Kisah Rabiatul Adawiyah

Dalam kuliah Maghrib malam tadi, ustaz mengulas beberapa kisah tentang wali-wali Allah. Sebagaimana yang diketahui, orang2 yang termasuk dalam kalangan wali-wali Allah merupakan insan-insan terpilih yang jelas bukan sebarangan orang. Sebagai contoh salah-seorangnya ialah seorang wanita sufi yang dikenali dengan panggilan Rabiatul Adawiyah.

Banyak kisah Rabiatul Adawiyah yang diceritakan termasuk dalam bentuk buku, penceritaan dalam majlis-majlis ilmu dan tak kurang bertamu di ruang maya(internet). Kisah tentang orang-orang sufi sering memberi inspirasi buat kita bila dihayati kisah mereka yang begitu teguh tahap keimanan walau sering di-uji dengan pelbagai ujian.

Saya dulu tertarik untuk mengetahui lebih lanjut tentang Rabiatul Adawiyah bila mula2 mendengar lagu nasyid yang di-alunkan oleh kumpulan nasyid Inteam yang berjudul Rabiatul Adawiyah. Di Pesta Buku Antarabangsa PWTC tahun lalu pula, kami juga tidak ketinggalan membeli novel Rabiatul Adawiyah keluaran PTS yang ditulis oleh Saudara Zahiruddin Zabidi.

Namun dalam kuliah Magrib semalam, ustaz menggesa kita semua agar berhati-hati dan mampu menapis mana2 kisah ahli sufi yang mana dirasakan agak keterlaluan dan tidak berasas. Sesungguhnya kata ustaz, sebahagian kisah-kisah tersebut kita tidak pasti dari mana sumbernya, tidak jelas jalan ceritanya dan banyak yang pelik2 hingga seringkali menimbulkan tanda-tanya.

Ustaz sarankan agar kita tidak mudah untuk terus percaya terhadap kisah-kisah yang kita sendiri tidak begitu pasti tentang kesahihannya. Untuk lebih jelas, rujuk orang-orang yang ahli tentangnya. Sebab, ada di antara cerita yang tampak begitu pelik sehingga memberi gambaran yang kurang baik terhadap peribadi sesetengah ahli sufi. Perlu diingat bahawa mereka ini adalah wali Allah yang pada hakikatnya cinta dan hati mereka hanya untuk Allah SWT... Subhanallah.


Maka ustaz mengingatkan agar kita semua jangan terlibat dalam menyebar-luaskan kisah-kisah yang tidak jelas sumbernya. Jangan kita termasuk dalam orang-orang yang "buat nasi tambah" kata ustaz... ikut sama menyebarkan kisah yang dikhuatiri palsu tentang ahli2 ibadah sedangkan mereka adalah merupakan ahli sufi dan para wali Allah yang mulia. Wallahu'alam.

2 comments:

  1. Sama2 kita tapis dan jgn jadi ejen fitnah, apatah lagi terhadap para ulama dan ambiya'.

    ReplyDelete
  2. betul tu. tak pasti tanya si alim dan warak, jgn rely semata-mata pada si google.

    ReplyDelete