Bersempena dengan Ramadhan yang bakal menjelang, ustaz menggesa kita semua agar segera lakukan peningkatan dalam ibadah. Bulan Ramadhan adalah bulan untuk tarbiyah diri kita. Jadi persiapkan diri untuk menghadapi dan melalui hari-hari Ramadhan dengan amal yang sebaik mungkin InsyaAllah.
Allahummabariklana fi Syaabana wabalirghna Ramadhan...
Ya Allah berkatilah kami di bulan Syaaban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan... aminnn
Ya Allah berkatilah kami di bulan Syaaban dan pertemukanlah kami dengan bulan Ramadhan... aminnn
Kata ustaz, perbanyakkanlah zikir setiap hari. Biar mulut kita terbiasa dengan zikrullah, perbanyakkan menyebut Allah Allah Allah agar bilamana kita nak mati nanti mulut kita akan mampu mengucapkan kalimah Allah. Sakit menghadapi kematian boleh menyebabkan mata bagaikan buta, telinga bagaikan pekak. Jadi jika kita sentiasa beramal dengan zikrullah di masa sihat kita InsyaAllah di saat2 sakaratul-maut amalan tersebut akan menemani kita.
Zikir amat mudah untuk di-amalkan namun begitu berat untuk kita memelihara amalannya. Begitu juga dengan ilmu yang begitu mudah untuk mendapatkannya namun amat payah untuk memelihara ilmu di dalam diri. Maka kata ustaz, kita harus bermujahadah lawan rasa berat-hati itu. Nafsu yang menguasai diri sering tidak dapat ditewaskan oleh akal kita. Jika akal menang InsyaAllah berjaya kita dalam ibadah sebaliknya jika nafsu yang menang maka kalah lah kita. Dikatakan bahawa, "Jihad yang paling besar adalah jihad melawan hawa nafsu"
Menyeru akal, menyeru nafsu. Dalam satu masa dua benda menyeru, Bila kuat beroleh akal, bila lemah iman beroleh nafsu. Iman yang kuat, berazam untuk beramal.."..umur aku ni dah tua tapi amal tak banyak mana, malam ni nak mula balik baca quran sebelum tidur.." Nafsu pintas kata, "..engkau kan dah tua, kena tidur awal. Esok pun boleh baca, ya tak.. bukan malam ni je boleh beramal.. lagi pun sunat je pun.."
Akal pun lawan. Akal dan nafsu sering berlawan. Itu sebabnya kita kadang hari ini buat Dhuha, esok tak buat, malam tadi dapat Tahajjud, malam ini tak buat. Nafsu bagi kata2 yang lemahkan semangat untuk beramal contoh, "Tak payahlah solat malam ni, bukan esok tak boleh buat. Malam esok ada lagi. Sibuk rasanya pagi ni, takpe lah tinggal solat dhuha. Esok nanti continue balik..." Kalau nafsu lebih dari akal, duduk lama sikit dalam majlis ilmu dah panas punggung. Bila ustaz bukak kitab, nafsu terus kata, " Ohh kitab tu.. hari tu dah khatam dah, takkan nak ngaji yang sama kot...", "Ohh ustaz ni la pulak malam ni, tak best lah.. balik umah je lah kalu gitu.."
Bisikan2 nafsu sering berlegar di sekeliling kita. Maka kena kuat hati untuk didik nafsu, agar ia tidak terus mengawal diri kita dalam kita melakukan ketaatan. Di sinilah perlunya sabar untuk kekalkan taat. Kita bila sabar walau didorong nafsu akan ketepikan rasa malas untuk ibadah, akan sentiasa rasa ada masa untuk ibadah. Jika tiada sabar dalam taat maka akan sering beralasan sibuk, tiada masa, ada hal, banyak urusan dan sebagainya untuk berkata 'tidak' pada ibadah. Berbeza untuk perkara duniawi, nafsu bersungguh2 memberi dorongan, contoh: balik ofis sempat lagi main badminton, bukan sekejap... boleh pulak luangkan masa main badminton sampai dekat dua jam.
Akal harus usaha melawan nafsu. Jangan dibiarkan nafsu menguasai diri. Orang yang bermujahadah melawan nafsu kadang-kala jatuh dalam dosa, buat salah tapi InsyaAllah Allah ampun kerana kuat dan bersungguh-sungguhnya dia dalam cuba melawan nafsu. Bagi mereka ini, kebanyakan keinginan jahat dia lemah, lebih kepada keinginan yang baik. Ada masa kuat ada masa lemah. Bila akal kuat, dapat baik.. bila akal lemah tersungkur jua. Namun bagi mereka yang bermujahadah ini, ada rasa dukacita bila tak dapat beramal, contoh: " Ohh ruginya tak join mengaji tadi, ampunkan aku ya Allah..."
Kata ustaz, perbanyakkanlah zikir untuk membersihkan hati kita. Banyak cara beribadah yang dapat membersihkan hati, salah-satunya ialah melalui zikrullah. Bacalah "Lailahaillallah" sebanyak 100x sebelum terbit fajar, 100x sebelum terbit matahari dan 100x sebelum terbenam matahari. Bermakna, cuba amalkan zikir Lailahailallah sebanyak 300x sehari semalam di luar solat, agar kuat tauhid kita sebagai salah-satu usaha mentarbiah nafsu.
Jom jihad melawan nafsu... mohon Allah bantu kita agar mampu menjadi hamba-Nya yang taat dan bertaqwa di sisi-Nya... amin ya rabbal 'alamin.
Selamat Beramal.
Hati jadi kuat dgn solat, hadir ke majlis ilmu, baca Qur'an, selawat dan zikrullah. Ia akan menyuburkan hati kita dan menundukkan nafsu.
ReplyDeleteSalam.ana ,minta izin copy.
ReplyDelete