Kek Coklat atau Kek Shukulatah

"Sedapnya dapat bekfes kek shukulatah pagi-pagi ni...lazizzz"

Kakak pagi-pagi tadi dah whatsapp. Anak saya tu dah Level Two (Intermediate) Kursus Intensif Bahasa Arab, itu yang selalu terkeluar perkataan Arab tiapkali bersms/ber-whatsapp dengan kami-kami yang tak brapa nak pandai Arab ni.. he he

Kek Shukulatah tu kek Coklat dalam bahasa Arab. Hari tu dah buatkan sebiji kek shukulatah buat ustaz kelas Arab kakak sempena befday ustaz. Ustaz orang Mesir, hensem kata kakak.. semua satu kelas suka sangat bila tiba time kelas Arab.. ha ha..
Kakak bersama 10 orang rakannya masuk private-class Bahasa Arab yang di luar requirement kuliah, kena bayar RM130 untuk satu-satu level. Ada tiga level kesemuanya, kakak sekarang di level two. Impian kakak hanya satu, nak mantapkan skill bahasa Arab tujuan untuk faham al-Quran, kalam Allah...InShaaAllah.

Kek Coklat yang kakak makan tu, saya kirim melalui en suami  yang nak ke ofis.  Dah whatsapp kakak siap2 suruh standby..."Mama kirim choc cake skali ngan rambutan tu. Karang papa singgah anta eh..mama doa kakak sntiasa dlm pemeliharaan Allah Taala.."

"Amiin... waiyyaki ya ummi (n for u too my mother)', balas kakak. 

Memang kerap jugak la buat kek coklat dan kek yang mana senang2 tu untuk bekalan anak-anak di asrama.  Kesian pulak, asyik supply biskut kering je kat deorang untuk wat cicah dengan teh-O, itu yang kadang selang-seli kan dengan kiriman kek coklat dan juga muffin.  
Meh kita tengok resepi...
VERY MOIST CHOCOLATE CAKE
2 cawan tepung gandum serbaguna (cap kunci/blue key)
2 cawan gula (tak payah mesin pun takpe, saya guna gula kasar je)
3/4 cawan koko powder
2 sudu kecil baking soda
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam
1 cawan minyak masak(mazola/sunflower)
1 cawan air mendidih
1 cawan susu cair + sesudu besar cuka makan(perapkan 5 - 10 minit)
2 biji telor saiz A
1 sudu kecil vanilla

Panaskan oven beserta loyang yang dah disapu margerin, 175' 
Campur semua bahan kecuali air panas ke dalam satu mangkuk besar.
Pukul selama seminit.
Kemudian masukkan air panas mendidih.
Pukul lagi selama seminit.
Bakarlah selama lebihkurang 45 minit. (Macam saya, saya bahagikan adunan pada 4 loyang kecil, jadi dalam setengah jam alhamdulillah dah masak). 

Untuk topping:
3/4 cawan koko powder
3/4 cawan susu pekat
satu sudu besar margerin

Kacau rata kesemuanya kemudian masak sambil dikacau-kacau selama 5 minit.
Tabur badam yang dah panggang atas topping coklat.
.................................

Resepi kek coklat yang sangat moist ini sering saya ulang buat, senang pakai sukat cawan je.. Sebelum ini saya sering pakai resepi kek coklat chef wan, samada Kek Coklat Amerika atau satu lagi Rehrucken Coklat... kedua-duanya pun sedap juga. Tapi sekarang nak mudah kerja, tak ambik banyak masa pakai resepi yang kat atas ni je.. Kek ini memang sangat moist, hari kedua lagi lah moist. Anak-anak dan en suami suka, kalau buat sekejap je abes... alhamdulillah :)

Lepas cerita pasal kek coklat, 
..jom kita belajar bahasa Arab pulak...:))

No comments:

Post a Comment