Biar timbul perasaan dalam diri kita, takut Allah marah. Menutup aurat dengan sempurna adalah perintah Allah. Maka, kita ikut lah perintah Allah. Niat dalam hati kita, kita tutup aurat sebab itu merupakan perintah Allah.
Bila keluar sidai kain di luar rumah, keluar siram pokok di laman, kita usahalah tutup aurat dengan sempurna. Kita buat bukan sebab takut orang nampak, tapi kita buat kerana itu perintah Allah. Jangan pula kita hanya bila nak sembahyang baru tutup aurat dengan sempurna, yang nampak hanya raut wajah, kedua tapak tangan namun bila selesai sembahyang kita singsing lengan baju bila nak keluar pergi angkat kain. Kita memang tengok macam tak ada orang di luar, tapi sebaik-baiknya tutup je lah aurat tu dengan sempurna, kita tak rugi apa-apa pun.
Bahagian kaki sering dipandang ringan oleh sebahagian dari kita bilamana kita dah tutup dengan sempurna di bahagian atas namun kaki pula terabai, lupa pula nak sarung stoking. Cuba bayangkan ketika mana kita tak pakai stoking semasa keluar ke mana-mana,sudah berapa ramai orang lelaki di luar sana yang secara sengaja atau tak sengaja telah terpandang akan aurat kita... Ohh, moga-moga Allah ampunkan kita...aamiin
Ustaz dalam satu kuliah maghrib baru-baru ini ada berpesan agar kita cubalah elak dari terbeli pakaian yang berhias lebih-lebih. Contoh: Dah elok dah beli jubah, tapi yang silapnya pergi beli jubah yang penuh berkerawang perhiasan batu-batu permata di hujung lengan baju dan seluruh bahagian depan jubah. Mengerlip2 nampak batu permata berwarna-warni menghiasi jubah. Tanya diri kita, kita nak pakai pakaian itu atas niat apa sebenarnya. Adakah masih lurus niat kita untuk menutup aurat kerana Allah atau ada niat sampingan iaitu nak mempamerkan jubah kita yang cantik yang tentunya akan menarik perhatian orang yang memandang.
Juga di-ingatkan agar kita tak beli/buat jubah dari jenis kain yang jarang, nipis je hingga tembus mata orang yang melihat. Ada yang sengaja pakai inner(baju lain kat dalam) tapi malangnya baju yang kat dalam tu boleh nampak dari luar ikut bentuk badan sedangkan baju yang kat luar pun berbayang-bayang nipis. Jadi kena perbetulkan balik nawaitu. Kita pakai pakaian niat tutup aurat kerana Allah. Warna pilihan pula elaklah pilih warna yang menjolok mata dan janganlah pula pakaian itu sengaja dipilih ikut bentuk badan. Carilah yang longgar hingga orang tak boleh nak scan bagaimana bentuk badan kita. Kejadian seseorang wanita adalah istimewa, jadi kena usaha tutup dari dapat dilihat oleh orang yang bukan suami dan bukan mahram kita. Kalau pakai pakaian tujuan untuk mencari kemasyhuran atau ingin popular, jelas telah lari jauh dari niat asal kita iaitu memakai pakaian untuk tutup aurat kerana Allah.
Jom kita tutup aurat dengan sempurna. Dalam Islam, aurat bagi wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali kedua telapak tangan dan muka (Surah an-Nuur 31 dan Surah al-Ahzab 59), sedangkan untuk lelaki adalah bahagian pusat(perut) ke bawah hingga lutut.
Menurut ulamak Sheikh Muhammad Nashiruddin Al-Albany, kriteria jilbab yang benar harus menutup seluruh badan kecuali wajah dan dua telapak tangan, jilbab bukan merupakan perhiasan, tidak tipis, tidak ketat sehingga menampakkan bentuk tubuh, tidak disembur perfume, tidak menyerupai pakaian kaum lelaki atau tidak menyerupai pakaian wanita-wanita kafir dan bukan merupakan pakaian untuk mencari nama atau kemasyhuran.
Doa agar Allah sentiasa tetapkan iman kita. Berpakaian mengikut syariat agar beroleh redha Allah dalam setiap urusan kita. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kita melainkan hanya dengan bantuan Allah...
Wallahu a'lam.
