Atas-atas pagar - Elak jadi agen fitnah


Salam Jumaat...

Terbuku rasa hati tiapkali baca dan dengar tajuk2 berita yang agak sensasi sekarang ini. Tak kiralah dekat tv pun ya, paper apa tah lagi, dekat blog pun sama.. semua sama naik pakat tulis. Itu baru tengok tajuk, isinya belum baca lagi tu...

Nak kongsi apa yang saya dengar dari tazkirah seorang ustaz yang memberi peringatan. ...Hakikatnya hidup kita ini ibarat berada di pentas sandiwara. Dunia penuh dengan tipu-daya. Yang kekal hanyalah kampung akhirat yang infiniti. Kita semua berasal dari keturunan Adam dan Hawa yang tempat duduk asal nya adalah di Syurga. Tak hendakkah kita semua pulang ke Syurga? Ustaz kata ada yang menjawab, " Ohh saya tau hukum sikit2 je ustaz... tau agama tapi takde la pandai sangat... atas-atas pagar je..."

"Atas-atas pagar? Nak terus berenti tau setakat tu saja ke? Tak nak terus usaha cari? Mesti bertekad untuk teruskan usaha mencari ilmu supaya kita mampu menjadi insan yang faham agama. Semasa masih kat dunia ni boleh la kita kata kita nak takat 'atas-atas pagar' je... Nanti di akhirat vocab tu dah tak boleh pakai... takde istilah atas-atas pagar di sana. Yang ada hanya dua pilihan samada nak Syurga atau nak Neraka... Takleh nak duduk tengah2, takde atas-atas pagar.. yang ada hanya dua tempat tu je...", jawab ustaz panjang lebar.

Oleh itu, marilah kita tanya diri sendiri... nak ke mana kita selepas ini? Kalau inginkan Syurga, eloklah berhenti tumpang sekaki membuat dosa dengan memperhebatkan lagi sesuatu berita yang kita tak tau akan kebenarannya. Ustaz pesan, jangan kita terlibat menjadi agen fitnah. Mungkin kita tak sedar kita dah jadi agen fitnah tapi hakikatnya dengan cara kita forward-forward kan berita yang tak baik, yang aib dan yang tak pasti benar tidaknya itu.. kita dah pun termasuk dalam senarai nama-nama agen. Semua hanya akan mengundang dosa yang tidak lain akan mengheret kita ke lembah Neraka... Nauzubillah.. Ya Allah jauhkan lah kami dari seksa api neraka... ameenn

Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda: Tahukah kamu apa itu memfitnah? Para sahabat r.hum berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda SAW bersabda: Memfitnah adalah mengatakan sesuatu tentang saudara (muslim) ketika dia tiada yang dia tidak suka. Ditanya: Wahai Rasulullah, jika kekurangan itu sungguh ada dalam diri seorang muslim, maka apa yang harus aku katakan? Baginda SAW menjawab: Jika apa yang dikatakan benar, maka itu adalah mengumpat (bahkan lebih buruk daripada memfitnah). (HR Muslim)

Wallahu a'lam.




14 comments:

  1. terima kasih atas peringatan

    ReplyDelete
  2. Cikli..
    Sama2 kita diperingatkan.. alhamdulillah.

    ReplyDelete
  3. terima kasih atas peringatan itu..syukran..

    ReplyDelete
  4. Berhati2 penyebar fitnah.
    Jangan kita terlibat sama.

    ReplyDelete
  5. sal..
    Afwan.
    Moga Allah sentiasa ilhamkan kita, kan sal..

    ReplyDelete
  6. Anon,
    Hidup ini hanya sebentar..moga ada sinar keinsafan sebelum semua dijemput pulang..

    ReplyDelete
  7. Assalamu'alaikum Nur

    Salam kenal..

    Terima kasih ke blog kak (mungkin makcik)

    Allah berfirman dalam surah al-Balad ayat(10 - 11 )maksudnya:

    "Dan Kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan, (jalan kebaikan untuk dijalaninya, dan jalan kejahatan untuk dijauhi)? Dalam pada itu manusia tidak (memilih jalan kebaikan) merempuh masuk mengerjakan amal-amal yang tinggi darjatnya di sisi Tuhan;

    Dalam surah al-Qaari'ah pula(ayat 6 - 11) Allah berfirman: "Setelah berlaku demikian, maka (manusia akan diberikan tempatnya menurut amal masing-masing); adapun orang yang berat timbangan amal baiknya; Maka dia berada dalam kehidupan yang senang lenang. Sebaliknya orang yang ringan timbangan amal baiknya; Maka tempat kembalinya ialah "Haawiyah" Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui, apa dia "Haawiyah" itu?(Haawiyah itu ialah): Api yang panas membakar.

    Usaha kitalah yang menentukan ke mana arah tuju kita di tempat kembali.. semoga kita berada di 'track' yang betul.. amiin

    ReplyDelete
  8. assalam..

    setuju sgt ngan bingkisan ni.. sama2 kita beringat ;)

    ReplyDelete
  9. W'salam kak Werdah..
    Tkasih sudi kunjung balas ke sini.. Takpe saya panggil kak je ya kak Werdah.. rasa lebih selesa Insya-Allah..

    Benar.. sama2 kita renungkan firman Allah tu.. moga timbangan amal baik kita mengatasi timbangan yang tak baik.. Nak kena selalu buat check-list adakah kita masih dalam trek yang betul.. Istiqamah kita dalam beramal, kan kak..tenkiu :))

    ReplyDelete
  10. W'salam maiyah..

    Timakasih sudi ke sini. Alhamdulillah nak kena selalu beringat kan Maiyah.. risau kadang tak perasan dalam kita terleka.. thanx maiyah :)

    May 1, 2011 10:08 PM

    ReplyDelete
  11. peringatan yg berguna
    salam ukhuwah =)

    ReplyDelete
  12. faten suhaida,
    Alhamdulillah.. sama2 kita ambil manafaat.. tq faten Selamat berkenalan.. :)

    ReplyDelete
  13. salam ukhwah..singgah tak boleh sekejap..byk tak baca lagi ni..nanti lepas aka baca baru boleh komen k.

    ReplyDelete
  14. AsSalam hani@debumelukut,
    Takpe pelan pelan baca.. he he..
    Tkasih hani, ada masa jemput mai lagi :)

    ReplyDelete