Bismillahirrahmanirrahim.
__________________________
"Ko pegi Bersih?"
"Lom tau lagi makcik...", jawab saya.
"Aku pegi..", balas makcik balik.
"Oo eh? Baik-baik eh makcik, hati-hati..", kata saya sambil memegang lengan makcik, erat.
________________________________
Itu dialog minggu lepas antara saya dengan Makcik Siah sebelum kami bangun meninggalkan ruang solat selepas solat Isyak.
Semalam, ternyata kami sekeluarga telah ikut menyertai Bersih 3.0 untuk Duduk Bantah bersama-sama ribuan rakyat Malaysia lainnya. Alhamdulillah, dapat peluang bertegur sapa dan berbual-bual dengan ramai makcik2 dan pakcik2 yang turut serta keluar untuk program Duduk Bantah ini. Rasa luluh mendengar luahan hati insan-insan warga emas yang inginkan perubahan. Moga pengorbanan untuk sama-sama keluar berhimpun ini mampu sedikit sebanyak mempengaruhi proses membaikpulihkan sistem pilihanraya yang akan datang InsyaAllah. Rakyat mahukan sistem pilihanraya yang telus dan adil, bertandinglah kita secara sihat.. semua pihak harus sensitif terhadap mesej yang cuba disampaikan rakyat dari berbagai lapisan masyarakat yang sanggup turun duduk bantah beramai-ramai di jalanan. Rakyat ada kuasa memilih.. jangan sewenangnya dinafikan hak ini.
Jom tengok gambar yang saya ambil hanya dengan handfon yang setia di tangan di sepanjang perjalanan berjalan-kaki di tengah2 orangramai.
Selawat dan Doa Ustaz Amal
Bismillahirrahmanirrahim
Ustaz yang sampaikan Kuliah Maghrib di masjid kami malam tadi mengajak kita semua agar terus berusaha mencari hidayah Allah. Kata ustaz, hidayah mesti terus dicari. Selama mana hati kita gemar pada ibadah, jangan kita hapuskan kegemaran itu dengan kelalaian. Sesiapa yang Allah kehendaki hidayah padanya, maka Allah akan lapangkan hatinya pada ibadah... aminn
Banyakkanlah menyebut nama Allah dan berselawat ke atas Nabi SAW.
Kata Imam Shafie, antara cara menjaga mulut ialah:
- zikir pada Allah - orang yang selalu zikir InsyaAllah akan terpelihara lidahnya dari ucapan yang tidak baik dan sia-sia.
- berkata benar
- sentiasa banyak berselawat pada Rasulullah SAW
~ Istimewa dari album Selawat dan Doa USTAZ AMAL ~
Mari kita dengarkan...
~ Balada Selawat... mari dengarkan...
info: Balada Selawat 1433H adalah merupakan projek terbaru Munsyid Malaysia yang melibatkan lebih 30 artis nasyid Malaysia antaranya Ustaz Amal, Hijjaz, Brothers, Saujana, Inteam, UNIC, Nowseeheart dan ramai lagi.
munif ahmad dalam balada selawat
Surah Yasin Ayat 30
Assalamualaikum.
Semalam tafsir Surah Yasin. Saya tak sempat join baca yasin beramai-ramai usai solat Maghrib. Tapi alhamdulillah selamat duduk di majlis ilmu sejurus kuliah baru bermula.. syukur alhamdulillah.
Suka sangat bila sampai turn ustaz berkacamata ini yang sampaikan kuliah. Terang dan jelas penerangan ustaz, tak kira samada mengikut kitab atau kupasan isu semasa.. semuanya jelas. Tu sebab agaknya, tiapkali jadual tetapkan ustaz yang datang, jemaah yang hadir 2x @ 3x ganda ramai dari biasa.. alhamdulillah
Ustaz kembali sambung mengupas tafsir Surah Yasin hingga ke ayat 30 dan InsyaAllah akan kembali menyambung ayat seterusnya pada kuliah berikutnya. Betapa diri merasa begitu kerdil di hadapan Allah bila mendengar tafsir ayat2 dari Surah Yaasin. Berdebar-debar hati mendengar penerangan ustaz dan bila tiba pada ayat 30 iaitu "ya hasratan a'lal i'bad....."
yang bermaksud...
Sungguh besar perasaan sesal dan kecewa
yang menimpa hamba-hamba
(yang mengingkari kebenaran)!
Tidak datang kepada mereka
seorang Rasul melainkan
mereka mengejek-ejek
dan memperolok-olokkannya.
yang menimpa hamba-hamba
(yang mengingkari kebenaran)!
Tidak datang kepada mereka
seorang Rasul melainkan
mereka mengejek-ejek
dan memperolok-olokkannya.
...ustaz menggesa kita semua agar segera sedar dan bersegera perbaiki amalan. Jangan kita masih tak rasa apa-apa bila diperingatkan perihal dosa pahala, tentang Syurga Neraka... jangan kita masih buat tak peduli, masih cari jugak dunia, cari jugak pangkat, hati tak berapa ingat pada akhirat...
Betapa sudah begitu ramai tok2 guru dan alim ulamak yang datang memberi peringatan untuk nak bagi kita jadi lebih baik, cuba untuk didik hati kita, ruhani kita, namun hati tetap keras dan tak mahu terima pelajaran, tak mahu buat perubahan. Maka jika tidak insaf semasa masih berada di dunia, renung2kanlah tafsir Surah Yasin ayat 30 ini, bahawasanya akan sampai satu ketika yang kita pasti akan merasai suatu penyesalan yang sungguh-sungguh.
