Bismillahirrahmanirrahim.
"Jika kita terjaga di tengah malam tak kira pukul 3 ke pukul 4 ke, cuba rasakan kita terjaga itu sebab Allah yang kejutkan kita..." Subhanallah... terngiang-ngiang sampai hari ini ucapan ustaz dalam kuliah maghrib dulu semalam.
"Setiap yang berpahala banyak, memerlukan pengorbanan", kata ustaz dalam kuliah malam tadi pula. Memang payah untuk kita bangun malah kalau dapat bangun sekalipun di tengah malam contoh untuk ke bilik air, hati jadi begitu berat untuk solat malam. Selepas selesai urusan di bilik air, terus masuk bilik sambung tidur. Hati tak rasa ringan untuk lakukan ibadah. Hati tak kuat untuk langsung ambil wudhuk lalu solat walau hanya 2 rakaat.
"Kalau kita tak menyesal pada waktu ini, bila kita akan menyesal...tuan-tuan?"
Berdebar rasa hati mendengar kata-kata ini. Termenung seketika mengenang kedudukan diri...
Antara katil dan sejadah, mana lebih selesa buat kita di tengah malam? Tentulah hati lebih dekat kepada katil, namun kata ustaz, jangan lah kita terlalu gemar pada tidur. Tidur yang terlampau banyak boleh menyebabkan hati menjadi buta, sukar untuk terima nasihat, jadi malas baca quran hingga sukar bagi kita untuk mendapat hidayah dari Allah... nauzubillah...
Firman Allah dalam Surah Al-Israa' ayat 79;
yang bermaksud:
"Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah 'sembahyang tahajjud' padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji."
dan dalam Surah Sajadah ayat 16;
yang bermaksud:
"Mereka merenggangkan diri dari tempat tidur, (sedikit sangat tidur, kerana mengerjakan tahajjud dan amal-amal soleh); mereka sentiasa berdoa kepada Tuhan mereka dengan perasaan takut (akan kemurkaan-Nya) serta dengan perasaan ingin memperolehi lagi (keredhaan-Nya); dan mereka selalu pula mendermakan sebahagian dari apa yang Kami beri kepada mereka."
dan dalam Surah Muzzammil ayat 20;
"Sesungguhnya Tuhanmu (wahai Muhammad) mengetahui bahawasanya engkau bangun (sembahyang Tahajjud) selama kurang dari dua pertiga malam dan selama seperduanya, dan selama sepertiganya, ...."
Ayat-ayat itu kata ustaz, sudah cukup untuk menggalakkan kita agar berusaha bangun solat 2 rakaat di tengah malam. Orang yang bangun malam akan nampak pada wajahnya cahaya. Cahaya itu akan memandu mereka ke jalan yang benar InsyaAllah.
Dari Aisyah radhiallahu'anha, katanya: "Nabi SAW itu berdiri untuk bersembahyang malam, sehingga pecah-pecah kedua tapak kakinya. Saya berkata kepadanya: "Mengapa Tuan mengerjakan sedemikian ini, ya Rasulullah, padahal sudah di-ampunkan untuk Tuan dosa-dosa Tuan yang dahulu dan yang kemudian?" Beliau SAW lalu bersabda: "Tidakkah saya ini seorang hamba yang banyak bersyukur." ((Muttafaq 'alaih)
Hendaklah kita membiasakan diri bangun malam kerana bangun solat malam itu dapat mendekatkan diri kita kepada Allah Taala. Dengan istiqamah bangun malam juga InsyaAllah dapat menjauhkan diri kita dari dosa dan menyingkirkan penyakit dari tubuh..ameen.
Kita khuatir akan terkena penyakit banyak lupa, maka untuk elakkan diri dari menjadi nyanyuk di usia tua, bangunlah solat malam. Dikatakan ubat mata yang paling mujarab ialah banyak melihat al-quran, banyak membaca al-quran. Manakala ubat untuk mencerdaskan otak ialah dengan banyak mengingati Allah, banyak melakukan amal soleh kepada Allah Taala termasuk dengan mendirikan solat malam, zikir dan membaca quran.
Seorang mukmin itu akan menjadi mulia bila dia sanggup bangun di tengah malam. Ustaz sebutkan satu riwayat yang mengatakan bahawa:
1) Siapa yang bangun malam dan membaca 10 ayat dari al-quran, maka dia tidak akan ditulis sebagai orang yang lalai.
2) Siapa yang bangun dan membaca dengan kadar 100 ayat maka mereka akan ditulis sebagai hamba yang taat pada Allah.
3) Siapa yang bangun malam yang baca 1000 ayat akan ditulis sebagai orang yang mempunyai bekal akhirat.
Ustaz membacakan lagi hadis Nabi SAW yang berkaitan dengan bangun malam ini iaitu:
Dari Jabir ra katanya: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: “Pada malam hari, ada satu saat (yang berkat) yang jika seseorang Muslim menepati saat itu dan berdoa kepada Allah meminta keberkatan dunia dan akhirat, nescaya Allah kabulkan doanya. Saat itu wujud pada setiap malam.” (Riwayat Muslim)
Abu Hurairah ra meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Tuhan kita, Maha Suci dan Maha Mulia KedudukanNya, pada setiap malam turun ke langit dunia yang paling rendah sekali di sepertiga akhir malam lalu menyeru: Adakah terdapat sesiapa yang berdoa kepadaKu nescaya Aku kabulkan? Adakah sesiapa yang meminta kepadaKu nescaya aku perkenankan? Adakah terdapat sesiapa yang memohon ampun dariku nescaya Aku ampunkan?" (HR Muslim)
Nabi SAW juga ada menyebut bahawa "...seutama-utama solat sesudah solat fardhu ialah solat di waktu malam."
Maka pesan ustaz....didiklah diri kita dengan amalan bangun malam. Bangunlah solat malam walau hanya untuk 2 rakaat. Perlu mujahadah kerana sesungguhnya setiap yang menjanjikan pahala banyak itu amat memerlukan pengorbanan kita. Korban rasa malas, korban rasa penat, korban waktu tidur... tanamkan azam untuk dapat bangun solat malam agar mudah-mudahan rumah serta kehidupan kita akan sentiasa diberkati Allah Taala... InsyaAllah.
Wallahu'alam.

Terjaga Dari Tidur
ReplyDeleteAllah Yang Kejut
Ucapkan Allah Hu Akbar
Bangkit Ambil Wudhuk
Solat Tahajjud Dua Rakaat
Amalan Yang Jadi Rutin
Akan Kekal Manis
Pahit Jika Di Tinggalkan
Istiqamah Solat Malam.