Hakikat Zahir dan Batin

Bismillahirrahmanirrahim.

Diperingatkan dalam majlis ilmu:

Antara yang mesti ada dalam solat ialah 
  • Hadir hati di hadapan Allah Taala.  
  • Kena faham apa yang kita sebut(bacaan dalam solat).  
  • Kena faham apa yang kita buat(perbuatan dalam solat contoh semasa rukuk, sujud dsb)  Biar timbul rasa besarnya Allah Taala, barulah rasa pengharapan pada Allah dan rasa malu pada kecuaian kita terhadap AllahTaala.
Jangan kita termasuk dalam golongan yang meninggalkan al-quran.  Kena faham dan amalkan al-Quran.  Jangan sekadar baca tapi tidak beramal dengannya. Kita makhluk yang dicipta. Kurnia Allah contoh mata, kaki dan tangan kita ada hadnya.  Mata terhad dapat melihat dalam jarak dekat sahaja.  Kalau jauh, dah tak nampak.  Ada yang dalam jarak dekat pun tak nampak dengan jelas, kena dibantu dengan spek mata..menunjukkan hakikat kita sebagai insan yang lemah.

Hiduplah kita dengan agama.  Nikmat yang Allah kurnia biar dapat sampai hingga ke Syurga.  Nikmat Allah buat kita bukan sekadar nikmat tapi sebahagiannya merupakan ujian buat kita.  Dari nikmat itu, mudah-mudahan kita jadi makin dekat dengan Allah bukan buatkan kita jadi lagi sombong, makin jauh dari Allah.  Hati biar dapat rasa kebesaran Allah.  Kalau ada duit banyak, tukar jadi pahala, ada kesihatan yang baik tukar jadi pahala, ada kebijaksanaan, harta, pangkat tukarkan semua biar jadi pahala.  

Gunakan nikmat Allah itu biar jadi pahala.  Dapat duit, ucap Alhamdulillah... Jangan hanya sekadar ingat nak ucap, "Sukanya hati, dapat lebih tahun ni, tahun lepas takde la dapat banyak macam ni..."  Bila dapat rezeki lebih, guna untuk kebajikan InsyaAllah jadi pahala.  Guna untuk belanja keperluan anak isteri, derma ke masjid, bantu orang-orang miskin, anak-anak yatim... maka itu tanda kita syukur dengan duit yang dapat.  Jangan guna untuk perkara maksiat, perkara yang melalaikan dan sebagainya.


Firman Allah dalam Surah Az-Zariyat ayat 56:



Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu.

Maka, bila kita pegang mata, tanyalah diri kita... mata ini banyak memandang ke mana...
bila pegang mulut.... tanya... adakah mulut ini banyak mengucapkan syukur pada Allah, adakah banyak membaca quran...
bila pegang tangan... muhasabah... tangan ini sering cari yang halal atau banyak cari yang haram....
begitu juga kaki... muhasabah... ke mana kaki ini sering melangkah...

Dirikan solat dengan tujuan 'ingat Allah'.  Kalau kita dirikan solat 4 rakaat sekalipun tapi kalau hati tak terdetik ingat Allah maka solat kita hanya sia-sia.  Solat menjamin kejayaan.  Sebutan al-Falah dalam laungan azan mengandungi dua-dua kejayaan di mana kejayaan dunia dapat, kejayaan akhirat pun dapat. Seorang mukmin yang berjaya ialah bilamana solatnya berhasil menjadikan dia seorang yang taat kepada Allah.

Betapa tinggi pun kita di kalangan manusia, tetap berada di belakang imam ketika solat.  Mulianya seseorang di sisi Allah hanya diukur dari sifat takwanya.  Hanya orang yang bertakwa mendapat kedudukan yang tinggi dan mulia di sisi Allah.

Sentiasa berusaha bersihkan hati untuk mendapat nikmat ibadah.  Untuk nak semak hati kita samada bersih atau tidak, bila buat ketaatan pada Allah akan rasa seronok, rasa manis saat melakukannya.  Itu tanda hati kita hidup dan tidak sakit.  Hati rasa senang dengan ibadah.  Bila sedekah bukan tangan yang sedekah sebaliknya sedekahnya datang dari hati yang membentuk perbuatan melalui tangan yang menghulur.  

Untuk bersih hati, kena buang sampah yang ada di dalam diri.  Buang sampah dalaman... selalu bermuhasabah diri, perbaiki amalan dengan berusaha ikut apa yang di suruh dan tinggal apa yang dilarang.  Hati akan teruji bila melakukan amal makruf dan nahi mungkar.  Jangan kita sekadar buat amal makruf tapi nahi mungkar, tinggal.

Kena buang sampah dalaman ibarat komputer yang kena pasang anti-virus.  Kita inputkan macam2 dalam komputer, semua bahan download bercampur-campur... jadi kalau takde anti-virus, cepat atau lambat sistem pasti korup.  Begitulah juga dengan hati.  Kena sentiasa ada operasi kebersihan untuk memastikan sampah2 dapat segera dibuang, tidak bertimbun banyak hingga ikut melemahkan sistem dalam badan kita.. ruhani dan jasmani... Jangan kita, sembahyang sembahyang tapi bila balik rumah leka dengan karaoke, game bola, cerita korea dan sebagainya.  Jangan kita sembahyang sembahyang tapi bila menghadiri kenduri, ikut bersubahat dalam perkara-perkara lara yang boleh mengundang dosa.

Jangan asyik nampak perkara negatif, yang baiknya kita tak nampak.  Contoh bila ada jiran yang suaminya 'keluar 3 hari' untuk urusan dakwah, mulut kita mudah nak mengata... "apa la.. boleh pulak dia keluar berdakwah 3 hari tinggalkan anak isteri..."  Sebaliknya bila jiran yang sebelah lagi ditinggal suami untuk urusan kerja out-station selama 2 bulan, takdelah pula kita nak cari negatif sebaliknya puji2 lagi sebab pandang tinggi terhadap pekerjaan dunia itu. Yang nampak mulia ialah kerja dunia yang berpangkat tinggi dan bergaji lumayan.  Tak rasa mulia kerja orang yang keluar di jalan dakwah. Waspadalah, jangan kita terlalu seronok dengan kehidupan dunia yang menjanjikan banyak habuan sampaikan kita jadi tak ingat untuk ke rumah Allah.  Tak sempat untuk nak datang solat berjemaah di masjid sebab sibuk nya kita dengan urusan dunia.... Moga dijauhkan kita dari sifat sedemikian.

