Semalam semasa membelek buku Formula Solat Sempurna oleh Ustaz Zaharuddin, ada bahagian yang menyebut perkara yang sama. Ada hadis yang dianggap shahih di dalam memperkatakan kelebihan membilang tasbih dengan menggunakan kaedah kiraan jari-jemari tangan ini.
Maksud hadis:
"Daripada Abdullah bin Amru berkata: "Aku nampak Rasulullah SAW mengira tasbih dengan menggunakan tangannya" dan Rasululllah SAW juga telah bersabda. "Wahai seluruh wanita, kiralah dengan menggunakan jari-jemarimu kerana ia akan ditanya dan diminta berkata-kata
(di akhirat sebagai saksi)."
(Riwayat al-Tirmizi dan di-anggap sahih)
(di akhirat sebagai saksi)."
(Riwayat al-Tirmizi dan di-anggap sahih)
contoh kira tasbih guna jari kanan:
Kita mula kira dari ruas pertama jari kelingking. Terus kira ikut ruas hingga ke hujung jari, kemudian turun balik ikut ruas. Ulangi proses hingga sampai ke ibu jari. Kiraan yang terkandung dalam 5 jari kita semuanya berjumlah 33x. Jadi contoh: jika kita bertasbih Subhanallah 33x, bertahmid Alhamdulillah 33x, bertakbir Allahu Akhbar 33x maka bolehlah kita genapkan dengan ucapan tahlil iaitu Lailahaillallah 1x bagi mencukupkan 100x. Jadi hanya perlu ulang bilang dengan 5 jari kita sebanyak 3 pusingan. Begitu mudah untuk gunakan jari semasa berzikir. Alhamdulillah.
Mari kita perbanyakkan zikir kepada Allah dan berselawat ke atas Rasulullah SAW.
Selamat Beramal.

Ciptaan Allah itu sungguh perfect dan acap kali mengundang misteri dan banyak pula tak tercapai dek akal yg cetek. Perihal bilangan 33x pada jari jemari ini, bersesuain pula dengan zikrullah 33x...hebat hebat. Teruskan beramal dgn zikrullah guna jari tanpa bergantung pada biji tasbih lagi. Aku boleh !!
ReplyDeleteTerima kasih
ReplyDeleteSubhanallah indah sungguh citaan Alah..Alhamdulillah terima kasih dgn pekongsian nya..
ReplyDeleteTq
ReplyDeleteterima kasih atas perkongsian
ReplyDeleteT.ksih ats perkongsian
ReplyDelete