Sunnahnya Pergi Di Permulaan Siang Hari


Dari Shakir bin Wada'ah al-Ghamidi as-Shahabi r.a. bahawasanya
Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Ya Allah, berikanlah keberkahan kepada ummatku pada pagi harinya."

Rasulullah s.a.w. apabila hendak mengirimkan suatu pasukan yang beliau s.a.w. sendiri tidak menyertainya - atau hendak mengirimkan tentera - untuk peperangan, maka beliau s.a.w mengirimkannya - yakni diberangkatkan - di permulaan siang hari - jadi pagi-pagi sekali.

Shakhr adalah seorang pedagang. Ia mengirimkan dagangannya itu selalu di permulaan siang hari, maka menjadi kayalah ia dan meluaplah
serta banyaklah hartanya.


Diriwayatkan oleh Imam-imam Abu Dawud serta Termidzi dan Termidzi mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan.


No comments:

Post a Comment