Sempena Hari Lahir


Alhamdulillah bersyukur kerana masih dipanjangkan usia sehingga kini. Moga ada keberkatan usia InsyaAllah. Selamat hari lahir buat diri sendiri... :)

En suami dah siap2 beli jubah baru sempena hari lahir. Kira dapat hadiah awal la.. haha... dah pakai pun pegi majlis ilmu alhamdulillah.. tQ :)

Pagi2 lagi bangun dengan semangat baru. Beritahu en suami tentang senarai perkara yang mesti buat. Berazam untuk perbaharui tekad tiap hari agar hidup jadi lebih bermakna. Berazam untuk berpagi2 memulakan hari. Masa ibarat permata, harus dihargai. Yang berlalu tak mungkin dapat dicapai kembali, yang harus dikecapi adalah hari ini sementara esok belum tentu lagi dapat jumpa.

Baru-baru ini terima suntikan semangat dari pengalaman seseorang. Rutinnya setiap malam sebelum tidur ialah baca Surah Al-Mulk. Ada masanya dia miss baca bila badan penat, terus tertidur tanpa sempat baca Al-Mulk. Rupa-rupanya ada kekuatan dalam diri bila dia istiqamah baca sebab alhamdulillah hikmah dipermudahkan Allah untuk dapat sedar jam 5 pagi untuk bangun Tahajjud. Time tak baca, tak tersedar walau dah set alarm pukul 5.

Surah Al-Mulk dapat hindarkan kita dari seksa kubur InsyaAllah. Teringat tuan bilal di masjid yang bagi tazkirah tempohari telah mengajak kami ramai2 untuk cuba hafal Al-Mulk. Beliau cadangkan kita hafal 5 ayat dulu. Ulang2 sampai ingat dan hafal baru sambung lagi 5 ayat. Kata bilal, hendak seribu daya. Kita akan dapat hafal kalau ada kemahuan nak hafal. Bilal sambil berjenaka bagitau sesiapa yang dapat hafal, jemput datang tasmik dengan beliau.. jika berjaya nanti akan dapat hadiah. Tapi hadiahnya bukanlah hadiah kereta Gen2 ke apa ke tapi boleh lah nanti kasi hadiah kain pelekat dsb InsyaAllah... :)


My checklist:
  • Berpagi2 bangun membersihkan diri
  • Istiqamah Tahajjud
  • Solat di awal waktu
  • Istiqamah Solat Dhuha
  • Tiada hari tanpa al-Quran...
  • hidupkan sunnah

Aminn ya rabbal 'alamin...


8 comments:

  1. Hepi Bezday isteriku. Papa doakan mama sihat dan dipermudah segala urusan dan semoga segala aktiviti harian itu ada nilaian sebagai ibadah di sisi Allah. Jom kita sama2 hafal surah Al-Mulk, insyaAllah.

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah, melangkah setahun lagi.. tapi kan untung ya sambut hari lahir di akhir tahun.. sentiasa muda.. he he. Che Mid doakan semoga Nur terus istiqomah dalam ibadat dan menulis blog. Blog ini banyak memberi ransangan kepada Che Mid yang susah nak ke majlis ilmu sejak ada Deeja..

    ReplyDelete
  3. hafal al-Mulk untuk birthday hadiah terbaik.

    ReplyDelete
  4. en suami,
    tenkiu..he he
    InsyaAllah moga Allah mudahkan kita untuk dapat hafal Al-Mulk..aminn

    ReplyDelete
  5. Che Mid,
    Timakasih atas ingatan dan doa :)
    Takpe kalu tak dapat kuar ke majlis ilmu, dengar dari rumah je che mid. Banyak majlis ilmu di tv, internet apatah lagi. Saya sekarang duk round kuliah Ustaz Azhar Idrus di you-tube... alhamdulillah best!
    Selamat beramal.

    ReplyDelete
  6. Cikli,
    TQ,mudah-mudahan dapat hapal InsyaAllah.. kalu berjaya nanti update citer.. hehe

    ReplyDelete
  7. Selamat hari lahir, Moga panjang umur, murah rezki, mendapat keberkatan dan rahmatNya selalu..moga lebih cekal dan kuat untuk memperbaharui azam tahun 2012..

    Sebenarnya rasa tenang klu dapat Membiasakan diri amalan2 sunat,spt membaca Yasin, Luqman, Surah AL-Mulk, surah waqiah..solat Duha..tahajud..yee..cuti2 sekolah macam ni kesempatan melebihkan yg sunat2,insyaAllah..

    ReplyDelete
  8. Sal,
    Timakasih atas doa.. aminn.. moga kualiti kehidupan akan lebih baik InsyaAllah.
    Betul sal, bila kita ngaji InsyaAllah akan tenang hati.. hilang gundah pk pasal dunia..
    Penuhi luang2 waktu dengan mengaji quran, InsyaAllah al-quran dapat membantu kita di akhirat nnt..

    ReplyDelete