Kembara ke Sg Tengi, Sekinchan dan Kuala Selangor


Alhamdulillah sekali lagi ikut rombongan cik kiah yang diketuai oleh Hj Ramli dan dibantu oleh Cik Lia ke Felda Sg Tengi, Sekinchan dan Kuala Selangor. Trip balik hari je. Dijadualkan pergi jam 7pagi, sampai balik Bukit Sentosa jam 8malam. 


Jadi selepas Subuh pagi 10/8/24 hari Sabtu, kami gerak menuju ke Masjid Assalam Bukit Sentosa. Dalam perjalanan, Hj Lan talipon tanya kami dah kat mana time tu. Rupa²nya peserta rombongan 95% dah ada atas bas. Oh daku kah yang terlewat atau bas kah yang tercepat...hahaha😂


Okay bas bergerak meninggalkan Masjid Assalam sekitar jam 7.15 pagi. Duduk tak lama kat seat penumpang, saya dan en suami terus buka pack Nasi Lemak yang disediakan. Kita makan breakfast dulu apa apa hal..ha ha ha



Bas masuk exit Bukit Tagar menghala ke Sg Tengi. Lebihkurang 40 minit perjalanan, maka kira² jam 8pagi sampai lah kami ke destinasi pertama dalam iterneri iaitu Ladang Buah Tin Benefigs Hulu Selangor di Felda Sg Tengi Selatan. Kami diberi taklimat ringkas cerita² pasal ladang buah tin tersebut. Kunjungan bas² pelancong khabarnya tak putus. Pada hari itu selain rombongan bas kami, ada dua lagi bas dari Singapura dan Penang yang sedang dalam perjalanan ke mari.


Diceritakan kononnya buah tin jika tanam hari ini inshaaAllah 4 bulan selepas itu dah berbuah dan tak lama kemudian dah boleh dipetik. Buah tin ada yang tahan lasak, namun ada yang sensitif. Ada buah yang bila masak berwarna merah, kuning dan ada yang hitam. 


Usai taklimat, kami yang tak sabar² nak tengok buah tin segera menuju ke greenhouse tempat ditanam pokok² buah tin.




Wahhh!...banyaknyaaaa buah tin. Bergayut² semua tengah masak ranum dari beberapa greenhouseGreenhouse yang diberi laluan untuk rombongan kami masuk mempamerkan pokok² buah tin yang benih dari Jepun bernama Maswi Daufin.  Buah nya bila masak berwarna merah. Harga 1kg rm65, wow!😲



Seronok dapat peluang petik² sendiri buah tin dari pokoknya. Bilang², saya petik kira² 11 biji buah tin kesemuanya. Rasa buahnya super manis dan sedap..MasyaAllah.

Kat sini awal² lagi saya dah habis rm100++...aduhh... ni baru first stop 🤭


Tengah Q nak bayar

Bas kemudiannya melalui jalan kampung yang sempit yang kiri kanan jalan banyak tanaman secara besar-besaran seperti pokok kelapa sawit,  pokok² pisang dan nampak ada juga pokok kedondong. Pemandangan hijau sepanjang perjalanan amat mengasyikkan. Bas akhirnya berhenti di Sekinchan Coconut Park ikut destinasi sebagaimana yang ada dalam iterneri.  Dah namanya coconut park maka tentulah banyak pokok kelapa kat sini. Terdapat deretan gerai² jualan makanan dan minuman untuk rai'kan para pengunjung yang ramai. Termasuk bas kami, ada 4 buah bas kesemuanya ketika itu. Saya dan en suami duduk sekali dengan Hj Kamaluddin duduk santai² borak sambil kami bertiga minum coconut shake dan makan keropok lekor. Alhamdulillah.





