Bismillahirrahmanirrahim
Semalam semasa membelek salah-satu buku doa dan munajat, terpandang pada bab yang menyebut tentang Zikir 100. Zikir 100 yang dimaksudkan ialah zikir yang dapat kita jadikan amalan yang setiap satunya dibaca sebanyak 100x sehari iaitu:
- Membaca Surah Al-Ikhlas iaitu Qul hu wallah hu ahad Allah hus somad Lam Yalid walam yulad walam yakul lahu kufuwan ahad
- La haula wala quwata illa billah
- La ila ha illallah hu wah dahu la syari kalah, la hul mulk ku wa la hul ham du yuhyi wayumit tu wa hu wa 'ala kul li syai in qadir
- Rabbighfirli warhamni watub’alaiya
yang bermaksud: Ya Allah... ampunilah aku, sayangilah aku dan terimalah taubatku..
Mari kita cuba jadikan amalan. Zikir InsyaAllah dapat mendekatkan diri kita dengan Allah. Hubungan yang kuat dengan Allah dan keimanan yang kental adalah asas penting dalam kehidupan seorang Muslim. Bila tahap iman sudah mantap, InsyaAllah seseorang itu tidak akan terlajak mengikut pelbagai selekoh yang bengkang-bengkok. InsyaAllah Allah akan lindung agar tidak tersungkur ke dalam lubang2 di tengah jalan yang boleh memesongkan diri dari jalan yang benar.
Jika konsisten berzikir InsyaAllah akan beroleh hikmah dari Allah yang akan mendorong kita dalam berkata-kata dan melakukan perkara yang benar dan berhikmah... ameen..
.......................................................
Jika berzikir kepada Allah Ta'ala dalam hati, sehingga yang boleh mendengarnya hanya diri kita, maka itulah yang sebaik-baiknya. Sebab Rasulullah SAW pernah bersabda yang bermaksud:
"Sebaik-baik zikir ialah yang dirahsiakan (dalam batin), dan sebaik-baik rezeki ialah yang mencukupi."
Di dalam Al-Quran, Allah telah berfirman:
"Berzikirlah (ingatlah) kepada Tuhanmu dalam hatimu dengan rendah hati dan perasaan takut." (Al-A'raf: 205)
Jika ingin berzikir dengan suara keras, tiadalah salah malah memang dituntut dan dianjurkan tetapi hendaklah ia disertai ikhlas semata-mata kerana Allah Ta'ala dan tidak riya'. Juga suara zikir kita itu tidak pula mengganggu orang yang sedang bersembahyang di sebelah-menyebelah, ataupun orang yang sedang membaca al-Quran, sehingga mengelirukan mereka di dalam ibadat mereka.
Jika zikir itu diadakan di dalam suatu majlis yang ramai, maka yang demikian itu memang dituntut dan dianjurkan. Tetapi syaratnya adalah seperti yang disebutkan di atas tadi.
Di dalam hal ini terdapat banyak hadis, di antaranya ialah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Tiada suatu perkumpulan yang berkumpul di rumah-rumah Allah (masjid-masjid) di mana mereka berzikir kepada Allah Ta'ala dengan mengharapkan keridhaan Allah Ta'ala, melainkan Allah akan mengampunkan segala dosa mereka, dan akan mengubah semua kejahatan mereka menjadi kebaikan."
Sabda baginda lagi;
"Tiada sesuatu kaum yang duduk bersama-sama berzikir kepada Allah, melainkan para Malaikat mengelilingi mereka sedang nikmat meliputi mereka, dan ketenangan turun ke atas mereka. Manakala Allah pula menyebut mereka itu kepada sesiapa yang berada di sisi-Nya."
Sabda baginda lagi:
"Jika kamu melintas pada taman-taman syurga, maka hendaklah kamu berehat. Para sahabat bertanya: Apakah itu taman-taman Syurga? Jawab baginda: Kumpulan-kumpulan orang yang berzikir."
Pada riwayat lain, iaitu: Majlis-majlis zikir.
Jangan lalai dari berzikir...
Wallahu a'lam.
Alhamdulillah, jom sama2 beramal dengan zikrullah ini. Just Do It !!
ReplyDeleteAs'salam....mohon diambil ilmu nya ya..moga2 dapat dipanjangkan ilmunya...
ReplyDeleteQabiltu ijazah..mohon izin beramal
ReplyDeleteizin mngamalkan
ReplyDeleteQobiltu ijazah🤲izin kan saya mengamal
ReplyDelete