Harus ingat, dunia ini adalah tempat Allah Taala menguji. Semua kita diuji, baik ujian susah maupun senang. Maka, perbanyakkan amal ibadah agar hati sentiasa sejahtera dan redha menerima ujian. Ingat segalanya datang dari Allah, setiap sesuatu yang berlaku bukan saja-saja. Allah nak tarbiah kita. Jadi buat apa2, ingat pada akhirat. Hidup di dunia hanya sebentar. Yang kekalnya akhirat. Tempat pembalasannya adalah di sana nanti.
Maka tuntutlah ilmu untuk membuahkan amal. Jadi hamba Allah yang bersandar dan beramal dengan ilmunya. Adab dalam pencarian ilmu, biar kita yang ziarah ilmu bukan ilmu yang ziarah kita. Jadi, amalan masyarakat sekarang ini yang panggil tok guru datang mengajar di rumah adalah bukan suatu kebiasaan yang wajar sebenarnya. Dalam bab berguru, adab lebih tinggi dari ilmu. Untuk dapatkan keberkatan ilmu, biarlah kita yang mencari tok guru untuk dapatkan ilmu dari beliau bukan tok guru yang datang mencari kita.
Wallahu'alam.
Kisah Rabiatul Adawiyah
Dalam kuliah Maghrib malam tadi, ustaz mengulas beberapa kisah tentang wali-wali Allah. Sebagaimana yang diketahui, orang2 yang termasuk dalam kalangan wali-wali Allah merupakan insan-insan terpilih yang jelas bukan sebarangan orang. Sebagai contoh salah-seorangnya ialah seorang wanita sufi yang dikenali dengan panggilan Rabiatul Adawiyah.
Banyak kisah Rabiatul Adawiyah yang diceritakan termasuk dalam bentuk buku, penceritaan dalam majlis-majlis ilmu dan tak kurang bertamu di ruang maya(internet). Kisah tentang orang-orang sufi sering memberi inspirasi buat kita bila dihayati kisah mereka yang begitu teguh tahap keimanan walau sering di-uji dengan pelbagai ujian.
Saya dulu tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rabiatul Adawiyah bila mula2 mendengar lagu nasyid yang di-alunkan oleh kumpulan nasyid Inteam yang berjudul Rabiatul Adawiyah. Di Pesta Buku Antarabangsa PWTC tahun lalu pula, kami juga tidak ketinggalan membeli novel Rabiatul Adawiyah keluaran PTS yang ditulis oleh Saudara Zahiruddin Zabidi.
Namun dalam kuliah Magrib semalam, ustaz menggesa kita semua agar berhati-hati dan mampu menapis mana2 kisah ahli sufi yang mana dirasakan agak keterlaluan dan tidak berasas. Sesungguhnya kata ustaz, sebahagian kisah-kisah tersebut kita tidak pasti dari mana sumbernya, tidak jelas jalan ceritanya dan banyak yang pelik2 hingga seringkali menimbulkan tanda-tanya.
Ustaz sarankan agar kita tidak mudah untuk terus percaya terhadap kisah-kisah yang kita sendiri tidak begitu pasti tentang kesahihannya. Untuk lebih jelas, rujuk orang-orang yang ahli tentangnya. Sebab, ada di antara cerita yang tampak begitu pelik sehingga memberi gambaran yang kurang baik terhadap peribadi sesetengah ahli sufi. Perlu diingat bahawa mereka ini adalah wali Allah yang pada hakikatnya cinta dan hati mereka hanya untuk Allah SWT... Subhanallah.
Maka ustaz mengingatkan agar kita semua jangan terlibat dalam menyebar-luaskan kisah-kisah yang tidak jelas sumbernya. Jangan kita termasuk dalam orang-orang yang "buat nasi tambah" kata ustaz... ikut sama menyebarkan kisah yang dikhuatiri palsu tentang ahli2 ibadah sedangkan mereka adalah merupakan ahli sufi dan para wali Allah yang mulia. Wallahu'alam.

Zikir 300
Bismillahirrahmanirrahim...
Telah dipanjangkan ilmu melalui en suami yang berpeluang berada dalam jemaah Tabligh semasa keluar 3 hari baru-baru ini. Sebelum ini telah dikhabarkan perkara yang sama oleh anak bujang kami yang juga ikut keluar 3 hari awal sebulan dari bapanya.. alhamdulillah....
Dianjurkan agar ikut mengamalkan tiga rangkaian zikir setiap pagi dan petang iaitu 300x selepas solat Subuh dan 300x selepas solat Asar iaitu:
- berselawat ke atas Nabi SAW - 100x
- istighfar - 100x
atau yang singkatnya
Mari kita amalkan.. zikir 300x setiap hari, alhamdulillah. Tapi jangan kita merasa bangga dengan bilangan atau kuantiti kerana perlu diingat bahawa agama bukanlah matematik. Sesungguhnya walau sedikit amalan tetapi ikhlas, itu lebih baik dari yang banyak namun hati tidak hadir.
Hidup lebih bermakna bila banyak ruang waktu dapat di-isikan dengan berzikir dan mengingati Allah. Moga sama2 dapat menjadikan amalan zikir sebagai rutin harian dalam kehidupan. Biar tiada hari berlalu tanpa zikir. Teringat kata2 ustaz dalam satu Kuliah Maghrib...."ZIKIR sangat ringan di mulut, namun begitu berat timbangannya di akhirat nanti."
Rasulullah SAW bersabda:
Perumpamaan orang yang berzikir kepada Allah
dengan orang yang tidak berzikir kepada Allah
adalah sepertimana orang yang hidup
dengan orang yang mati.
(HR Bukhari dan Muslim)