Impian Hamba


Pada-Mu Allah kami bermohon
Keberkatan hidup yang berpanjangan
Aman sentosa...Murah rezeki
Tenang beramal mengingati-Mu

Apa yang ada..Semua milik-Mu
Nikmat kau beri hanya pinjaman
Hanya yang sedar tahu bersyukur
Bukannya ia untuk dibangga

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya Syurga

Manusia sering lalai..Mudah tewas cubaan
Ujian dugaan jadikanlah tauladan

Putaran kehidupan
Pentas hidup untuk penilaian
Jawapan sebenar
Dari Tuhan untuk insan
Bersabar hadapi ujian

Biarlah sedikit asalkan diberkati-Nya
Daripada banyak yang memudaratkan
Berkat di dunia oh indah nikmatnya
Berkat di akhirat balasannya Syurga

Berkati hidup kami
Dengan sinar hidayah
Jauhkan segala
Dari pancaroba dunia

Berikan perlindungan
Selamatkan dari fitnah ngeri
Bahana derita
Yang tak mampu kami tanggung

Kasih-Mu Sayang-Mu Redha-Mu
Sempurna memberi segala
untuk kami...

PadaMu Allah...


 
~ Impian hamba sempena hari ulangtahun perkahwinan baru-baru ini.. ALHAMDULILLAH

6 comments:

  1. Amiin...semoga Impian Hamba menjadi kenyataan.

    ReplyDelete
  2. amin...selamat ulg tahun perkahwinan, moga bahagia dan kekal bersama sehingga selamanya..

    ReplyDelete
  3. Anon..
    Trimakasih..mudah-mudahan..

    Penting untuk kita menghargai apa yang ada..terima pasangan seadanya. Jika kita cintakan dia hanya kerana kecantikan, pasti kecantikan akan luntur akhirnya..
    maka dalam usaha capai kemanisan hidup, masing2 cuba buat yang terbaik, pelihara cinta, tetapkan iman, perbaiki amalan harian agar amal dan taqwa dapat dibawa sebagai sebaik-baik bekal mengadap Allah Taala..

    ReplyDelete
  4. Sal..
    Tqvm.. itu lah yang diharapkan sal.. moga Allah kuatkan hati ini, tetapkan iman. Teringat pepatah mengatakan.. iman kita masih belum teruji selagimana kita tidak berdepan dengan ujian yang menguji tahap kesabaran..
    makanya mohon pertolongan Allah dalam menghadapi hari-hari muka, mohon Allah hindarkan dari ujian yang tidak tertanggung... aminn

    ReplyDelete
  5. Allah akan lindungimu dari mara bahaya dan sinari hidupmu dengan kebahagiaan, Insyaallah.

    ReplyDelete
  6. Che Mid..
    Timakasih atas doa.. amin ya rabbal a'lamin
    Didoakan jua kebahagiaan buat Che Mid sekeluarga.. aminn

    ReplyDelete