Jika kita ada pandangan yang tak baik pada orang lain, itu tandanya hati kita masih belum bersih.  Kata orang ni tak bagus, orang tu tak elok... rasa yang eloknya kita.  Jangan asyik nampak perkara yang busuk pada orang lain.  Koreksi hati dengan usaha cari kebaikan berbanding selalu sibuk mencari keburukan.

Setiap ibadah yang kita lakukan bertitik-tolak dari hati.   Contoh: Masa kita berwudhuk, jangan sekadar kita meratakan wudhuk di anggota zahir saja.  Tumpukan bukan setakat membasahi yang zahir, tetapi biar ikut mampu membasahi yang batin.  Begitu juga dengan solat; ada hakikat zahir dan ada hakikat batin.  Adapun yang zahir itu ialah berdiri, membaca, rukuk, sujud dan seumpamanya.  Manakala yang batinnya ialah seperti khusyuk, hadir hati, tulus ikhlas yang sempurna, meneliti dan memahami makna bacaan, tasbih dan seumpamanya.  Tugas solat yang zahir ialah bahagian badan dan anggota manakala tugas solat yang batin ialah bahagian hati dan rahsia kebatinannya.

Wallahu'alam.


Rezeki di pagi Jumaat

Dalam perjalanan balik dari pasar, tiba-tiba datang teringin nak makan cendol.  Terus pusing kereta menghala ke gerai cendol yang lokasinya kira-kira 5 minit perjalanan. Tapi terfikir jugak, dah siap ke cendol nya time tu, tengok jam baru pukul 10... ish rasa macam pagi benar la pulak...

Tapi tak kira, singgah jugak kat gerai cendol tuan karkun tu.  Yang tau tuan gerai tu seorang karkun sebab ingat en suami pernah cerita, ada sekali dulu pernah sama2 dalam jamaah 'keluar 3 hari' dengan tuan gerai dan pembantunya. 

Ok berbalik cerita pasal cendol, tanya2, alhamdulillah dah ada pun. Hepinya rasa...  '....satu ya dik, bungkus..", kata saya pada pembantu gerai.

Masa nak bayar, saya hulurkan rm1.50 pada adik tu.  Tapi, err.. entah kenapa nampak adik tu macam teragak-agak pulak nak terima. Tiba2 isteri tuan gerai datang sambil tersenyum.  Beliau mengambil duit dari pembantu gerai kemudian terus hulurkan balik pada saya sambil kata, "... takpe tak payah bayar... hari ni ada orang sponsor..."


"Oh iyake... lorr...alhamdulillah rezeki.. timakasihhh...", ucap saya sambil tersenyum suka.. Ish tak sangka pulak kejadian yang tiba2 terlintas nak makan cendol tu mengandungi hikmah... nak dapat cendol free rupanya... hasil sedekah seorang hamba Allah yang mencari pahala sedekah di hari Jumaat, hari yang mulia.  Semoga diberkati Allah... aamiinn


Panjang Umur Dalam Ketaatan

Bismillahirrahmanirrahim

Dalam dua tiga hari lagi kita akan menyambut tahun baru 2013.  Bersempena dengan kedatangan tahun baru Masihi ini, mari kita sama2 memasang tekad untuk lebih bersemangat dalam memahami agama. Mari memperbaharui azam.  Tak kira kita umur dah berapa, kena sentiasa mempunyai azam.  

Hargai umur yang ada.  Teringat semasa nak renew lesen kat pejabat pos baru-baru ini, adik tu kata dah tukar sistem, kena renew lesen ikut tarikh lahir. Jadi senang bila nak renew balik lepas ni, ingat expired-nya nanti time kita befday.  Tapi... siapa yang dapat jamin kita dapat renew balik lesen tu lagi di tahun depan?  Siapa dapat jamin kita ini masih ada lagi bila sampai time tu... Wallahu'alam. 

Dipetik nasihat seorang Imam...
...mari kita renung-renungkan tentang fakta panjang umur.  Panjang umur dalam taat dan beramal soleh itu adalah sangat dituntut dalam agama.
Sabda Rasulullah SAW:
yang bermaksud;
"Sebaik-baik kamu orang yang panjang umurnya dan baik amalannya."

Setiap panjang umur itu jika dihabiskan dalam taat dan bakti kepada Allah Taala, maka kebajikan-kebajikan akan bertambah dan darjat akan tinggi di sisi Allah.  Sebaliknya jika panjang umur itu dihabiskan kepada maksiat dan menderhakai Allah Taala, maka yang demikian itu adalah bala dan celaka, kerana ia akan menambah kejahatan dan memperbanyakkan dosa.

Orang yang mendakwa suka panjang umur di dunia untuk memperbanyak amal soleh yang boleh mendekatkan diri kepada Allah, lalu ia benar dalam dakwaannya di mana setiap hari dia mengerjakan amal kebaikan serta menjauhkan diri dari urusan dunia yang boleh menghalangnya dari beramal, maka terhitunglah dia sebagai seorang yang benar.

Sebaliknya jika dia malas dan selalu mengabaikan segala amal soleh, maka jelaslah dia terhitung sebagai seorang yang dusta.  Berwaspadalah kita kerana sesungguhnya amal soleh hanya boleh dikerjakan semasa hidup di dunia kerana di akhirat nanti hanyalah tempat balasan, bukan tempat amalan. 

