Assalamualaikum.
Alhamdulillah n3 pertama di tahun 2012.
Perkongsian ilmu dari masjid malam tadi:
Ustaz perjelaskan intro dari satu kitab Tasawuf (tak sempat catit judul kitab) yang akan ustaz gunakan untuk sesi kuliah berikutnya. Di-beritakan harga kitab tak sampai pun 5 ringgit tapi ilmu yang terkandung di dalamnya begitu mendalam, mengupas persoalan ilmu tasawuf.
Jadi kata ustaz, boleh lah pakat2 beli kitab itu yang tak mahal sangat pun harga.. sekali kita top-up talipon pun paling kurang 5 inggit. Kalau sendiri tak brapa tau baca bahasa Arab boleh lah kita beli dan letak kat masjid. Boleh orang lain yang tau pakat2 guna, baca kitab tersebut.. alhamdulillah.
Intro kitab berbunyi begini:
"Puji-pujian itu bagi Allah yang menyuruh akan kita yang mengenal akan Dia akan Allah, yang mentauhidkan akan Dia akan Allah. Rahmat dan kesejahteraan ke atas penghulu kita Nabi Muhammad SAW dan ke atas keluarganya dan sahabat-sahabatnya yang bersungguh-sungguh mereka itu dengan menzahirkan yang sebenar dan meninggikan agama Allah".
Kata ustaz... Begitulah gaya bahasa ulamak2 terdahulu dalam menyampaikan muqaddimah sesebuah kitab. Sebahagiannya berupa bait-bait semacam syair yang menjelaskan maksud yang indah. Renungkan perkataan 'Segala puji-pujian bagi Allah yang menyuruh akan kita..." di awal mukaddimah. Contoh puji-pujian bagi Allah yang kita biasa lakukan sepanjang hari ialah mengucapkan Bismillahirrahmanirrahim sebelum mulakan sesuatu pekerjaan. Bismillah itu sendiri mempunyai tafsir yang tersendiri bagi setiap huruf yang terkandung di dalamnya. Huruf ba, ya, sin dan seterusnya mempunyai tafsiran yang tersendiri. Wallahu'alam.
Puji-pujian terbahagi kepada 4 bahagian:
- puji-pujian Allah pada diri-Nya sendiri - Puji yang sediakala kepada yang sediakala.
- puji Allah kepada makhluk - Allah puji Nabi dan Rasul-Nya serta puji buat orang-orang yang bertakwa. Pujian ini disebut sebagai puji yang sediakala kepada yang baru(makhluk)
- puji kita kepada Allah - contoh bila kita kenyang kita pun ucap Alhamdulillah, bila anak dapat result periksa bagus kita ucap Alhamdulillah
- puji sesama kita iaitu sesama makhluk - contoh kita puji anak, suami puji isteri, isteri puji suami dsb
Harus di-ingat bahawa ke empat-empat jenis pujian itu adalah hakmilik Allah kesemuanya. Kalau manusia faham hakikat itu maka tidak akan ada sifat riak, ujub atau takabbur dalam diri. Sebab apa? Sebab manusia faham dan reti bahawasanya semua puji-pujian itu adalah hakmilik Allah.
Allah jadikan penglihatan, pendengaran buat kita agar kita reti, matahati dapat melihat kebesaran Allah. Kalau dulu asalnya jahil tiba2 dah boleh jadi orang pandai, bijak dan alim. Semua itu adalah atas rahmat Allah buat kita. Allah bagi kefahaman ilmu buat kita hingga kita mampu jadi orang yang berilmu. Bila sedar hakikat Allah yang bagi nikmat itu maka tidak timbul rasa marah bila kita ada pangkat dato, datin, tan sri, Dr, Ir dan sebagainya tapi orang tak panggil kita dengan gelaran tersebut. Kita tak heran, tak berkehendak pun pada title tersebut sebab kita tau segala sesuatu di dunia ini adalah hak milik Allah, semuanya dari Allah.
sebagaimana firman Allah di permulaan Surah Al-Mulk
yang bermaksud:
Maha Berkat (serta Maha Tinggilah kelebihan) Tuhan yang menguasai pemerintahan (dunia dan akhirat); dan memanglah Dia Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu;
Kata ulamak.... bila orang puji kita, ucaplah balik puji-pujian kepada Allah dengan mengucapkan, Alhamdulillah... (Segala puji bagi Allah)
...bersambung di sini..
Bagi orang yang sungguh-sungguh kenal Tuhan, nikmat yang paling besar ialah nikmat mengenali Allah termasuk segala anugerah ciptaannya.
ReplyDelete