Alhamdulillah bersyukur kerana kita terpilih untuk berada di rumah Allah, bukan semua orang Allah pilih untuk dapat berada di masjid. Masjid adalah tempat yang paling sesuai untuk kita mengkoreksi diri dan mengisi perbekalan... alhamdulillah.
Ustaz mengkiaskan, 4 tempat termulia bagi kita di dunia ini:
- Masjidil Haram di Mekah
- Masjid Nabawi di Madinah
- Masjid al-Aqsa di Palestin
- Masjid berhampiran rumah kita... :)
Jika di dunia kita dah rasa takde masa, malas dan tak suka sangat nak ke masjid, maka Allah pun tak akan suka dan tak sudi pun melihat kita di akhirat kelak. Jika semasa di dunia lagi kita dah agak keberatan untuk menjadi tetamu di rumah Allah, maka Allah pun akan keberatan untuk menerima kita sebagai tetamu-Nya di Padang Masyar nanti... nauzubillah.
Sedarlah hakikat bahawa selepas kehidupan dunia, akan ada kehidupan akhirat. Jangan kita korbankan kepentingan beramal untuk akhirat. Dunia hanya bersifat sekejap dan binasa sedangkan akhirat itu kekal abadi. Maka makmurkan rumah Allah, beriktikaf lah di dalamnya.
Sebuah kipas angin yang besar dan canggih tak dapat berfungsi jika tidak adanya power supply. Bilik air yang diubah-suai cantik sekalipun tidak ada gunanya jika tidak adanya water supply. Itulah ibaratnya kita sebagai manusia. Hebat macamana pun kita contoh menjadi Managing Director dalam syarikat sekali pun tidak akan ada nilainya jika tiada hubungan dengan akhirat. Hebat macamana sekalipun kita dengan pangkat dan harta, tidak ada nilainya jika niat dan perlaksanaanya tidak dihubungkan dengan akhirat.
Maka hubungkanlah segala aktiviti seharian kita dengan akhirat. Jangan kita termasuk dalam golongan yang terlalu taksub dengan duniawi. Semuanya tak ke mana. Lalui nikmat Ramadhan dengan iman dan takwa, fokus beribadah kerana Allah, pinggirkan kepentingan duniawi yang sering mengutamakan kehendak hawa nafsu kita.
Kata Imam Ghazali, antara punca nafsu tak dapat dikawal ialah termasuklah atas sebab:
- kesibukan duniawi - contoh, kalau di masa dulu orang dapat beribadah dengan tenang tanpa gangguan tapi sekarang ada banyak kesibukan mengganggu minda contoh dengan adanya fb, twitter, talipon dan sebagainya. Solat pun nak cepat sebab hati duk asyik teringat untuk sambung ber-online. Kemudahan talipon memang penting tapi hakikatnya ia boleh mengganggu tumpuan kita masa bersolat contoh waktu kita tengah sujud,talipon yang tak sempat di-SENYAPkan akan berbunyi dengan tempikan nada dering yang nyaring. Adegan yang lebih parah lagi berlaku bilamana macam-macam ringing tone dapat didengar waktu kita ramai-ramai tengah berjemaah di surau atau masjid. Ada lagu Herman Tino, Irwan Shah, lagu orang puteh, lagu korea... semua ada. Tentunya akan kacau konsentrasi dan boleh membuatkan kita jadi lupa kita sedang baca surah apa, sedang berada dalam rakaat ke berapa dsb...
- sebab kawan-kawan - Pengaruh kawan boleh menarik kita buat apa yang kita sebenarnya tak nak buat. Kita yang tak cerdik akan jadi tambah tak cerdik bila dapat kawan yang tak berapa cerdik. Sebaliknya InsyaAllah kita yang tak berapa cerdik akan jadi lebih cerdik jika dapat kawan yang cerdik. Itu pentingnya pengaruh kawan. Maka bergaullah dengan kawan-kawan yang baik InsyaAllah akan bertambah baiklah kita, jangan terlibat dengan yang tak baik sebab lama-lama perangai tak baiknya akan melekat pada kita. Contoh, elok-elok kita nak pegi terawih tapi kawan beriya-iya pulak ajak pergi main futsal...
Ramadhan adalah kurnia yang berharga buat kita. Penuhi ruang waktu di bulan ini dengan banyak melakukan ketaatan pada Allah. InsyaAllah jika kita menghargai Ramadhan, maka Ramadhan akan dapat menjaga aqidah kita, menjaga ibadah kita dan menjaga akhlak kita InsyaAllah.
Sematkan azam AGAR bila kita keluar dari Ramadhan nanti, kita akan kembali pada fitrah bersih dari dosa bilamana kita menjadi orang paling beruntung jika termasuk dalam jaminan Allah memperoleh rahmat, keampunan dan pembebasan dari azab seksa api neraka... aminn
Harap jadi insan bertakwa... aminn
Satu catatan yg detail & bermanfaat. Teruskan posting tazkirah ramadan, sebarkan mesej dakwah & risalah Islam.
ReplyDeletemasjid dekat rumah perlu didekati..
ReplyDeleteTerimakasih anon sudi datang baca. Tazkirah di masjid menjemput para ustaz yang berbeza setiap malam. Rugi rasa jika miss ilmu yang disampaikan..
ReplyDeleteCikli...
ReplyDeleteSama2 kita makmurkan rumah Allah... melangkah ke sana tiap hari InsyaAllah.