Assalamualaikum.
Semalam semasa di kuliah Maghrib, saya agak tersentak bilamana ustaz selitkan kisah tentang Imam Ahmad yang telah menunaikan solat sebanyak 300 rakaat dalam sehari. Ustaz gambarkan kedudukan kita yang kalau di luar solat fardhu tambah buat solat sunat sekalipun, paling banyak pun lebihkurang 16 rakaat lagi... itu pun kalau berjaya buat solat sunat;
- 2 rakaat sebelum Subuh
- lepas Subuh takde
- 2 rakaat sebelum Zohor
- 2 rakaat selepas Zohor
- 2 rakaat sebelum Asar
- lepas Asar takde
- 2 rakaat sebelum Maghrib
- 2 rakaat selepas Maghrib
- 2 rakaat sebelum Isyak dan
- 2 rakaat selepas Isyak.
- 2 rakaat Solat Tahajjud seterusnya
- 1 rakaat Solat Witir dan kemudian
- 2 rakaat lagi untuk Solat Dhuha bermakna menjadikan jumlah kesemuanya lebihkurang 21 rakaat bila dah di-campur sekali dengan solat rawatib(kobliah baadiah) itu. Solat fardhu(yang wajib) 5 waktu sehari semalam berjumlah 17 rakaat. Maka 17 + 21 = 38 rakaat... Alhamdulillah.
Sesuai dengan kemampuan, mari kita cuba semampunya untuk istiqamah tambah buat mana2 solat sunat yang termampu.. Jika kurang dari bilangan di atas, Alhamdulillah itu dah kira amat baik dari tak buat langsung... biar sedikit asal berterusan, daripada banyak tapi buatnya jarang-jarang...
Bayangkan Imam Ahmad yang telah mendirikan solat sebanyak 300 rakaat setiap hari.... Subhanallah...
Jom kita semak kisah Imam Ahmad untuk sama-sama kita renungkan. InsyaAllah dengan meneliti kisah dan latarbelakang kehidupan para ulamak terdahulu, InsyaAllah dapat membakar semangat serta meningkatkan lagi usaha kita untuk menambah ilmu serta beramal dengannya. Mohon pada Allah agar ditambahi ilmu dalam diri agar bertambah amal, bila bertambah amal InsyaAllah mohon pada Allah agar mampu tergolong dalam kalangan hamba2-Nya yang bertakwa...aminn
~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
Imam Ahmad bin Hambal
Riwayat Hidup
a.Keturunan Imam Ahmad adalah satu keturunan dengan Nabi Muhammad s.a.w. pada sebelah neneknya yang bernama Nazar bin Maad bin Adnan.
b.Beliau dilahirkan pada tahun 164 Hijrah bersamaan dengan 780 Masihi di Baghdad yang pada ketika itu berkembang pesat sebagai pusat perkembangan ilmu pengetahuan.
c.Namanya yang sebenar ialah Abu Abdullah Ahmad bin Muhammad bin Hanbal bin Hilal as-Syaibani.
d.Imam Ahmad adalah pengasas "Mazhab Hambali".
e.Semasa hidupnya, beliau merupakan seorang ahli sunnah yang terbesar, soleh dan zuhud.
Sesetengah ulama menganggap beliau adalah "Mujaddid" bagi abad ketiga Hijrah.
f.Imam Ahmad meninggal dunia pada tahun 241 Hijrah bersamaan dengan tahun 855 Masihi ketika berusia 77 tahun.
Peribadi
a.Imam Ahmad bin Hanbal taat pada perintah agama dan kuat beribadat. Beliau telah mengerjakan solat sebanyak 300 rakaat sehari semalam dan khatam membaca Al-Quran dalam masa tujuh hari.
b.Beliau berjiwa besar, zuhud dan tidak terpengaruh dengan kemewahan hidup di dunia.
c.Beliau tabah dalam menghadapi ujian hidup. Beliau telah dipenjarakan dan didera kerana enggan mengakui pendapat "Muktazilah" yang mengatakan bahawa Al-Quran adalah makhluk Allah S.W.T.
d.Beliau sangat hormat kepada gurunya dan tidak suka bercakap perkara-perkara yang sia-sia melainkan perkara-perkara yang bermanfaat.
e.Beliau suka memaafkan kesalahan orang lain walaupun orang itu telah menghinanya.
f.Beliau mempunyai daya ingatan yang kuat hingga dapat menghafaz hadis lebih banyak daripada orang lain yang hidup sezaman dengannya.
