Ketika hampir sampai di kawasan masjid, saya menurunkan cermin kereta untuk mendengar suara penceramah. Serentak saya dan en suami menyebut nama ustaz yang sama... hehe... dapat cam suara ustaz tu sebab kami dan ustaz antara penduduk terawal di kawasan perumahan ini. Kenal dengan ustaz yang juga sama satu negeri, sejak anak2 masih di bangku sekolah rendah lagi.
Jam dah pukul 8.05 malam waktu melangkah masuk ke masjid. Kiranya kuliah dah suku jam berjalan. Rupanya ustaz tengah duk cerita tentang kelebihan surah-surah dalam al-quran. Setiap surah terkandung fadhilat yang tersendiri dan memberi berbagai kelebihan buat orang yang membacanya... Subhanallah
Antara banyak2 surah yang ustaz sebut, ada satu surah pendek yang rata2 kita semua sudah terbiasa dengannya iaitu Surah Al-Ikhlas atau Qulhuwallah. Kata ustaz, walau malas atau penat macamana sekalipun sekurang-kurangnya bacalah Qulhuwallah ini selepas bacaan fatihah dalam solat kerana sesungguhnya ia mengandungi fadhilat yang begitu besar buat kita.
Dari Abu Said Khudri ra bahawa Rasululllah SAW bersabda tentang Qul Huwallahu Ahad, "Demi Allah yang diriku berada di dalam genggaman-Nya, sesungguhnya ia (Al-Ikhlash) menyamai sepertiga Al-Quran"
Pada riwayat lain, Rasulullah SAW. bersabda kepada para sahabatnya,
"Adakah di antara kamu yang tidak sanggup membaca sepertiga Al Quran dalam satu malam?" Hal ini memang berat bagi mereka, lalu mereka bertanya,
"Siapakah di antara kami yang mampu, wahai Rasulullah?"
Beliau bersabda, "Qul Huwallahu Ahad Allahush-Shamad, adalah sepertiga Al Quran."
(HR Bukhari)
Pada riwayat lain, Rasulullah SAW. bersabda kepada para sahabatnya,
"Adakah di antara kamu yang tidak sanggup membaca sepertiga Al Quran dalam satu malam?" Hal ini memang berat bagi mereka, lalu mereka bertanya,
"Siapakah di antara kami yang mampu, wahai Rasulullah?"
Beliau bersabda, "Qul Huwallahu Ahad Allahush-Shamad, adalah sepertiga Al Quran."
(HR Bukhari)
Kata ustaz berdasarkan hadis Nabi SAW, jika kita berjaya membaca qulhuwallah sebanyak 10 kali maka akan didirikan sebuah rumah/istana di dalam syurga buat kita. Jika baca 20 kali, 2 buah istana dan jika baca 30 kali dibangunkan 3 buah istana. Bila ada sahabat ra yang bertanya tentang banyaknya istana yang akan diperolehi, maka Nabi SAW menerangkan bahawa bilangan tersebut bermaksud sebuah istana yang diperluaskan sehingga menjadi 2x dan 3x ganda... Wallahu'alam
Dari Muaz ibn Anas Al-Juhaniy r.a meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sebanyak sepuluh kali sehingga tamat akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. Umar Ibn Khattab r.a berkata: Ya Rasulullah! Kalau begitu saya akan membaca dengan lebih banyak lagi! Nabi SAW menjawab: Allah sebaik-sebaik pemberi ganjaran dan lebih banyak daripada itu. (HR Musnad Ahmad)
SURAH AL-IKHLAS
thanks..
ReplyDeleteboleh diamalkan selalu..
Surah al-Ikhlas adalah asas aqidah dan tauhid. Begitu signikfikan dan banyak fadilatnya. Amalkan membacanya dan faham maknanya. Seterusnya pegang sekukuhnya dalam hati sampai mati. Dan beramal dalam kehidupan.
ReplyDelete