"Dosa tak kira kecil atau besar WAJIB diingkari..."
Tegas kedengaran suara ustaz takkala mengucapkan kata-kata tersebut. Dosa tetap dosa, tetap membawa kita kepada Neraka... jadi elakkan diri kita dari termasuk dalam golongan orang2 yang cuba memperlekehkan hukum Allah. Yang dilarang buat kecil maupun besar tetap wajib ditinggalkan.. katakan TIDAK dari berbuat dosa.
Jangan kita terus mempersendakan hukum Allah dengan berkata... "Takper.. dosa kecil je tu.. bukan dosa besar pun.." AWAS terhadap kata2 yang terkeluar dari mulut kita. Tak pasal2 boleh menggugat akidah kita yang selama ini mengaku Islam.
Ustaz mengajak kita memperbanyakkan amal di bulan Rejab ini. Walaupun masih tinggal beberapa hari lagi Rejab sebelum melangkah ke bulan Syaaban, namun tiada alasan untuk kita bertangguh untuk berbuat amal. Jangan kita nak tunggu muncul Syaaban baru nak mula.
Penuhi ruang waktu setiap hari dengan amal yang sebaik-baiknya. Pandai2 kita membahagikan masa yang ada, bukan hanya fokus bekerja untuk kehidupan dunia tapi seimbangkan masa khusus untuk ibadah dan pencarian ilmu.
Teringat saya pada kisah yang dibaca tentang seorang pemilik fatwa di Masjidil Haram. Beliau yang asalnya seorang hamba berupaya membahagikan masanya terisi kepada 3 bahagian. Satu pertiga dari masanya diperuntukkan untuk memberi khidmat pada majikannya, sepertiga lagi dikhususkan untuk beribadat sepenuhnya ke hadrat Allah SWT dan sepertiga selebihnya digunakan untuk pengisian ilmu buat kemantapan dirinya. Beliau berguru dengan ramai sahabat baginda Rasulullah SAW yang mana masih ada. Masa bagi beliau sangat berharga dalam usaha memburu keberkatan dan redha Allah SWT.
Bermotivasi dari kisah tersebut, mari kita urusi masa kita dengan sebaik-baiknya. Jangan biarkan ia berlalu dengan sia-sia... jika tersia masa, rugi-lah kita..
Bak kat ustaz semalam, pakat2 kita jadikan rumah kita sebagai 'Rumahku ibarat Syurga bagiku' dengan menempatkan setiap sudut dengan perkara yang baik2. Gantikan sudut 'cd cetak rompak' dan alatan hiburan dengan buku-buku dan kitab-kitab yang dapat mendidik ruhani. Terapkan nilai2 murni dalam diri anak2 melalui contoh yang baik bermula dari diri kita sendiri. Lalui bulan Rejab dengan banyak mengaji Quran, berpuasa sunat dan solat2 sunat terutama Solat Malam. Hiasi diri dengan ibadah sepanjang hari.
Ustaz bagi contoh seorang ulamak yang satu ketika dulu beliau pernah berpeluang solat berjemaah Isyak bersama2. Ulamak tersebut sebagaimana yang diketahui oleh murid2nya adalah seorang yang telah mengerjakan solat malam selama 50 tahun, tanpa henti. Selepas ditanya, beliau memberitahu waktu tepat yang dipraktikkannya selama 50 tahun untuk bangun malam itu. Masih lagi di sepertiga malam iaitu satu setengah jam sebelum masuknya waktu solat Subuh.
Di dalam rumah beliau, sarat dipenuhi dengan pelbagai kitab. Gambar anak2nya yang seramai 4 orang terbingkai kemas di dinding rumah, begitu menjadi kebanggaannya. Dari cerita beliau, rupa2nya keempat-empat mereka itu telah mati syahid. Jelas terpancar nur di wajah beliau. Bila terpandangkan wajahnya saja, semua yang hadir rasa terpegun.. itu belum lagi mendengar suara. Jelas terserlah AURA yang hebat menghiasi dirinya. Maka tak hairanlah bilamana beliau membacakan surah Al-Fatihah semasa bersolat Isyak, hampir kesemua makmum di belakang beliau telah menitiskan air mata...rasa sedih, sayu dan menusuk hati.. Subhanallah...
************
Dalam beberapa siri kuliah maghrib yang lepas, para ustaz berturut-turut mengingatkan tentang keutamaan beramal di bulan Rejab. Sebelum sampai di penghujung Rejab, masih ada peluang buat kita untuk dapat mengulang-ngulang membaca doa ini...
اللهم بارك لنا في رجب وشعبان وبلغنا رمضان
Allah humma bariklana fi rojaba wa syaabana wabalighna ramadhan...
yang bermaksud:
"Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan."
Salam, Saya sudah ke arah itu.. sudah tidak boleh melihat cd melalaikan di rumah, tapi suami belum lagi.. Ya Allah kuatkanlah aku dan berilah hidayahMu pada suamiku..
ReplyDeleteMasih belum terlambat untuk mengisi Rejab dgn ibadah. Jom !!
ReplyDeleteWsalam Che Mid..
ReplyDeleteAlhamdulillah bersyukur kita dengan hidayah yang Allah beri.
..Takpe pelan2 keadaan jadi tambah baik InsyaAllah che mid.. Teringat pesan ustaz, jangan sekali2 kita putus harap.. terus-terusan doa, usaha dan tawakkal, InsyaAllah akan terbuka hati wajah2 kesayangan kita untuk improve dari semasa ke semasa...aminn
Anon,
ReplyDeleteIstiqamah! Rebut selagi peluang masih ada..
Kita duduk di dunia tak tahu berapa lama...Orang muda jangan sangka akan mati hanya bila dah tua, betapa ramai orang muda mati tanpa sebab, betapa ramai orang sakit panjang umurnya...
banyaknya dosa dari dulu sampai la..
ReplyDeleteCikli..
ReplyDeleteMemang fitrah kita sebagai manusia, sering melakukan dosa.
Segalanya berpunca dari hati.. Diperingatkan agar sentiasa usaha bersihkan hati dengan zikrullah.. InsyaAllah akan hidup hati kita, sihat hati kita..
alhamdulillah sahabat maya tolong ingat-ingatkan...
ReplyDeletemoga sentiasa bermanfaat...
sal..
ReplyDeleteMoga ukhwah kita berpanjangan.. sama2 ingat-mengingati.. semua berperanan berkongsi info/ilmu, InsyaAllah moga hidup lebih bermakna..aminn