Pendidikan
a.Imam Ahmad telah menghafal Al-Quran keseluruhannya ketika berusia empat belas tahun.
b.Semasa beliau berusia enam belas tahun, beliau telah bermusafir ke Makkah, Madinah, Syam, Yaman, Basrah dan negara-negara lain untuk mengumpulkan hadis-hadis nabi kerana minatnya yang mendalam terhadap ilmu tersebut.
c.Salah seorang guru Imam Ahmad ialah Imam as-Syafie. Beliau bertemu dengan Imam as-Syafie secara kebetulan semasa mengerjakan ibadat haji. Ketika itu Imam as-Syafie sedang mengajar di Masjidil Haram. .Imam Abu Zur'ah ( seorang ahli hadis yang terkemuka) pernah berkata bahawa:
"Imam Ahmad telah hafaz lebih sejuta buah hadis".
d.Walaupun hidupnya susah, cita-cita beliau untuk menuntut seberapa banyak ilmu pengetahuan tidak pernah padam dalam dirinya.
e.Perkembangan ilmu pengetahuan di kota Baghdad telah membuka peluang kepada Imam Ahmad untuk mempelajari dan mengkaji berbagai-bagai ilmu pengetahuan. Akhirnya beliau muncul sebagai seorang ulama yang terkenal.
Sumbangan
a.Seperti imam-imam besar yang lain, Imam Ahmad juga berpegang kuat pada hadis Rasulullah s.a.w. selain Al-Quran.
b.Beliau amat berhati-hati memilih hadis-hadis yang berhubung kait dengan masalah halal dan haram, sama ada dari segi isi atau sanadnya.
c.Mazhab Hanbali terkenal dengan undang-undang dan hukumnya yang tegas dan ketat dalam masalah yang tertentu. Para pegawai yang bersikap tegas menurut undang-undang digelar "Hanbali" oleh rakyat.
d.Dalam majlis ilmunya, beliau sentiasa membaca kitab-kitab yang ditulisnya sendiri. Kitab-kitab tersebut meliputi berbagai-bagai cabang. Antara himpunan hadis-hadis karangannya yang terkenal termasuklah "Al-Musnad".
e.Kitab Al-Musnad mempunyai 28,000 hingga 29,000 hadis yang sahih dan 100,000 hadis nabi yang tidak sahih. Kitab tersebut merupakan sumber rujukan ulama hadis dan sebagai pegangan apabila timbul perselisihan faham dalam satu-satu masalah.
f.Selain kitab Al-Musnad, Imam Ahmad juga menghasilkan beberapa buah kitab dalam bidang lain, misalnya tafsir Al-Quran, ilmu fikah, ilmu kalam dan lain-lain.
g.Antara kitab-kitab yang dikarang oleh Imam Ahmad termasuklah:
i.Tafsir Al-Quran.
ii.An-Nasakh wal Mansukh.
iii.Al-Musnad.
iv.Kitab ta'at ar-Rasul.
v.Kitab Al-Ilal.
h.Semasa hayatnya , beliau telah membuka kelas-kelas pengajian, iaitu pengajian umum dan pengajian khusus. Kelas-kelas pengajian tersebut diadakan di masjid-masjid dan mendapat sambutan yang luarbiasa daripada orang ramai. Bilangan yang mendengar syarahannya bagi setiap kelas dianggarkan lima ribu orang.
i.Pengikut Mazhab Hanbali sebahagian besarnya terdapat di Baghdad, Mesir, Syria, Palestin dan Najd.
**sumber:http://www.sabah.edu.my/skpmtdon/notes/Imam%20Ahmad%20bin%20Hambal.pdf, TQ
Wallahu'alam.
ulamak penyuluh zaman.
ReplyDeletesanggup didera dan tak makan gaji.
Imam Ahmad Patut Di Jadikan Idola
ReplyDeleteBukan Para Artis atau Bintang Bola
Transformlah Wahai Anak Muda
Tinggalkan Perkara Yang Sia-Sia.
ulama menjadi guru untuk menyampaikan ilmunya..
ReplyDeletebahagialah rakan2 yg hampir dengan org2 seperti ini..
moga Allah sentiasa memberi rahmat dan hidayahnya utk turut serta dalam majlis2 ilmu serta menjadi amalan kita..amin.
assalam..
ReplyDeletekeimanan mngatasi segalanya..
Cikli,
ReplyDeleteanon,
Sal,
Maiyah...
Timakasih.. :))
Jom pegi kedai buku atau ke library.. kita tambah koleksi buku perihal para ulamak.. semarakkan perpustakaan mini di rumah kita dengan buku2 ilmiah yang mampu mendidik ruhani..InsyaAllah