Beringat-ingatlah kita tentang perkara ini.  Pohonlah pertolongan dari Allah dalam menjalani amal soleh dengan penuh tekun dan sabar.  Berusaha dan bersungguh-sungguh dalam mengerjakannya.  Mulakanlah sekarang sebelum terlambat.  Gunakanlah peluang hidup ini sebelum ajal datang dengan mengejut.  Sebab hidup kita sentiasa terdedah dengan apa jua kemungkinan yang tidak terfikir oleh kita, yang pada bila-bila masa saja kita boleh terperangkap dalam pelukan maut.  

Dari Anas ra katanya: Nabi SAW menggariskan beberapa garis, lalu baginda bersabda: Ini adalah angan-angan manusia sedang ini adalah ajalnya.  Kemudian di waktu orang itu sedang dalam keadaan sedemikian yakni angan-angannya masih tatap panjang dan membumbung tinggi, tiba-tiba datanglah garis yang terpendek yakni garis yang memotongnya iaitu kematian. 
(HR Bukhari)

Modal untuk membolehkan kita membeli kebahagiaan yang abadi dari Allah Taala ialah umur kita. Manfaatkan umur dengan sebaik-baiknya. Awas, jangan sampai kita membelanjakan masa kita, hari kita, saat kita dan nafas kita pada sesuatu yang tidak berguna dan tidak bermanafaat.  Kelak tidak lain kita hanya akan menyesal dan berdukacita sesudah mati.  Ketika itu baru tersedar, bahawa diri telah membiarkan umur berlalu sia-sia di pentas dunia.


Selamat tahun baru 2013, moga hidup lebih bermakna InsyaAllah.


Ucapan yang paling disukai Allah - Subhanallah hiwabihamdih

Tasbih yang paling disukai Allah SWT ada tersebut di dalam hadis Nabi SAW...

Maksudnya: 
Dari Abu Dzar ra berkata: Rasulullah SAW pernah bertanya kepada saya, "Hai Abu Dzar, mahukah kamu aku khabarkan tentang ucapan yang sangat disukai Allah? Saya menjawab, "Ya, khabarkanlah kepada saya tentang ucapan yang disenangi Allah." Kemudian baginda bersabda: Sesungguhya ucapan yang paling disukai Allah: Subhanallah hiwabihamdih (Maha suci Allah dengan segala puji bagi-Nya)           (HR Muslim) 



Dari Abu Hurairah ra bahawasanya Rasulullah SAW selanjutnya bersabda:
"Barangsiapa yang mengucapkan: Subhanallah wa bihamdih, dalam sehari sebanyak 100x, maka dihapuskanlah dari dirinya semua kesalahan-kesalahannya, sekalipun kesalahan-kesalahannya itu banyaknya seperti buih lautan."     (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Hurairah ra katanya:  Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa yang mengucapkan ketika pagi dan petang: Subhanallah wa bihamdih, 100x, maka tidak akan datang seseorang pun besok pada hari kiamat yang keadaannya lebih utama dari apa yang dikerjakannya, kecuali seseorang yang mengucapkan seperti apa yang diucapkan olehnya itu atau menambahkan dari ucapannya tadi."  (HR Muslim)
 
Dari Jabir ra dari Nabi SAW., sabdanya:
"Barangsiapa mengucapkan:  Subhanallah wa bihamdih, maka ditanamlah untuknya sebatang pohon kurma dalam Syurga." 
(Diriwayatkan oleh Imam Termizi dan ia mengatakan bahawa ini adalah Hadis hasan).



Makaroni Bakar ala-ala Lasagna

Bismillahirrahmanirrahim

Semalam buat lagi Makaroni Bakar yang ala-ala Lasagna tu.  Memang sedap dan menyelerakan.  Dulu2 kalau buat makaroni bakar asyik2 buat cara biasa yang bila nak mula membakarnya, combine makaroni dan bahan2 yang ditumis dengan bancuhan telor.  Lepas dah siap bakar, boleh la makan makaroni bakar tu dengan air penyicah.  Pun sedap juga cara yang itu, tapi selera anak2 sekarang ni lebih suka pada yang ala-ala western ni... rasa macam makan spageti pun ya juga bila makan Makaroni Bakar ala-ala Lasagna ni.

Cara nak buatnya senang je, jom kita tengok
Bahan dan langkah 1:
seulas bawang puteh, 5 ulas bawang merah/satu labu bawang merah besar, daging lembu impot rm5, tomato puri Kimbal 1 tin(430g), garam dan gula, sesudu besar margerin.
Ok, mula2 panaskan margerin, lepas tu tumis bawang puteh dan bawang merah yang dicincang,  Kemudian masukkan daging yang dah dimesin kering/dicincang lumat.  Tambahkan air untuk empukkan daging.  Bila daging dah masak bolehlah tuangkan tomato puri atau buah tomato yang dah dimesin.  Perisakan dengan garam dan sedikit gula.  Ketepikan buat sementara.

Bahan dan  langkah 2:
Makaroni  2 cawan
Makaroni direbus jangan terlalu empuk.  Kalau empuk sangat dah jadi tak sedap.
Dah siap rebus gaul dengan sesudu margerin/minyak kemudian toskan.  Ketepikan buat sementara. Masuk margerin untuk taknak bagi makaroni melekat2 sama sendiri.

Mula panaskan oven 160' dengan loyang yang dah disapu margerin.

Bahan dan langkah 3: (cara buat Sos Puteh)
susu cair 1 cawan + air masak 1 cawan, lada hitam yang ditumbuk, sesudu besar tepong gandum + sedikit air, garam dan gula, sesudu besar margerin, sekeping cheesedale
Panaskan margerin, kemudian masukkan susu cair di-ikuti dengan cheese.  Masak hingga cheese mencair sepenuhnya baru masukkan serbuk lada hitam. Kemudian masukkan bancuhan tepong gandum untuk memekatkan sos.  Perisakan dengan garam dan sedikit gula.

Langkah berikutnya:
Campurkan 1 dan 2 biar serata. Ratakan campuran daging dan makaroni itu dalam loyang, tekan2 kan biar padat.  Kemudian tuangkan sos puteh, biar rata sepenuhnya. Sebelum bersedia untuk membakarnya, susun kepingan cheesedale rapat2 atas sos puteh hingga memenuhi loyang makaroni.  Bakar selama 30 - 35 minit dengan kepanasan oven 160'. 

