Resepi Puding Roti Khairul Aming


Alhamdulillah hari ni sambut Raya puasa 6🤲🤍


Petang ni ajak kakros dan emak kakros datang beraya. Ya lah hari ni baru 18 Syawal 1446H. InsyaaAllah sebulan kita rai'kan Aidil Fitri.


Dah plan nak masak macaroni sup sebagai main-dish untuk hidang kat kakros dan makcik. Ringan² jeh sebab jemput untuk datang lepas Asar, kiranya minum petang laa...hi hi.. 


Okeh pagi ni, buat Puding Roti beserta Sos Kastard versi Khairul Aming.  Ohh acik asyik petik nama KA je eh...hari tu dah buat Dendeng KA (boleh tengok di SINI)....ehe he...




Jom kita tengok resepi...

Resepi Puding Roti dan Sos Kastard

Bahan² dan cara membuatnya:

Mula² panaskan oven beserta loyang yang dah disapu minyak/butter.

Campurkan di dalam periuk;

✔️2 cawan fresh milk

✔️½ cawan brown sugar

✔️Vanilla

✔️2 biji telor

✔️Cinnamon(serbuk kayu manis) renjis² sikit(¼ sudu kecil)

✔️Garam sikit, 

.... kacau² baru letakkan, 

✔️2 sudu besar butter

Hidupkan api, bila butter tu dah cair boleh stop, tutup api.(Ok dah setel part kuah)

Keluarkan loyang dari oven, kemudian masukkan ke dalam loyang;

✔️ 4 keping roti yang dicarik²kan, tabur ✔️choc chip(saya tukar pakai kismis)

Tuangkan  kuah separuh, tekan² kemudian carik²kan lagi ✔️4 keping roti dan siramkan kesemua kuah. Tabur choc chip/kismis lagi. Total 8 keping roti. Tekan² bagi kuah tu meresap masuk dalam roti. Kata KA biarkan selama 15 minit bagi dia fully meresap sebelum dibakar(saya derhaka sikit, tak tunggu pun 15 minit, terus bako)🤭Bakar selama 45minit pada suhu 180°C.


Sos kastard

✔️1 tin susu cair(saya pakai Carnation)

✔️½ cawan air

✔️2 sudu besar gula (saya pakai brown sugar)

✔️1 sudu besar kastard

Kacau²kan, letak atas periuk, hidupkan api. Always kacau sampai ianya mendidih. Ok siap lah kita punya sos kastard. 

Alhamdulillah done.


Selepas keluar dari oven, puding roti masih panas² lagi, en suami nak try"Ermm...sedap" kata en suami. He he...tq tq



Alhamdulillah. Best puding roti kali ni mungkin sebab makan dengan sos kastard. Bagi kredit kat sos kastard pulak dah...hahaha.. InshaaAllah, orang datang lepas² ni boleh la buat lagi...🫠🥰



5 Syawal 1446H


Alhamdulillah berkesempatan mendengar slot tazkirah jumaat dan khutbah jumaat tengahari tadi. 

Ustad dalam tazkirah jumaat pesan agar kita ambil lah peluang untuk berpuasa 6 di bulan  Syawal ini. Jika tak boleh berturut², boleh puasa sunat berselang-seli hari nya, atau bila² masa sahaja selagi masih berada di bulan Syawal. Kerana kebaikannya begitu banyak di mana ianya inshaaAllah dapat menampung kekurangan puasa kita di bulan Ramadhan.


Selepas tazkirah, menyusul pula Khutbah Jumaat yang disampaikan oleh Khatib bertugas membicarakan tajuk Muhasabah Aidul Fitri.

Hadirnya Syawal, pergi nya Ramadhan seharusnya membawa perubahan pada diri kita supaya kita mampu jadi hamba Allah yang soleh dan bertaqwa; sebagaimana:

Firman Allah dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.


Bulan Syawal adalah waktu kita menilai hasil usaha kita. Adakah kita berjaya melakukan amalan yang terbaik yang dituntut kita melakukan di bulan Ramadhan atau sebaliknya. Dan adakah berpotensi kita untuk  berjaya meraih keampunan Allah sebaik keluar dari bulan Ramadhan atau sebaliknya.


“Daripada Abu Hurairah R.A, sabda Nabi S.A.W:‏ (maksudnya) “Sesiapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan pengharapan, maka akan diampunkan dosanya yang telah lalu.” (Hadis Riwayat Muslim, no.760)

...........................

Usaha jauhkan diri kita dari perkara yang boleh menjerumuskan diri kita ke lembah maksiat dan dosa.


Firman Allah dalam surah

Al-'A`rāf:172 - Dan (ingatlah wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan Ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil Ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku tuhan kamu?" Mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".


Namun sesungguhnya dunia ini medan ujian. Kita sebagai manusia akan sentiasa berdepan dengan tuntutan hawa nafsu serta gangguan iblis dan syaitan.

Hakikatnya perjuangan melawan kedua²nya yakni hawa nafsu dan hasutan syaitan tidak terhenti dengan berhentinya Ramadhan. Jangan kita lupa bahawasa-nya kita baru melalui Ramadhan. Teruskan momentum ibadah yang kita istiqamah buat seperti mengukuhkan ibadah fardhu, mendirikan solat² sunat, bersedekah, membaca quran, zikrullah, berbuat baik dll.

Kita hendaklah menjadikan muhasabah diri sebagai amalan yang berterusan agar sentiasa dapat menambah baik kualiti hidup seorang insan.

Hendaklah menyedari kita harus kembali kepada fitrah suci dan berusaha jauhkan diri dari maksiat.


Wallahu a'lam.