Firman Allah yang bermaksud:
“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa seperti diwajibkan terhadap orang terdahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa.” (Surah al-Baqarah, ayat 183)
Ramadhan kita sambut dengan hati yang gembira kerana Allah telah limpahkan kehalusan hati nurani dalam diri kita. Kita jadi teruja lalu bersungguh-sungguh berbuat amal berbeza dari bulan-bulan lain. Hikmah Ramadhan boleh menjana ketakwaan atau dalam bahasa mudahnya dapat melahirkan hamba Allah yang bertakwa, sebagaimana yang Allah sebut dalam ayat 183 itu, di mana hasil dari konsisten beramal di bulan Ramadhan InsyaAllah mudah-mudahan mampu menjadikan kita sebagai orang yang bertakwa....aminn
Alhamdulillah Kueh Bengkang mewarnai dapur hari ini untuk dibawa ke majlis iftar Masjid Assalam. Pembetulan ya, semalam tu bukan kueh bengkang..itu kueh bombai...he he (saya terdengar semalam tu ada yang menyebut2 itu kueh bengkang. Yang hari ni baru betul kueh bengkang ya tuan..)😁
**Posting Kueh Bombai di SINI
RESEPI KUEH BENGKANG FZMENU
Bahan-bahannya:
4 biji telor (besar)kalau gred B, 5biji
3 cawan gandum
1½ cawan gula
4 cawan santan pekat(kalau guna santan KARA, 1kotak kecil 200ml + air, jadikan 3¾cawan)
1 cawan air daun pandan(mesin 7 helai daun pandan)
¾sudu kecil garam
sedikit vanilla
sedikit pewarna hijau(optional)
Caranya senang je....
Adun kesemua bahan dalam satu mangkuk besar.
Dalam pada itu panaskan loyang yang telah disapu minyak/margerin.
Selepas ditapis, curah adunan ke dalam loyang, bakar dalam kepanasan oven 180°C selama sejam.
Sedap dimakan setelah semalaman dibuat. Kalau tidak pun... boleh buat pagi, petang baru dipotong untuk hidangan.
Resepi dari SINI🍀🌿
Sekian.. jazakallah.




