Sekian cerita dari dapur di petang Ahad.  Selamat berbahagia, moga sentiasa diberkati Allah... aminn

Get Reward from Allah



Bismillahirrohmanirrohim

Pagi ni kami semua makan lempeng je.  Itu je yang sempat buat untuk alas perut en suami yang nak ke ofis.  Sedappp makan lempeng ni, kena pulak bila cicah2 dengan gula atau susu pekat... aishh... alhamdulillah senang hati... kenyang en suami makan lempeng sebelum berangkat pergi.. :)

Cara saya buat lempeng senang je:  Bahan-bahannya hanya terdiri dari tepung gandum, air masak, sedikit garam dan sedikit susu cair.  Bancuh kesemuanya hingga adunannya pekat sikit dari adunan nak buat roti jala.  Goreng dengan sedikit planta, bukan dengan minyak masak ya.  Rasai-lah kesedapannya... he he

Hari ni nak share satu software yang selalu jadi peneman saya sepanjang hari kat rumah. Masa sibuk kat dapur pun, saya on je dengar ngaji yang disampaikan oleh Sheikh Mishari.  Tak payah nak kena pergi continue on surah2 berikut secara manually.  Kita cari je surah2 mana yang kita nak, automatik ia akan terus bersambung-sambung bacaannya.  Teramatlah bagusnya website ini.. semua ada termasuklah keseluruhan 114 surah dalam al-Quran, bukan hanya dengar boleh baca sekali, translation-nya kita boleh dapat dalam bahasa Melayu, tafsir, hadith soheh Bukhari;Muslim dll, nama-nama Allah, boleh set laungan Azan, learn Arabic, tengok tv live dari Mekah dan macam2 lagi.  Jemput semua ke sana, boleh free download software... so senang kalau time kita takde line internet pun, still boleh on dengar orang ngaji.. Alhamdulillah


Silalah ramai-ramai ke sini:  http://www.searchtruth.com/

Get Reward from Allah:

Please forward the software to all the Muslim brothers and sisters you know and remember that the Prophet Muhammad SAW says: "The one who guides to good will be rewarded equally". 



May Allah bless u with goodness, wassalam. 



Petikan nasihat dari ustaz

Bismillahirrohmanirrohim


Apa2 keraguan dalam hati kita
apa2 keyakinan dalam hati kita
apa2 sahaja yang kita sembunyikan
...semua Allah tahu

sombong itu sifat iblis

Sudah berapa banyak perintah Allah yang dah kita langgar. Mungkin itu yang jadi penyebab kenapa usaha kita tetap tidak mendatangkan hasil dan kenapa doa kita macam tak memberi kesan... 

Sesiapa yang risau akhirat, maka dunia akan tunduk padanya...

  • perbaiki solat kita 
  • solat biar khusyuk dan tawadhuk 
  • berdoa pada Allah lepas tunaikan solat yang khusyuk  
  • rasa nikmat bila ikut perintah Allah 
  • bila mula langgar perintah Allah, akan datang resah dalam diri 
  • jika lakukan usaha agama, InsyaAllah akan datang bantuan dan pertolongan Allah 
  • peruntukkan waktu duduk berzikir pada Allah.  Boleh berzikir sendiri dan secara berjemaah.  Yang tak bolehnya jika tak berzikir
  •  jangan ada rasa benci pada sesiapapun.

Maafkan semua orang, tak payah simpan dalam hati supaya perjalanan kita di akhirat nanti tak tersekat-sekat.

Mohon Allah matikan kita dalam husnul-khatimah.  Mohon Allah jauhkan kita dari dimatikan dengan suul-khatimah kerana ia adalah seburuk-buruk pengakhiran.

Niat iktikaf di dalam masjid

Sibukkan diri dengan doa, selawat dan istighfar pada petang khamis dan hari Jumaat.  Elakkan terlibat dalam banyak urusan dunia pada hari Jumaat. Warna pakaian yang terbaik pada hari Jumaat adalah warna puteh.  Memakai serban adalah mustahak pada hari Jumaat.

Syafaat adalah bermaksud pertolongan. Syafaat Nabi SAW amat kita perlukan.  Ia adalah sokongan Nabi SAW yang boleh membawa kita menuju ke Syurga.  Jangan merasa selesa dengan ibadah kita sekarang.  Jangan rasa dah banyak buat ibadah.  Jangan sudah rasa selesa dek kita tak pernah tinggal solat, tak pernah tak puasa di sepanjang bulan Ramadhan. Belum tentu ibadah yang kita lakukan Allah terima sepenuhnya.  Sebagai hamba yang lemah sudah pasti banyak kekurangan di mana-mana.  Selain pahala kita juga membawa dosa pulang ke sana.  Berdoa agar mendapat syafaat Rasulullah SAW. Perbanyakkan berselawat ke atas Rasulullah SAW. Perbaiki ibadah kita biar makin sempurna.  Jaga solat kerana kalau baik macammana sekalipun kita tapi jika tak solat, Allah tak terima.  Ingatkan anak-anak agar sentiasa 'jaga solat'.

Alhamdulillah Thank You Allah


Alhamdulillah dapat jam tangan baru sempena hari jadi.  Dah rasa lama dah tangan tak pakai jam sebab jam kesayangan yang dah tahan bertahun-tahun itu baru-baru ini telah ditakdirkan hilang.  Dah puas cari kat rumah, tak jumpa-jumpa.  Wallahu'alam tertinggal kat mana.

Inilah rupa jam tangan baru yang sama rupanya dengan jam yang hilang dulu. Alhamdulillah.. tQ suamiku...
 
