Jom kita istiqamah Solat Dhuha

Alhamdulillah... pagi ni, bukak2 gmail dapat reminder dari en suami perihal Solat Dhuha. Terus jadi teringat, "Oh lom solat lagi pagi ni...."

"Amalkanlah Solat Dhuha, tuan-tuan... InsyaAllah keberkatan Allah akan selalu bersama kita.. Istiqamahlah berSolat Dhuha...", terngiang-ngiang pesanan ustaz dalam tazkirah on-line yang di-klik dengar dua malam lepas.

Dua tiga menjak ini cuba cari masa untuk duduk mendengar tazkirah on-line. Jauh di sudut hati rasa macam ada satu kehilangan.. sedar, sejak berakhirnya Ramadhan saya masih belum berpeluang untuk ke mana-mana majlis ilmu. Bersambung-sambung diri disibukkan dengan urusan dunia... ouhh


Forwarded email papa terselit kata2:

AsSalam,

Sama2 amalkan InsyaAllah.. dan panjang2kan ilmu Allah ini pada ahli keluarga, sahabat handai dan saudara2 kita dan sesama manusia..

Sesungguhnya sendi2 di tubuh manusia juga ada haknya. Oleh itu untuk menunaikan hak anggota2 tersebut hendaklah kita sedekahkan zikir bagi pihak sendi2 tersebut dengan cara berzikir pada Allah di setiap pagi atau melalui cara menunaikan solat sunat dhuha.. sebagaimana hadis Nabi SAW yang menyebut:

Dari Abu Zar r.a dari Nabi SAW sabdanya:

"Setiap ruas tulang dari seseorang di antara engkau semua itu harus ada sedekahnya pada saban pagi harinya, maka
setiap sekali tasbih - bacaan Subhanallah - adalah sedekah,
setiap sekali tahmid - bacaan Alhamdulillah - adalah sedekah,
setiap sekali tahlil - bacaan La ilaha illallah - adalah sedekah,
setiap sekali takbir -bacaan Allahu Akbar - adalah sedekah,
menyuruh kepada kebaikan adalah sedekah,
melarang kepada kemungkaran adalah sedekah
dan yang sedemikian itu dapat dicukupi oleh dua rakaat yang dilakukan oleh seseorang dari Solat Dhuha."
(HR Muslim)


Sedarlah bahawa sendi2 tersebut kelak akan menjadi saksi di hadapan Allah ketika kita bertemuNya di hari akhirat nanti di mana saat itu tiada sebarang perlindungan selain dari perlindungan dan rahmat Allah yang Maha Agung..


Dan disertakan sekali alunan Doa selepas solat Dhuha yang dialunkan oleh kumpulan nasyid UNIC.
Indahnya doa tersebut. Jom kita kuatkan azam untuk istiqamah Dhuha. Selepas solat kita baca doa selepas solat Dhuha. Pegang mana2 amalan yang tetap, biar konsisten walau sesibuk mana pun kita, tetap tak lupa buat... Ya Allah bantulah hamba-Mu, tiada daya dan kekuatan melainkan dengan pertolongan-Mu...aminn


2 comments:

  1. wah bagusnya ingatkan solat. suami terbaik.

    ReplyDelete
  2. Cikli,
    Ingat mengingati alhamdulillah.
    Banyak kelebihan solat dhuha, rugi kalau kita buat tak tau.

    ReplyDelete