Okeh bas bergerak lagi menuju ke destinasi berikutnya di Sekinchan iaitu Terminal Kapalterbang Sekinchan.  Wahhhhhh! Dari  kejauhan dalam bas dah nampak ada sebuah kapalterbang kat tengah-tengah bendang. Eww..camner boleh ada situ ek??😲 Magiccc...😆😂



Duduknya di tengah-tengah sawah padi, maka tersangat lah cantik panoramanya. Ramai pakat² turun ambil fotoshot. Tapi saya dan en suami memilih untuk tidak turun bas sebab Allahu tersangat lah panas kat luar time tu. Jadi enjoy the view tinjau hanya dari tingkap bas je la..hi hi😄


Kemudian kami singgah pula di Padi Sekinchan Sentral. Di sini pemandangan super indah. Pemandangan sawah padi di sekeliling kawasan(namun time ni sawah padi belum menghijau sebab belum musim menanam kot🤭)





Di sini ada terbina beberapa tempat yang menarik untuk fotoshot termasuk lah tangga berwarna warni yang bila kita bergambar di atasnya, nampak back ground langit yang indah...Subhanallah. 

Nak bergambar atas tangga tu, kena Q kot, gilir gilir naik duk posing atas tangga😂😂




Banyak spot cantik, hah saya dan Kak Zan apa lagi, posing laaa..hi hi... Cameraman nya tidak lain tentulah Hussain yang memang sangat terer ambik gambar. Tq Sin... Selain Hussain, my en suami yang tolong snapshot gambar saya dan Kak Zan berposing dalam tengah panas lit² tu🫠😆



Selepas itu kami ke kedai kerepek yang terletak tak jauh dari situ. Saya beli la sikit ambik syarat iaitu kerepek ubi pedas 2 pek dan kerepek bawang 1 pek. Semasa dalam bas terus wasap tanya Cik Lia urusetia, "nanti kita ada singgah kedai kerepek lain tak?" Cik Lia  reply wasap kata, "Ya ada, Kedai Masri."

YESS!!  Gembira dengan jawapan Cik Lia sebab rasa tempat yang singgah tadi tu tak berapa nak ada banyak pilihan...huuu


Dah selesai bab Sekinchan, bas terus gerak ke Kuala Selangor. Perjalanan yang lama jugak la nak boleh ke sampai. Perut dah mula lapar, alhamdulillah kami berhenti makan tengahari di kedai makan Ikan Bakar yang boleh tahan sedap masakannya.



Kemudian kami singgah solat jamak Takdim Zohor dan Asar di masjid berhampiran. Hilang rasa penat berjalan bila dah solat dan dapat rehat sebentar di ruang solat masjid. Semasa sedang berjalan keluar dari masjid, tuan bilal Sham hulur kueh apam balik buat ghaso²..huu tq tq..moga murah rezeki tuan ya..


Tiba lah masa untuk shopping time..hahaha.. Sampai di kedai Masri yang jual pelbagai jenis kerepek dan baulu panas. Tapi baulu time rasa tu dah tak panas laa..hi hi.. tapi fresh dan sedap sangat rasa baulunya. Kerepek pun tersangat lah banyak pilihan. Terbaek!



Okay destinasi terakhir kami setelah itu ialah Pantai Remis. Best dapat tengok pantai healing healing. Lama saya dan en suami duduk duduk di atas batu melihat laut sambil photoshot merakam kenangan. 




Bila dah kena angin laut tu, jadi lapar balik. Kami  pun ke Restoran Mantul yang mengadap laut lalu pekena Kerang Rebus serta Mee Goreng Telor Mata.



Dalam perjalanan balik ke Bukit Beruntung, singgah solat jamak Takdim Maghrib dan Isyak di satu masjid kat Kuala Selangor tu. Selesai solat semua rasa lega sangat alhamdulillah💌


Begitu lah kisahnya trip kali ini. Suatu pengalaman yang begitu menarik dapat ikut rombongan melawat Felda Sg Tengi, Sekinchan dan Kuala Selangor. Lain auranya bila pergi ramai² ni berbanding pergi sendiri bersama en suami atau hanya dengan ahli keluarga. 

A very nice trip, Alhamdulillah.

Jazakallah buat semua yang menjayakan trip kali ini. Moga ketemu lagi di lain masa InshaaAllah.