Alhamdulillah pagi ni rasa banyak benda accomplished. Bila berpagi2 memulakan hari, banyak benor manfaatnya. Pagi2 kami dah ke pasar beli ikan dan sayur untuk bekalan seminggu InsyaAllah. Selesai kat pasar singgah di pasaraya besar depan pasar, saja nak tengok apa yang di-offer hari ini. Tengok2 Sunlight pencuci pinggan botol tinggi dapat harga rm4.58. Waaa.... murah tuh... Minggu lepas dapat beras Jasmin super5 rm28 untuk 10kg. Tengok harga hari ni dah takde offer, dah jadi regular price rm32.99.. ish ish.. Masa relax sekejap kat medan selera, terus tekan talipon mesej dua orang sahabat info tentang harga runtuh Sunlight tu... he he.. saja-saja sms bagi merapatkan ukhwah... :)
suasana masih lengang di medan selera...
Ada hujan dalam dua tiga hari ni, itu yang tak keluar menyiram. Tapi pokok2 dalam pasu bawah bumbung terserlah gering kekeringan sebab tak berapa nak kena hujan, tempias gitu-gitu je. Jadi ambik peluang siram semua sekali tak kira yang bawah bumbung ke yang tak bawah bumbung ke, siram semua dengan penuh kasih-sayang... he he.. Saya amalkan membaca zikir tanaman syurga setiap kali menyiram pokok... iaitu zikir..Subhanallah Walhamdulillah Walailaha illallah Wallahu Akbar... Moga semua hidup subur dengan izin Allah...amenn
Sebelum melangkah tinggalkan laman, pergi kutip bunga kenanga dalam segenggam. Alhamdulillah wangi sangat bunga ni bagi saya. Ada juga yang tak berapa suka dengan bau-nya, tapi kami suami isteri sangat suka dengan keharumananya yang asli. Saya terus letakkan bunga kenanga yang segenggam tu dalam bekas pot-pouri di bilik air. InsyaAllah keharumannya nanti dapat bertahan mewangi dalam tempoh beberapa hari... Alhamdulillah.
Hanya cerita santai di pagi Sabtu yang indah... wassalam.
bunga kenanga aku juga suka itu bunga, indah dan harum ...
ReplyDeletewin3..
ReplyDeletememang indah dan harum bunga kenanga.. tq