Aku dan kacamata
"Yang, jangan taksub sangat dengan spek tu..."
Terdiam seketika lepas kena sound dekat en suami. Agaknya saya nampak macam over excited la kot bila dapat spek tu... he he
Sebenarnya bukan lah taksub...kira cam terlebih suka je... teruja pun ya... Sebab apa? Sebab... bila test baca tulisan yang kecik2 tu pun, alhamdulillah dapat baca... terang bukan main..
Rasa terubat hati yang agak gundah kebelakangan ini dek tidak dapat membaca dengan terang, tak nampak jelas tulisan, semua nampak cam kabur...
Jadi, rasa riangria dapat kembali melihat butir2 huruf dengan terang, itu yang agaknya over la sikit menyebut dan memuji tentang aku dan kacamata... :)
"Ingat, selama ini Allah dah bagi kita dapat melihat dengan terang... syukur dengan nikmat Allah. Bila Allah tarik sikit nikmat tu, yang selama ini terang jadi tak berapa nak terang jangan la pula kita lupakan nikmat mata yang Allah kurniakan ini. Jangan pikir sebab spek, kita dapat tengok dengan terang. Spek tu cuma alat, yang bagi kita nampak ialah Allah, yang buat kita dapat melihat ialah Allah..."
Astaghfirullahal'azim... ya Allah ampuni daku.
Bersyukur padaMu Ya Allah yang telah mengurniakan nikmat penglihatan ini. Bersyukur kerana aku masih dapat terus membaca al-Quran ya Allah... aminn
Alhamdulillah.
salam..
ReplyDeletealhamdulillah, buat msa skrg dlm waktu umr dah meningkat ni mata ok le tp rabun dekat dah
Wsalam maiyah..
ReplyDeleteBetul, kira faktor omo le ni.. he he
alhamdulillah setakat ni hanya rabun dekat..
Thx maiyah
Alhamdulillah kerana nikmat mata ini. Ada satu riwayat, di hadapan Allah pabila seorang alim berharap masuk syurga atas dasar amal soleh selama hidup, namun pabila di timbang dgn sekadar nikmat sebelah mata saja pun, tidak dpt mengatasai berat timbangan nikmat sebelah mata tadi. Maka haraplah kita redha Allah untuk ke Syurga-Nya. Terlalu banyak nikmat Allah untuk kita syukuri. Rabun mata juga sebagai peringatan bahwa nikmat Allah ini boleh ditarik bila2 masa kerana semuanya Allah punya, tiada yg kita punya. Itulah hakikat. Bergantung haraplah pada Allah.
ReplyDelete