kak n Naim(menantu) ..terharu mama...huuu


MabelesπŸ˜‹

Hadiah dari shilah..tq anakku

Shilah kasi pewangi, so mama letak kat ruang tamu😘🌸

Aisyah dan Fateh mandi swimming pool


Catatan sempena hari lahir hanya sebagai lakaran kenangan. Syukur ya Allah atas nikmat baki usia.. Lorongkanlah daku kebaikan ya Allah.. Aamiin


Hari Terakhir di Jeddah

....sambungan dari SINI


Tiba-lah masa untuk meninggalkan Madinah. Semasa dinner, en suami dah siap2 hulurkan duit dekat anak saya untuk beli Kebab buat bekalan dalam perjalanan. Boleh tahan murah, hanya 15rial untuk 3 kebab alhamdulillah. Tapi tak sempat makan pun atas bas. Semua tidur kepenatan, tau2 dah sampai airport.  Di airport pun sambung lagi terlelap.

Bila terjaga, baru makan bekal kebab yang beli di Madinah. Jadi terlebih makanan lah pulak sebab rupanya kami dapat lagi sekali nasi iaitu satu pack nasi lemak, sebiji apel dan sebotol air minuman. Kiranya itu last pack makanan untuk pakej umrah kami di sana sebelum naik flight.


Di airport Jeddah dek waktu menunggu nya agak lama, ramai jemaah kita beli dan makan megi sementara tunggu flight sampai. Saya agak terliur tapi tak dapat nak beli sebab  kami 3beranak dah kehabisan duit rial.

Satu benda lagi yang saya terliur nak beli tapi tak dapat beli ialah chip kentang. Nampak sedap jemaah kita duk krup krap krup krap makan. Rasa segan pulak kalau nak mintak tukar duit rial dengan rakan group. So tengok je la orang makan.

Semasa di atas flight, kami order air milo dan nescafe sampai  2 kali. Kira mampu dan boleh beli la sebab nak bayar tu pakai rial boleh, rm pon boleh..he he..
Naik Air Asia ni, kalau nak order minuman panas kena beli, deorang provide makanan dua meal dan air kosong spritzel je.  Yang meal mula2  nasik lemak, second time satay ayam. Boleh tahan  sedap.. Alhamdulillah.





Sepanjang penerbangan balik, saya acapkali terlelap. Tapi tiapkali terjaga, Subhanallah ingat diri masih tengah buat tawaf lagi. Aduhh... hiba-nya hati... Terkenang suasana dalam Masjidil Haram, rindu Kaabah, terkenang suasana dalam Masjid Nabawi. Moga Allah pilih lagi untuk dapat sampai ke sana...ya Allah pilih lah lagi daku menjadi tetamuMu.. Rezekikan lah lagi hamba ya Allah... Aamiinnn ya Rabbal Alaminn

Selamat tinggal bumi Anbiya. Aku pasti akan sentiasa merinduimu...

Rindu laluan ini.. Laluan berulang-alik ke Masjidil Haram

Buat Ziarah Wada' Sebelum Meninggalkan Madinah

...bersambung dari SINI

Hari terakhir di Madinah, saya, ana dan shilah terlewat  untuk ikut mutawif dan lain2 ahli group untuk melakukan ziarah Wada'. Maka kami dalam tergesa-gesa pergi sendiri ke kubah hijau untuk mengucapkan selamat tinggal pada Rasulullah SAW. Dalam perjalanan bertemu dengan ahli2 group yang dah selesai buat ziarah wada'.
Sesampai di kubah hijau yang mana di bawahnya terletak makam Rasulullah SAW, saya berdoa minta Allah sampaikan dan rezekikan saya untuk dapat datang lagi menziarahi Rasulullah SAW.
Moga daku beroleh syafaat Rasulullah SAW di akhirat nanti... Aamiinn ya Allah




...bersambung di SINI



Tunggu Saya Datang Lagi Madinah


  ..bersambung dari SINI)


Hari terakhir berada di Madinah tempohari ialah hari Jumaat. Esoknya dah nak balik Malaysia. Jadi banyaknya rasa perkara nak buat hari tu. Malam itu jam 11.00 dah nak kena berkumpul tunggu bas untuk ke Jeddah.  Pukul 9.00 rencananya dah kena keluar untuk buat ziarah wida'.  Jadi selepas solat isyak, saya ambil peluang capture suasana di dalam dan di luar Masjid Nabawi. Sedihnya rasa nak tinggal pergi. Boleh ke saya sampai sini lagi ni.. Boleh ke... Ya inshaaAllah, saya akan kembali ke sini lagi dengan izin Allah.. Aamiinn

Tunggu saya datang lagi, Madinah al-Munawwarah.





Ramai yang singgah minum air zam-zam sebelum dan selepas solat.




Semasa menuju jalan keluar, Subhanallah begitu ramainya orang masa tu...












..bersambung; Buat Ziarah Wada (di SINI)