Anak2 pula hadiahkan telekong solat Vietnam sempena hari jadi.  Alhamdulillah tQ anak-anakku.  Cantik telekongnya, ada roses lagi timbul-timbul..mama suka.. :) 


Terimakasih ya Allah kerana menghadiahkan diriku nikmat setahun lagi usia. Moga2 ada keberkatan dalam umurku ini.. aminn.. Dalam usia yang tersisa ini terasa begitu banyak keinginan yang ingin dicapai.  Moga ada kekuatan untuk mencapai maksud.. ya Allah bantulah hamba menjadi hamba-Mu yang taat dan bertaqwa di sisi-Mu..aminn..  Teringat kata2 ustaz dalam Kuliah Maghrib malam tadi, gunakanlah sebaik-baiknya nikmat yang Allah beri dalam usaha kita mencari keredhaan Allah.  Itu tanda syukur kita atas nikmat Allah. 


Alhamdulillah Thank You Allah....


...sedutan pengisian Kuliah Maghrib malam tadi -

Rukun  bagi seseorang hamba ialah sentiasa menjadi hamba yang bersyukur.  Sentiasalah kita berterimakasih kepada Allah.  Siapa yang syukur, pasti hidupnya tenang, rasa diri kaya, rasa memadai dengan apa yang ada, rasa sentiasa cukup.  Berbeza dengan orang yang tak bersyukur... akan selalu rasa tak cukup, tak pernah cukup-cukup sebab tiada rasa syukur, tidak memada dengan apa yang ada.


Orang yang meniaga contohnya, jika hari ni dapat RM60 tetap rasa syukur... ucap terimakasih ya Allah.  Bila dapat RM300 pun ucap terimakasih ya Allah...

Bagi mereka yang bersyukur itu, ada nikmat sehingga dengan rezeki yang Allah kurnia itu menjadi penyebab untuk lebih kasih dan lebih damping dengan Allah.  Orang yang syukur itu sentiasa mensyukuri nikmat.. nikmat makan, pakai, tempat tinggal, keluarga, kasihsayang, silaturrahim dan segala macam nikmat lagi.  Dapat bangun malam bertahajjud, ucap Alhamdulillah terimakasih ya Allah.  Rasa syukur Allah anugerahkan nikmat dapat terjaga dan bangun di tengah malam untuk solat malam, suatu nikmat yang tak semua orang dapat.  Kadang hari ni isteri dapat, suami tak dapat nikmat itu.  Kadang bila suami dapat, isteri pula tak dapat.   

Sifat mukmin, orang yang hatinya tergantung pada masjid yakni hati sanubarinya sentiasa berpaut kepada masjid ... akan rasa bangga dapat nikmat  ibadah... dapat solat berjemaah, dapat duduk dalam majlis ilmu.. rasa nikmat.. bersyukur.. sering ucap Alhamdulillah terimakasih ya Allah. Sesungguhnya masih ramai di luar sana yang tak dapat nikmat solat berjemaah Maghrib contohnya sebab di waktu orang sedang solat di masjid dia masih tersekat dalam kesesakan lalu-lintas pulang dari pejabat.

Orang yang dapat mengalirkan airmata kerana Allah begitu tipis hatinya. Hati tidak keras sebab mampu mengalirkan airmata.  Kita ini jangan asyik banyak sangat ketawa.  Biar mampu menangis sekali-sekala.  Jika tak mampu hari-hari, latihlah untuk menangis seminggu sekali.  Zikir sambil menangis...ingat dosa, ingat diri masih lalai, masih leka...

Kena latih menangis, biar sedih lahir dari hati.  Kena tarbiyah diri kita, kena didik, bersihkan hati dengan taubat.  Menangislah kita kerana Allah.  

Syukur itu berhimpun ia tiga perkara iaitu ilmu, sifat dan perbuatan.  Bila seseorang itu berilmu, maka dia akan tahu bahawa segala macam nikmat itu datang dari Allah.  Isteri yang dimiliki, anak-anak, harta, kasih-sayang semuanya dari Allah.  Orang yang ada ilmu akan tahu dan sedar hakikat bahawasanya nikmat itu semua dari Allah.  Yang bagi alim, Allah.  Yang bagi akal, bagi kecerdikan pada kita ialah Allah. Bila sedar hakikat itu, maka tidaklah kita rasa sombong, takde lah rasa diri begitu hebat dengan apa yang dimiliki.

Jika belum sedar, akan rasa duit tu duit aku, aku yang punya.  Itu yang jadi tak cukup2, terus mencari lagi siang dan malam hingga lupa tanggungjawab sebagai hamba Allah.  Cari dan terus cari harta, kumpul-kumpul tapi malangnya ditakdirkan mati tanpa sempat nak guna harta yang terkumpul.  Harta yang tinggal, orang lain yang dapat.  Kumpul barang kemas, simpan banyak-banyak tapi sampai masa orang datang curi, tak sempat pakai pun. Semasa masih di dunia, ada duit tapi tak dapat guna.. nak makan gula tak dapat sebab ada diabetis mellitus.. Semua ada asbab. 

Oleh itu tiapkali dapat nikmat, bersyukurlah.. ucap Alhamdulillah.  Allah menguji kita dengan dunia, harta, pangkat, kuasa dan sebagainya.  Apakah kita ingat Allah atau lupa Allah? Apakah kita tetap mempunyai sifat hamba yang selalu bersegera tunaikan perintah Allah? Orang yang beriman, jika diuji senang tetap menjadi hamba Allah, diuji susah tetap menjadi hamba Allah, diberi kemuliaan pun tetap menjadi hamba Allah. Pastikan kita hamba yang sering menunaikan perintah Allah yang merangkumi perintah suruh dan perintah tegah. 

Sebelum keluar mencari rezeki tunaikan dulu hak pada Allah.  Jika tangguh atau belum selesai tugas pada Allah, dikhuatiri Allah nanti tangguh rezeki kita.  Kita cuma diwajibkan tunai solat fardhu 5x sehari semalam.  Tunaikan segera, jangan bertangguh-tangguh.  Kerja dengan Allah dah pasti upahnya, dah pasti ganjarannya... percaya dan yakin itu, InsyaAllah.

Jika diuji sakit, pasti ada ubatnya.  Namun sesuatu penyakit itu boleh sembuh tanpa ubat kerana yang memberi kesembuhan ialah Allah Taala.  Jangan berpegang bahawa kita sembuh dari penyakit sebab makan ubat.  Makan ubat hanyalah salah-satu ikhtiar kita, selebihnya kita berserah pada Allah kerana yang dapat menyembuhkannya hanya Allah.  Kita akan sembuh dari penyakit dengan izin Allah.

