Bismillahirrahmanirrahim.
Pesta Buku di PWTC telah selamat berakhir semalam.Dua hari sebelum tu saya sempat menghantar wasep pada teman2 sekeliannya memberitahu akan perkara ini. Kami sekeluarga suka pergi pada hari terakhir berakhirnya pesta buku sebab banyak buku dijual dengan harga yang lebih murah berbanding hari2 awal pesta buku berlangsung.
Nak cerita... Saya dari rumah lagi dah aim nak cari satu kitab. Dek teruja dengan penyampaian seorang ustaz yang sampaikan tazkirah ikut Kitab Hikam, maka saya diam-diam menyimpan hasrat untuk mencari syarah kitab tersebut suatu hari. Jadi bila ada peluang ke pesta buku, hati terus berharap agar hasrat nanti kesampaian.
Kami anak beranak sampai lebihkurang pukul 11.30pagi di sana. Sewaktu kaki melangkah masuk di pintu utama pwtc, dengan tak disangka2 mata saya terpandang satu banner besar yang tertulis 'Syarah Kitab Al-Hikam' di penjuru salah-satu booth. Hati tersentak.. Ya Allah!
Subhanallah...
Sampai2 saja di sana, tiba2 saja terus terserempak dengan apa yang bermain di fikiran.. syukurlah.. Alhamdulillah, akhirnya berjaya mendapatkan kitab Syarah al-Hikam yang jilid 3 tulisan Dr Zulkifli. Jilid 1 dan 2 belum beli lagi.. InsyaAllah yang dua jilid lagi tu, di lain waktu. Tertarik hati untuk memiliki jilid 3 terlebih dulu sebab ia keluaran terbaru yang terbit untuk pesta buku kali ini. . Alhamdulillah..
Satu perkara lagi yang ingin dikongsi cerita.. Semasa saya dan en suami bergerak dari satu booth ke satu booth yang lain,... tiba2 saya yang ketika itu berseorangan telah melalui satu booth seorang pak Arab. Beliau waktu itu rupa2nya sedang membagi-bagikan naskhah2 al-Quran pada para pengunjung pesta buku yang melintas di hadapan beliau. Langkah saya terhenti di depan pak Arab, terdiam, lalu beliau dengan segera sambil tersenyum terus menghulurkan senaskhah al-Quran yang besar buat saya. Ya Allah.. Rasa antara percaya dengan tidak, bila mendapat pemberian tersebut. Hati rasa berdebar-debar. Tak dapat digambarkan rasa hati saya bilamana membuka lembarannya, kelihatan huruf-hurufnya berfont besar..sangat jelas di mata saya.
Subhanallah..air mata terasa bergenang di mata bila mengingatkan saya sememangnya amat memerlukan Al-Quran berhuruf besar di kala ini. Sering rasa nak menangis tiapkali baca al-Quran sebab tak dapat nak lihat dengan jelas huruf dan titik bacaan. Sedangkan bila pakai spek, akan diserang sakit kepala. Saya jadi risau lebih2 lagi bila memikirkan Ramadhan dah makin dekat... Maka bila dapat hadiah yang istimewa ini, saya bersyukur sangat2..
Alhamdulillah, ia hadiah paling istimewa buat diri ini.. terimakasih ya Allah.. Segala Puji Bagi Allah...

Alhamdulillah rezki Allah yg bagi. Asbab niat yg baik.
ReplyDelete