Bila keluar sidai kain di luar rumah, keluar siram pokok di laman, kita usahalah tutup aurat dengan sempurna. Kita buat bukan sebab takut orang nampak, tapi kita buat kerana itu perintah Allah. Jangan pula kita hanya bila nak sembahyang baru tutup aurat dengan sempurna, yang nampak hanya raut wajah, kedua tapak tangan namun bila selesai sembahyang kita singsing lengan baju bila nak keluar pergi angkat kain. Kita memang tengok macam tak ada orang di luar, tapi sebaik-baiknya tutup je lah aurat tu dengan sempurna, kita tak rugi apa-apa pun.
Bahagian kaki sering dipandang ringan oleh sebahagian dari kita bilamana kita dah tutup dengan sempurna di bahagian atas namun kaki pula terabai, lupa pula nak sarung stoking. Cuba bayangkan ketika mana kita tak pakai stoking semasa keluar ke mana-mana,sudah berapa ramai orang lelaki di luar sana yang secara sengaja atau tak sengaja telah terpandang akan aurat kita... Ohh, moga-moga Allah ampunkan kita...aamiin
Ustaz dalam satu kuliah maghrib baru-baru ini ada berpesan agar kita cubalah elak dari terbeli pakaian yang berhias lebih-lebih. Contoh: Dah elok dah beli jubah, tapi yang silapnya pergi beli jubah yang penuh berkerawang perhiasan batu-batu permata di hujung lengan baju dan seluruh bahagian depan jubah. Mengerlip2 nampak batu permata berwarna-warni menghiasi jubah. Tanya diri kita, kita nak pakai pakaian itu atas niat apa sebenarnya. Adakah masih lurus niat kita untuk menutup aurat kerana Allah atau ada niat sampingan iaitu nak mempamerkan jubah kita yang cantik yang tentunya akan menarik perhatian orang yang memandang.
Juga di-ingatkan agar kita tak beli/buat jubah dari jenis kain yang jarang, nipis je hingga tembus mata orang yang melihat. Ada yang sengaja pakai inner(baju lain kat dalam) tapi malangnya baju yang kat dalam tu boleh nampak dari luar ikut bentuk badan sedangkan baju yang kat luar pun berbayang-bayang nipis. Jadi kena perbetulkan balik nawaitu. Kita pakai pakaian niat tutup aurat kerana Allah. Warna pilihan pula elaklah pilih warna yang menjolok mata dan janganlah pula pakaian itu sengaja dipilih ikut bentuk badan. Carilah yang longgar hingga orang tak boleh nak scan bagaimana bentuk badan kita. Kejadian seseorang wanita adalah istimewa, jadi kena usaha tutup dari dapat dilihat oleh orang yang bukan suami dan bukan mahram kita. Kalau pakai pakaian tujuan untuk mencari kemasyhuran atau ingin popular, jelas telah lari jauh dari niat asal kita iaitu memakai pakaian untuk tutup aurat kerana Allah.
Jom kita tutup aurat dengan sempurna. Dalam Islam, aurat bagi wanita adalah seluruh tubuhnya, kecuali kedua telapak tangan dan muka (Surah an-Nuur 31 dan Surah al-Ahzab 59), sedangkan untuk lelaki adalah bahagian pusat(perut) ke bawah hingga lutut.
“ | Katakanlah kepada wanita yang beriman: "Hendaklah mereka menahan pandangannya, dan memelihara kemaluannya, dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutupkan kain kudung ke dadanya, dan janganlah menampakkan perhiasannya, kecuali kepada suami mereka, atau ayah mereka, atau ayah suami mereka, atau putera-putera mereka, atau putera-putera suami mereka, atau saudara-saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara laki-laki mereka, atau putera-putera saudara perempuan mereka, atau wanita-wanita Islam, atau budak-budak yang mereka miliki, atau pelayan-pelayan laki-laki yang tidak mempunyai keinginan (terhadap wanita) atau anak-anak yang belum mengerti tentang aurat wanita. Dan janganlah mereka memukulkan(menghentakkan) kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan. Dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, hai orang-orang yang beriman supaya kamu beruntung.(Qur'an Surah An-Nuur:31) | ” |
“ | Hai Nabi katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: "Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka". Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal, karena itu mereka tidak diganggu. Dan Allah adalah Maha pengampun lagi Maha penyayang.(Qur'an Surah Al-Ahzab:59) |
Doa agar Allah sentiasa tetapkan iman kita. Berpakaian mengikut syariat agar beroleh redha Allah dalam setiap urusan kita. Sesungguhnya tiada daya dan kekuatan kita melainkan hanya dengan bantuan Allah...
Wallahu a'lam.
Berushalah untuk tutup aurat dgn sempurna...untuk mendapat redha Allah.
ReplyDelete