Telah berfirman Allah Taala dalam surah An-Nahl ayat 53 : 

"Dan apa-apa nikmat yang ada pada kamu maka adalah ia dari Allah...."

Bila-bila masa saja Allah boleh ambil balik nikmat.  Semua yang ada di dunia hanya bersifat sementara.. ianya tak lama.. semua sekejap...

Seorang mukmin bila sukacita dengan nikmat Allah maka akan membawa kepada lahirlah sifat dan kelakuan.  Diri akan sujud dan patuh dengan perintah Allah. Lahir perasaan menghinakan diri tetapi dalam masa yang sama begitu membesarkan Allah.   Terasa hina diri maka akan bersegera untuk tunai segala perintah Allah dan jauhi segala yang dilarang-Nya.  Guna nikmat untuk ikut perintah Allah.  Bila bertambah umur makin bertambah ilmu, makin bertambah ibadah.  Bila bertambah pandai, tidak sombong diri sebaliknya semakin terserlah sifat tawadhuk dan rendah diri.


Gunakan nikmat Allah dengan sebaik-baiknya. Contoh: Nikmat mata yang Allah anugerahkan, kita pakailah untuk melihat perkara2 yang Allah redha.  Sentiasa tengok al-quran, hadis-hadis Rasulullah SAW, sentiasa tengok yang baik-baik sahaja. Jangan biarkan mata melihat benda-benda haram contoh bila tengok perempuan yang tak menutup aurat, mulut ucap Astaghfirullah... panjang istighfarnya tapi malangnya mata tetap di sana tak mahu beralih-alih.  Jadi jika berhadapan dengan keadaan sedemikian, eloklah cepat-cepat alihkan pandangan.  Jangan tetap memandang, usahakan untuk cepat-cepat alih pandangan.

Nikmat harta yang Allah anugerahkan, kita gunakanlah untuk perkara kebajikan dalam memburu redha Allah.  Buat sendiri atau tempah roti canai untuk bagi makan orang mengaji misalnya. Banyak-banyak kita bersedekah di jalan Allah.  Maka InsyaAllah nanti akan lahir keberkatan atas nikmat harta.

Moga2 ilmu dapat suluh diri.  Mengaji dapat ubatkan hati yang sakit, sebab yang sakitnya kita bukan orang lain. Maka kita suluh diri masing-masing.  Wallahu'alam.


Pergi ke Masjid

Bismillahirrohmanirrohim.

Bila hendak ke masjid,
  • pergilah awal sebagaimana Rasulullah SAW bersabda:  Jika manusia mengetahui apa(pahala) pada panggilan(laungan azan) dan dalam saf pertama(iaitu solat dalam saf/barisan yang pertama dalam solat berjemaah) dan tidak mendapati cara lain untuk mendapatkan nya(pahala) kecuali dengan membuat undian, maka mereka akan membuat undian.... dan jika mereka mengetahui apa(pahala) yang diperolehi bagi solat Zuhur pada awal waktu(tahjeer) mereka akan berlumba-lumba untuknya... dan jika mereka mengetahui balasan solat Isyak dan solat Subuh berjemaah, mereka akan datang untuk menunaikannya walaupun mereka terpaksa datang merangkak. Imam an-Nawawi berkata perkataan 'tahjeer' bermakna awal untuk solat. 
dengan doa yang bermaksud:
    "Ya Allah, berikanlah cahaya pada hatiku dan cahaya pada lidahku, dan cahaya pada telingaku, dan cahaya pada mataku dan pada bahagian belakangku cahaya dan di hadapanku cahaya dan di atasku cahaya dan di bawahku cahaya.  Ya Allah kurniakanlah aku cahaya." 
    • Berjalan dengan Sakeenah dan Waqaar.  Jika mendengar iqamah, kemudian berjalan untuk solat dengan Sakeenah dan WaqaarSakeenah adalah bergerak dengan tenang dan mengelak daripada berlengah; dan Waqaar adalah menundukkan pandangan dan merendahkan suara, dan mengelak daripada melihat sekeliling dengan berlebihan.
    • Berjalan ke masjid.  Para ahli fiqh telah menetapkan bahawa untuk memperbanyakkan pahala, disarankan dalam sunnah supaya pergi ke masjid berjalan kaki dan tidak tergesa-gesa.  Banyak kelebihan berjalan ke masjid.  Rasulullah SAW berkata:"Mahukah kamu aku tunjukkan kamu sesuatu yang mana Allah mengampunkan kesalahanmu dan menaikkan darjatmu(dalam syurga)?" Para sahabat ra berkata,"ya, wahai Rasulullah."  Rasulullah SAW menyebutkan yang daripadanya adalah memperbanyakkan langkah ke masjid."
    • Berdoa apabila masuk ke masjid.  Apabila salah seorang di kalangan kamu masuk ke masjid, baca selawat ke atas Rasulullah SAW dan berdoa dengan doa yang bermaksud;
    Ya Allah, bukakanlah kepadaku pintu rahmat-Mu 
     
    • Masuk dengan kaki kanan
    Daripada Anas bin Malik ra: Di antara perkara sunnah ialah jika kamu masuk ke masjid masuk dengan kaki kanan dan apabila kamu keluar, keluar dengan kaki kiri.
    • Solat Tahiyatul Masjid apabila masuk ke masjid
    Apabila salah seorang di kalangan kamu masuk ke masjid, janganlah duduk sehingga kamu solat dua rakaat.  Imam Al-Syafie berkata:  Tahiyaat Al-Masjid adalah dibenarkan walaupun pada waktu yang dilarang solat.
    • Menuju ke arah saf pertama:  Jika manusia mengetahui apa (balasan) yang ada pada panggilan (laungan azan) dan dalam saf pertama(iaitu solat dalam saf/barisan yang pertama bagi solat berjemaah) dan mereka tidak mendapati cara lain untuk mendapatkannya (pahala) kecuali dengan membuat undian, maka mereka akan membuat undian....
    Ya Allah, aku memohon kepada-Mu akan kurnia-Mu.

