Rezeki di pagi Jumaat

Dalam perjalanan balik dari pasar, tiba-tiba datang teringin nak makan cendol.  Terus pusing kereta menghala ke gerai cendol yang lokasinya kira-kira 5 minit perjalanan. Tapi terfikir jugak, dah siap ke cendol nya time tu, tengok jam baru pukul 10... ish rasa macam pagi benar la pulak...

Tapi tak kira, singgah jugak kat gerai cendol tuan karkun tu.  Yang tau tuan gerai tu seorang karkun sebab ingat en suami pernah cerita, ada sekali dulu pernah sama2 dalam jamaah 'keluar 3 hari' dengan tuan gerai dan pembantunya. 

Ok berbalik cerita pasal cendol, tanya2, alhamdulillah dah ada pun. Hepinya rasa...  '....satu ya dik, bungkus..", kata saya pada pembantu gerai.

Masa nak bayar, saya hulurkan rm1.50 pada adik tu.  Tapi, err.. entah kenapa nampak adik tu macam teragak-agak pulak nak terima. Tiba2 isteri tuan gerai datang sambil tersenyum.  Beliau mengambil duit dari pembantu gerai kemudian terus hulurkan balik pada saya sambil kata, "... takpe tak payah bayar... hari ni ada orang sponsor..."


"Oh iyake... lorr...alhamdulillah rezeki.. timakasihhh...", ucap saya sambil tersenyum suka.. Ish tak sangka pulak kejadian yang tiba2 terlintas nak makan cendol tu mengandungi hikmah... nak dapat cendol free rupanya... hasil sedekah seorang hamba Allah yang mencari pahala sedekah di hari Jumaat, hari yang mulia.  Semoga diberkati Allah... aamiinn


4 comments:

  1. Alhamdulillah rezki cendol yg tak di sangka. Pengushanya seorang karkun yg istiqamah dan zuhud. Saya pernah mengikuti bayan beliau, sungguh menusuk jiwa. Pembantu beliau juga seorang karkun, anak muda yg terpilih untuk kerja dakwah sejak sekian lama tapi begitu merendah diri. Di bulan Ramadan yg lalu saya terpandang notis 'Kedai Tutup Keluar Di Jalan Allah Selama 30 Hari' terpapar di pintu kedainya. Subhanallah.

    ReplyDelete
  2. Assalamu'alaikum Nur

    Subhanallah n masyaAllah.. rezeki Nur tu. Pasti sedap .. Siapa yang memberikan ilham kepada karkun itu.. pastinya DIA yang Maha Pengasih Maha Penyayang maha Pemberi Rezeki dan Maha Segala Kebesaran dan Kemuliaan.

    Semoga Nur sentiasa dalam kesejahteraan dan dalam redha Allah SWT.. Aamiin

    ReplyDelete
  3. Anon,
    Alhamdulillah, jika lakukan usaha agama, InsyaAllah akan datang bantuan dan pertolongan Allah.


    TiranaAduka,
    Wsalam. Bagi mereka yang bersyukur itu, ada nikmat sehingga dengan rezeki yang Allah kurnia itu menjadi penyebab untuk lebih kasih dan lebih damping dengan Allah. Orang yang syukur itu sentiasa mensyukuri nikmat.. tQ singgah :)



    Kak Werdah,
    Wsalam. Timakasih doa buat saya.. ameenn

    Alhamdulillah memang sedap cendol tu. Allah yang bagi sedap. Moga hambaAllah yang bersedekah melalui gerai cendol di hari Jumaat mendapat pahala bersedekah yang berlipat kali ganda...ameen..
    Nikmat harta yang Allah anugerahkan, kita gunakanlah untuk perkara kebajikan dalam memburu redha Allah.
    TQ kak Werdah :)

    ReplyDelete