Tazkirah 8 Ramadhan

Dalam slot tazkirah malam ke 9 Ramadhan, seorang ustaz lulusan Mesir yang dijemput datang menyampaikan ilmu. Beliau, anak muda yang baru beberapa minggu pulang ke tanah-air... alhamdulillah begitu bersemangat memberi tazkirah yang mengambil masa lebih 30 minit itu. Semua fokus mendengar, hinggakan kawan anak saya yang ikut berterawih di masjid pun telah mengirim sms yang berbunyi.."slalu asyik tetido time tazkirah, tapi malam ni segar je mata..best!"

Ustaz semalam menceritakan kes yang terjadi dari perihal ayat 67 Surah Al-Baqarah. Semua tekun mendengar cerita tentang sebab musabab kenapa Nabi Musa as menyuruh untuk mencari dan menyembelih lembu betina. Ada kes, ada penyebab dan ada kisah yang berlaku di sebalik turunnya perintah Allah dalam ayat tersebut. Alhamdulillah beroleh kefahaman ilmu dari bentangan kisah yang ustaz ceritakan.

Surah al-Baqarah adalah surah yang terpanjang dalam al-Quran. Ia merupakan surah yang ke dua selepas Surah Al-Fatihah, mengandungi sebanyak 286 ayat dan terbahagi kepada 3 juzuk.

Menyentuh tentang surah al-Baqarah, ustaz menyelitkan satu cerita sebagai selingan...
Ada seorang hamba Allah telah datang untuk solat terawih di malam pertama Ramadhan. Imam baca surah yang agak panjang hinggakan hamba Allah tadi(Ali bukan nama sebenar) dah rasa tak senang duduk. "Aishhh panjang benor la Imam ni baca...", rungutnya dalam hati.
Selepas habis solat Ali yang kebetulan duduk dekat Imam terus mendekati Imam, langsung bertanya...
Ali: Imam baca surah apa tadi, panjang bebenor...
Imam: Oh itu surah Baqarah.. yang bermaksud lembu betina
Ali: Oh iya ke... esok imam nak baca surah apa pulak?
Imam: Takpe lah kalau panjang, kita baca surah al-Fiil lah besok... surah Gajah...
Ali: Hah? Gajah?
Ali terus congak2 dalam hati... "kalau surah lembu dah panjang canggini, apalagi kalau surah Gajah... Gajah lagi besar dari lembu... mesti lagi panjang bacaannya... ish takleh jadi ni... takdenya aku nak datang lagi malam esok..."

Ish..ish...
Kesimpulannya kata ustaz, jangan kita jadi orang yang jahil. Bila kurang ilmu, Surah Al-Fiil (..alam ta ro kai...) yang pendek tu pun disangka surah panjang bila tengok pada maknanya. Maka marilah kita menjadi orang yang berilmu. Jangan biarkan diri terus jahil tanpa ada usaha untuk menambah ilmu. Bila alim, InsyaAllah dapat lahir sebagai hamba Allah yang bertakwa...aminn

Jadikan Ramadhan ini Ramadhan yang terbaik buat kita. Ambillah kesempatan ini dengan sebaik-baiknya. Biar takkala kita keluar dari Ramadhan nanti kita mampu jadi insan yang putih bersih suci dari dosa. Jangan di waktu kita melangkah keluar dari Ramadhan, kita masih dipenuhi dengan dosa.... Nauzubillah


Wallahu'alam.

6 comments:

  1. Dah tazkirah 8 ramadan ye. InsyaAllah teruskan perjuangan supaya lengkap 30 tazkirah di malam raya nanti. Amiin.

    ReplyDelete
  2. si jahil perlukan si alim hatta untuk mengenal tukir.

    ReplyDelete
  3. Che Mid tak dapat terawih di luar, cuma di rumah saja sebab deeja kecik sgt lagi, takut mengganggu jemaah lain.. tapi malam ni cuba nak pergi sebab sikakak farah balik cuti.. tak sabar rasanya..

    ReplyDelete
  4. Anon...
    Alhamdulillah... teruskan perjuangan InsyaAllah. Moga Allah permudahkan urusan..aminn

    ReplyDelete
  5. Cikli...
    Kena make sure sering ada di sekitar si alim, InsyaAllah mampu jadi alim. Ibaratnya jika berkawan dengan penjual minyak wangi, akan ikut bau wangi...sebaliknya jika kawan dengan tukang besi akan ikut terkena percikan api sampai boleh buat berlubang2 baju... ibaratnya... :)

    ReplyDelete
  6. Che Mid...
    Ayuh! Kita makmurkan rumah Allah sampai ke penghujung Ramadhan. Rebut pelbagai promosi dalam Mega Sale yang hanya dapat dinikmati setahun sekali ini. Itupun tahun depan belum tentu kita dapat jumpa lagi offer yang hebat ini... Allah menyediakan banyak peluang untuk kita dalam meraih pahala.. mencari redha-Nya...
    Kalau kakak farah tak balik, bawak je deeja ke masjid CM... boleh kot deeja..InsyaAllah..

    ReplyDelete