    Juga diriwayatkan oleh Abu Daud, dengan tambahan membaca selawat ke atas Rasulullah SAW.



    Jom Masjid!

     

    Doa Masuk ke Masjid dan Doa Keluar dari Masjid

    Bismillahirrohmanirrohim

    Semasa dengar Kuliah Maghrib mata hanya tertumpu ke depan.  Jadi tanpa sengaja, selalu lah terpandang seorang pakcik yang sesekali keluar semasa kuliah sedang berlansung.  Setiap kali nak keluar dari pintu masjid, pakcik tersebut terus berhenti sekejap sambil angkat tangan berdoa.  Tak lama lepas tu, ternampak beliau sekali lagi mengangkat tangan sebelum kembali masuk ke ruang solat.  Amalan beliau sering tak lepas dari perhatian saya kerana ianya berlaku berulang-ulang selama beberapa lama.  Itu yang jadi semangat untuk ikut membaca doa bila nak masuk dan keluar dari masjid.  

    Tapi rasa musykil pulak ke mana agaknya pakcik tu dah pergi sebab rasanya dah agak lama tak nampak kelibat beliau di ruang solat utama.  Dah lama tak nampak beliau yang selama ini sering istiqamah dengan amalan membaca doa masuk dan keluar masjid.   Moga beliau sihat-sihat saja... aminn



    Doa Pergi Ke Masjid

    most beautiful
     Bismillahirrahmanirrahim

    Semasa sedang menuju ke masjid, bacalah doa:
    Allahummaj 'alfi qolbi nuro
    wafi lisani nuro
    waj 'alfi sam'ie nuro
    waj 'al fi basori nuro
    waj 'al min kholfi nuro
    wamin amami nuro
    waj 'al min fauqi nuro
    wamin tahk ti nuro
    Allahumma 'aktini nuro


    Sering diperingatkan agar tidak lupa untuk membaca doa pergi ke masjid. Sebagaimana disebut dalam hadis Rasulullah SAW yang bermaksud:
    Dari Ibnu Abbas r.a, beliau berkata, adalah Rasulullah SAW apabila baginda pergi ke masjid, baginda berdoa 
    “Ya Allah, jadikanlah cahaya di dalam hatiku
    dan cahaya pada lisanku 
    dan jadikanlah cahaya pada pendengaranku 
    dan jadikanlah cahaya pada penglihatanku, 
    dan jadikanlah cahaya dari belakangku 
    dan cahaya dari depanku 
    dan jadikanlah cahaya dari atasku 
    dan cahaya dari bawahku, 
    Ya Allah anugerahkanlah aku cahaya”.    
    (Muttafaq’alaih).

    ~~~~~~~~~~~
    Firman Allah dalam surah at-Tahrim ayat 8, yang bermaksud:

    Wahai orang-orang yang beriman! Bertaubatlah kamu kepada Allah dengan ” Taubat Nasuha”, mudah-mudahan Tuhan kamu akan menghapuskan kesalahan-kesalahan kamu dan memasukkan kamu ke dalam Syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, pada hari Allah tidak akan menghinakan Nabi dan orang-orang yang beriman bersama-sama dengannya; cahaya (iman dan amal soleh) mereka, bergerak cepat di hadapan mereka dan di sebelah kanan mereka (semasa mereka berjalan); mereka berkata (ketika orang-orang munafik meraba-raba dalam gelap-gelita): “Wahai Tuhan kami! Sempurnakanlah bagi kami cahaya kami, dan limpahkanlah keampunan kepada kami; sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu”. {66:8}
    ~~~~~~~~~~~

    Dengan setiap doa yang kita lafazkan, bermakna hati kita sentiasa mengingati Allah dan mengharap hanya kepada-Nya.  Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 152 
     

    yang bermaksud:
    Oleh itu ingatlah kamu kepadaKu (dengan mematuhi hukum dan undang-undangKu), supaya Aku membalas kamu dengan kebaikan; dan bersyukurlah kamu kepadaKu dan janganlah kamu kufur (akan nikmatKu).


    Luahan hati seorang warga Palestin di masjid kami malam tadi

    "Saya bangga menjadi rakyat palestin.
    Saya gembira berjuang demi mempertahankan palestin.
    Kami gembira berjuang mewakili anda semua untuk mempertahankan palestin kerana sesungguhnya Masjid Al-Aqsa bukan hanya untuk kami tetapi untuk seluruh umat Islam. 
    Kami sesekali tidak akan menyerah kalah.  Perjuangan ini akan tetap di-teruskan sehingga samada kami akan mencapai kemenangan atau kami akan gugur syahid.  Kami akan berjuang sehingga ke titisan darah yang terakhir. Setiap-kali berlaku peperangan alhamdulillah semangat kami makin kuat untuk melawan mereka. Kami tidak pernah merasa takut terhadap zionist laknatullah sebaliknya merekalah yang sebenarnya mengalami ketakutan.

    Saya tahu ramai yang ingin menyertai kami di sana untuk melawan zionist laknatullah.  Saya tahu ramai yang bersemangat dan ingin ikut syahid dalam perjuangan ini.  Namun sesungguhnya bukan semua orang dapat mencapai syahid walau bagaimana kuat sekalipun semangat dan keinginan itu.  Hanya orang2 yang terpilih sahaja yang mendapat syahid. He is the chosen one.. Subhanallah. 

    Jadi saya mohon, bantulah kami dengan doa anda.  Kami tidak mengharapkan wang tapi kami mengharapkan doa 'brothers and sisters' bersama-sama kami."

    Allahu Akbar!


