Rahsia masih kuat dan bertenaga

Bismillahirrahmanirrahim

Ada kisah menarik yang ingin dikongsi...  
Petang tadi saya merentas kira2 40km dari rumah untuk pergi mengambil Kueh Rempeyek yang ditempah dari seorang makcik.  Tempah 2kg tapi bila sampai di sana ambil lagi sekilo, alang2 memandu jauh tu.. he he

Yang menariknya, makcik ni seorang warga emas(kenal dah lama, tapi kami jarang2 jumpa melainkan ada kenduri kendara), tapi alhamdulillah nampak masih begitu kuat dan cergas. Memang sukar nak percaya bila tahu umurnya yang sebenar sebab dari pandangan mata saya makcik tu nampak macam masih di sekitar 60an walhal usia sebenar beliau sudah hampir 80 tahun.

Sambil minum kopi O panas yang dihidangkan, saya ralit mendengar cerita beliau.  Beberapa bulan lepas semasa beliau ke kebun(masih ke kebun dengan menunggang basikal.. uishh), sedang beliau tekun menebas buluh, tiba-tiba beliau terdengar bunyi sesuatu berdengus. Dengar sekali masih buat tak tau, tapi bila dengar dua kali terus berderau darah sebab dah yakin bunyi tersebut ialah suara harimau. Makcik pun tanpa berlengah terus membuka langkah seribu, cuba larikan diri sekuat hati.  Sampai dekat basikal yang diparking jauh, beliau dah tak larat dah, tangan dah menggigil-gigil... terpaksa heret je basikal sampai rumah... itu yang sampai hari ni jadi sakit2 lutut, dek kes berlari hari tu punya pasal. Terkedu dengar cerita ini... ohh rupa2nya ada harimau kat belakang sana.  "Tak masuk kampung ke harimaunya makcik?", tanya saya.  "Ada... makan kambing orang kampung lagi..." Ish... gerun betul dengar...

Banyak ilmu dapat dari makcik.  Bila saya tegur wajah beliau yang cerah dan segar(takde nampak banyak kedut pun), beliau dengan merendah diri kata... "...makcik takde amal petua apa pun, tapi kalu masa kita terjaga malam2 tu, ambik balik la wudhuk, kalu bukan buat semayang pun boleh zikir-zikir sebelum terlelap... "

Bila saya tegur badan beliau yang masih kuat dan mampu buat kerja2 kebun dan sebagainya(termasuk buat rempeyek yang saya tempah tu)beliau menjawab... "....alah cuma mungkin masa muda dulu lepas bersalin, makcik jaga betul pantang, banyak makan jamu.  Makan maajum yang kaler hitam tu.." 
Tegas beliau,"Elok makan maajum ni..."

"Kita ni kalau ada barang2 macam labu ni, elok potong2 kasi jiran sama...",kata beliau sambil tangan sibuk mengisi 3 biji buah labu dan sebiji betik yang bersaiz besar ke dalam plastik untuk saya bawak balik).  'Bila kita sedekah, InsyaAllah panjang sedara(*silaturrahim)....", sambung beliau sambil tersenyum.  Senyuman sentiasa mekar di wajah beliau sepanjang kami berbual... smiling face orangnya...

"Solat sunat Fajar jangan tinggal...." Pesanan yang satu ini membuat saya terdiam.  Terkenang... diri dalam bab solat sunat fajar ni sekejap buat sekejap tak buat. Sekejap semangat sekejap tak. Timbul azam untuk istiqamah buat perkara2 baik yang makcik tu pesan.  Pesanan tulus dari seorang warga emas yang begitu hebat pada pandangan saya... Subhanallah...


cili padi kampung tanaman makcik... pakai dua biji pun dah cukup pedas.  


rempeyek yang begitu sedap dan rangup

Banyak yang diberi untuk saya bawak balik.  Selain dari yang dibayar, diberi lagi extra rempeyek.  Sebelum saya sampai lagi dah siap2 standby nak kasi betik dan labu.  Cili padi tu pulak petik masa nak balik. Turut dihadiahkan satu tin kopi yang istimewa dari Kedah.  Tqvm makcik.. moga murah rezeki makcik, moga sentiasa diberi kesihatan yang baik dan selalu dalam pemeliharaan Allah Taala.... ameenn

1 comment:

  1. Alhamdulillah, seorang warga emas yg berhati emas penuh hemah dan hikmah buat dicontohi generasi muda. Mari sama2 kita doakan agar sisa2 umurnya penuh bahagia dan barokah. Amiin.

    ReplyDelete