Ustaz Azhar Idrus - Masjid Ar-Ridhuan Ulu Kelang



Bertolak dari rumah sekitar jam 3.00 petang. Mula tu plan nak singgah baiki mesin rumput, tup tup kedai mesin tutup pulak... aishh lama wey beraya Tony n the gang. Terus mara ke gombak, singgah makan cendol dan rojak dekat Sameem Cendol di Greenwood. Ohh mabeless sangat cendol yang akak tu jual... best!

Tengok jam hampir pukul 5 petang, terus singgah Masjid Ar-Ridwan untuk solat Asar. En suami dan anak bujang sempat masbuk, sedangkan saya dan anak2 pompuan takdan... dah siap wudhuk tengok2 orang dah attahhiya. Orang laki cepat, kita yang pompuan ni biasa la.. lambat le sikit siap.

Masa tu, orang dah ramai stand-by untuk Kuliah Maghrib Ustaz Azhar. Sume datang awal-awal, dah tau pasti kalau sampai last minute dekat maghrib mesti sesak. Gerai2 jualan pun semua dah siap mengambil tempat. Memandangkan jam baru tunjuk pukul 5.45, maka kami decide keluar kejap dari kawasan masjid untuk ke Jusco, ada nak cari barang sikit.

Tiba balik kat masjid tepat2 pukul 7.00 ptg. Tu pun en suami dah bising susah cari parking. Alhamdulillah, Allah mudahkan... masuk je laluan masjid, terus dapat menyelit parking bila nampak ada satu ruang yang ngam2 muat untuk kereta kami. Keadaan luar dan dalam masjid sesak, orang berpusu-pusu.

Alhamdulillah dapat hadir di majlis ilmu yang dibawa oleh Ustaz Azhar malam tu. Suka dengan gaya ustaz yang santai namun ilmu sampai... Alhamdulillah. InsyaAllah kami akan terus hadir di mana2 destinasi kuliah ustaz di sekitar Lembah Kelang selepas ini. Allah hu Akbar!

No comments:

Post a Comment