    *hiba mendengar ucapan tulus dari tuan sheikh, tambah terharu bila melihat paparan gambar dan video yang pastinya telah menyentuh hati semua yang hadir.  Ya Allah, selamatkanlah Gaza.. Lindungilah rakyat Palestine ya Allah... aminn

    Bila Hati diSentuh Iman

    Bismillahirrahmanirrahim

    Kesenangan di dunia hanya bersifat sementara manakala kesenangan di akhirat itu yang kekal abadi.  Begitu juga dengan kesakitan di dunia, sakitnya hanya sebentar sedangkan jika sakit di akhirat, itu yang berpanjangan sakitnya.  Maka jika kesudahan kita di akhirat adalah kesakitan maka ia akan terus membawa kepada kesakitan demi kesakitan yang seterusnya.  Maka untuk tidak mengalami sakit di akhirat, usahalah untuk banyak melakukan ketaatan kepada Allah semasa di dunia.  Kukuhkan solat fardhu, tambahi lagi dengan yang sunat. Perbanyakkan ibadah, rajin mengaji quran dan sering berzikir mengingati Allah.  Ikhlaskan hati beramal kerana Allah, InsyaAllah akan timbul kemanisan dalam beribadah.   Bila rasa manis, akan konsisten semangat untuk istiqamah.  Buat jadual untuk rujukan diri sendiri supaya kekal dalam istiqamah.  Jika tiada jadual, mudah untuk jadi terlupa terhadap rutin ibadah.  Bila asyik terlupa, itu yang jadi sekejap buat sekejap tak buat.  

    Sentiasa kita berdoa agar Allah permudahkan jalan menuju kebaikan, mohon pada Allah agar ditetapkan hati ditetapkan keimanan.  Bila iman tinggi InsyaAllah akan mencernakan akhlak dan budi pekerti yang baik.  Bila ada iman dalam hati tidak rasa payah untuk nak tolong orang, tidak rasa bakhil untuk hulurkan sedekah.  Orang yang baik akan sentiasa terbuka hati untuk menghulurkan bantuan.  Tidak rasa terpaksa.  Mudah baginya membantu kawan yang susah, meringankan beban jiran yang terdesak, tidak merasa berat untuk masukkan sedekah dalam tabung masjid, tidak berkira-kira untuk hulurkan bantuan buat saudara seislam yang sedang dizalimi di luar sana, tidak rasa sayang harta untuk infak di jalan Allah contoh untuk pembinaan masjid, surau, sekolah tahfiz dll.

    Orang yang ikhlas dalam bersedekah bukan terjadi secara kebetulan.  Setiap perlakuan dan tindakan seseorang itu bukanlah berlaku saja-saja.  Jika tiada iman dalam hati, tidak akan lahir belas kasihan melihat kesusahan orang, tidak akan timbul perasaan ingin membantu mereka yang kesempitan, tidak akan secara semulajadi pamerkan akhlak yang baik.  Orang yang berakhlak baik adalah cernaan iman yang ada dalam hati.  Bila hati telah disentuh dengan iman, maka jadi berbeza nilai sesuatu sedekah itu contoh sedekah yang ikhlas walaupun seringgit akan ada nilaian di sisi Allah berbanding sedekah RM100 yang bertujuan untuk menjadi mulia di mata manusia.  Tanpa iman, akhlak tiada nilainya... hanya akan sia-sia. Seorang penderma yang hebat namun jika dia seorang non-muslim misalnya, walau sebanyak mana pun sumbangan derma diberikan maka ianya tidak bermakna di sisi Allah.

    Maka sentiasalah kita berusaha untuk mengekalkan iman dalam hati.  Iman akan turun naik.  Jadi kena ada usaha untuk pastikan iman sentiasa berada di tahap tinggi agar kedudukan akhlak tetap terpelihara.  Akhlak kita mencerminkan peribadi kita.  Baik akhlak maka baik lah kita, akan terselit sifat malu dalam diri.  Bila ada rasa malu dan takut pada Allah, tentunya kita tidak akan sanggup berbuat apa-apa saja yang cela, yang tidak baik, yang sia-sia dan yang menjadi kemurkaan Allah.

    Wallahu'alam.

    Lempok Durian Istimewa



    Semalam buat lempok lagi.  Kali ni buat pakai durian Tanjung Malim.  Teramat lah sedap isi durian kampung ni, manis dan ada rasa pahit2 sikit.

    Sekarang musim agaknya, lalu kat mana-mana je nampak orang jual durian. Bila dah banyak gitu, dapat murah lah kalu nak beli borong.  Alhamdulillah dapat 23 biji semuanya dengan harga rm40.  10 biji darinya yang saiz XL, durian kampung tapi isi tebal, bijinya kecik je.


    nurnur
    Time mengopek nya lah yang payah sikit dengan durian nya yang baru luruh, kulit pulak tebal... adoiii..
    nurnur
    Tapi bila dah selesai, suka hati dapat 4 bekas besar durian; 2 bekas untuk nak buat lempok, dua bekas lagi untuk buat makan saja, wat pengat, cekodok dan tempoyak.  Kiranya tiada hari tanpa durian lah kami dalam dua tiga hari nih.. ha ha..


    Cara buat lempok ni mudah.  Hanya masak sampai kering ulas-ulas durian(bersekali dengan biji/ boleh tanpa biji untuk kurangkan berat time kacau lempok), ½ mangkuk gula (tambah/kurangkan ikut kesesuaian rasa) dan sedikit garam untuk ambik rasa. Tapi time kacau durian atas dapur amat memerlukan tumpuan.  Tak boleh curi2 masa nak balas sms atau lari kejap ke mana-mana.  Kalau ditinggal alamatnya hangit lah. Jadi kena fokus tunggu lempok sampai siap jadi lempok.  Kalau dapat bergilir2 kacau, Ok lah.  Tapi kalau seorang je yang jadi tukang kacau, mesti ditutup dulu api dapur jika tiba2 ada keperluan lain.  

    nur
     Biji2 durian akan terlerai sendiri dari lempok 
    bila lempok dah masak well done
     

    nur
    Lempok Durian sangat sedap dan istimewa.  Ia berbeza dengan dodol durian. Bagi yang belum pernah terai, sila lah terai.  Tapi pastikan anda mendapat lempok durian yang sedap baru dapat menghargainya. 
    Alhamdulillah syukur dengan nikmat makanan kurniaan Allah.