Bismillahirrahmanirrahim.
Salah-satu pintu yang boleh syaitan masuk ke dalam diri seseorang, ialah masuk ikut bab marah.
Yang ini manusia tak sedar, manusia boleh tertipu. Dia akan rasa... memang patut pun aku marah. Kata ustaz, kita ini biasa kalau menahan marah, sekali tu boleh lagi, tapi bila masuk dua kali, dah tak boleh tahan sabar dah.. Bila kita marah tu lah, jadi tak sedar, jawabnya syaitan masuk, dia akan perdaya kita untuk buat tindakan, contoh: tunjuk kemarahan dengan wajah, tunjuk dengan mata, dengan urat leher, tak cukup dengan itu balas dengan mulut, dengan caci, dengan suara, dengan kata-kata. Tak cukup dengan itu ada yang boleh sampai angkat kaki tangan sebab marah... Maka rasa marah itu boleh membawa kepada dendam sesama manusia.. Dikatakan apa yang keluar di lisan itu akan lebih lama melekat di dalam hati manusia. Maka awas.. kena jaga, cuba sedaya upaya untuk menahan rasa marah.
Allah Taala menyifatkan menahan marah ini ialah sifat orang-orang yang mulia.
Maka mintak berlindung dengan Allah dari syaitan yang direjam.
Doa Ketika Marah
أَعُوذُ بِاللَّهِ مِنَ الشَّيْطَانِ الرَّجيـمِ
'A'uzhu billaahi minash-Shaytaanir-rajeem.
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam.
(HR Bukhari/Muslim)
Doa Untuk Mengusir Syaitan

(HR Abu Dawud/at-Tirmidzi)
Dari Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda: Seorang yang kuat itu bukanlah orang yang dapat membalas(pukulan lawannya) tetapi seorang yang kuat itu ialah dia yang dapat mengawal diri dan perasaannya dengan baik ketika marah.
(HR Bukhari)
Dari Abu Hurairah ra bahawasanya ada seorang lelaki yang berkata kepada Nabi SAW: "Berikanlah wasiat padaku!" Nabi SAW menjawab: "Janganlah engkau marah." Orang itu mengulang-ulangi lagi permintaan wasiatnya sampai beberapa kali, tetapi beliau SAW tetap menjawab:
"Janganlah engkau marah."
(Riwayat Muslim)
Wallahu a'lam.

Jangan marah..
ReplyDeletemohon share
ReplyDelete