Petanda Bahagia Dunia Akhirat

Bismillahirrahmanirrahim

Kata ustaz dalam satu sesi kuliah Maghrib...

Dengarlah peringatan kerana sesungguhnya peringatan itu bermanafaat buat orang mukmin. Orang yang takut (melanggar perintah Allah) akan menerima peringatan yang disampaikan. Yang hadir di majlis ilmu, mengundang rahmat dan kasihsayang Allah.

Disebut petanda bagi mereka yang bahagia di dunia dan akhirat:
1)Bahawasanya dia seorang yang zuhud dengan dunia. Zuhud lebih tinggi maqam dari warak.  Zuhud maqam bagi orang muttaqin. Warak maqam orang yang soleh. Zuhud  ialah bilamana dia meninggalkan perkara haram dan perkara syubhah dan dia tidak mengambil benda yang halal secara berlebih-lebihan.   Itu erti zuhud, kata ustaz. Mereka ada lebihan dari perbelanjaan, mereka dermakan kepada anak-anak yatim serta orang-orang yang perlukan bantuan.

2)Beribadah kerana Allah SWT dan membaca al-quran.  Begitu bersemangat dan bersungguh-sungguh  dalam beribadah kepada Allah dan dia membaca al-quran.

3)Dia memelihara sembahyang 5 waktu dan merasa seronok pada kewajipan itu. Orang mukmin yang sejati akan bergetar hatinya bila baca ayat2 Allah dan akan bertambah keimanannya kepada Allah Taala.

4)Sedikit bercakap perkara dunia. Tidak terlalu melampau atau melawak beriya-iya. Sedikit berkata pada perkara yang tak dihajati. Banyak cakap banyak salahnya. Banyak salah banyak dosanya. Dah berdosa, maka neraka-lah tempatnya.

5)Tidak menghampiri benda yang syubhah apalagi perkara haram untuk melayakkan dirinya menjadi wali kepada anaknya. Jadi menghindari dari perkara syubhah dan haram.

6)Tidak sombong. Walau kaya tapi hidupnya memuliakan orang lain, seorang yang tawadhuk merendah diri.

7)Berkasih-sayang kerana Allah Taala.

8)Dia bagi manafaat kepada orang lain. Maksudnya, seseorang yang boleh beri manafaat kepada makhluk Allah Taala. Contoh: berbuat baik bukan saja pada manusia tetapi juga pada haiwan.

9)Sentiasa mengingati mati.

Menyebut tentang sentiasa mengingati mati, berikut dikongsi sambungan pengisian tentang Ingat Mati oleh ustaz yang berpandu Kitab Penawar Bagi Hati.

Muslimin muslimat yang dirahmati Allah...

Pertama2, syukur pada Allah dengan nikmat Iman dan Islam. Pelihara dan tingkatkan. Pelihara dari perkara yang merosakkan Islam. Dapatkan iman yang sebenar-benar. 100% jazam dengan Allah. Yakin 100%. Tak ada dolak dalik, tak ada berubah. Orang suka pun tetap beriman pada Allah. Orang tak suka pun tetap beriman pada Allah. Di-uji senang, tetap beriman pada Allah, di-uji susah tetap beriman pada Allah.

Selawat dan salam pada junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Semoga kita berjaya menjadi umat yang berkat, yang beroleh redha Allah, yang beroleh syafaat Rasulullah SAW. Ikut Muhammad SAW. Apa yang dibawa olehnya di-ambil, apa yang dilarang olehnya ditinggal.

Ustaz berpesan agar banyak2 kita mohon doa pada Allah dengan doa,

"Allahumma barikli fil maut, wa fi maa ba'dal maut"

Maksudnya: "ya Allah berkatilah kematian ku dan berkatilah kehidupan selepas matiku."

Bacalah 100 kali sehari. InsyaAllah akan ada berkat pada mati kita nanti InsyaAllah.

Kata ustaz, banyakkan olehmu akan menyebut perkara yang memutuskan segala kesedapan iaitu mati, sebagaimana sabda Rasulullah SAW, yang bermaksud:
"Perbanyakkanlah mengingat-ingat tentang perkara-perkara yang menghapuskan kelazatan (maut)."
Takkala baginda Rasulullah SAW ditanya tentang orang yang pintar, siapakah dia di antara manusia, maka jawab baginda SAW:
"Mereka itulah orang-orang yang memperbanyak mengingati mati, dan sentiasa bersedia untuk menerima mati.  Mereka itulah orang-orang yang pintar.  Mereka telah kembali ke rahmatullah dengan membawa kemuliaan dunia dan kesejahteraan akhirat."

Si kaya yang ingat mati, hartanya dibuat bekal, dijadikan sedekah jariah. Nikmatnya tidur, tapi jangan lupa mati. Tidur, tidur juga tapi masuk waktu solat, segeralah. Suka sangat tidur hinggakan dalam majlis ilmu pun tidur. Kalau nak tidur sangat, tunggu mati. Nanti boleh terus tidur tak bangun-bangun.


Orang-orang soleh bila dah tahu dekat dengan mati, geraknya sentiasa cari redha Allah. Malam tak tidur, Sepanjang waktu ibadah. Hati baik, cakap baik, tiada hasad.. Ibadah saja. Bukan macam kebanyakan orang sekarang ini, walau dah dekat nak mati, masih buat2 tak tahu, macam hebat sangat.

Disebut bahawa dalam kalangan orang mukmin, orang yang paling bijak ialah orang yang selalu menyebut mati. Yang tak bijaknya ialah orang yang duk sibuk mengumpul dan menyimpan barang yang nak ditinggal. Sedangkan barang yang nak dibawa bersamanya ialah amal.

Maka, kata ustaz, banyak2lah sedekah tolong orang, buat baik, ada harta tolong dengan harta, ada ilmu tolong dengan ilmu. Solat sunat, zikir.. itu amal yang nak dibawa. Jangan tinggal ibadah.  Nak tengok bola sepak, pukul 3 pagi pukul 4 pagi sanggup tunggu. Ingat tuan-tuan...bola, bola juga... solat, solat juga... Solatlah, jangan kiranya habis bola pukul 4.30 pagi terus tidur nyenyak sampai subuh terlepas..awas.

Kata ustaz lagi, peniaga yang ingat mati itu peniaga yang jujur. Meniagalah apa pun, tapi peniaga yang baik kalau masak, sedap. Tiada penipuan dalam meniaga sebab dia ingat akan mati, ingat akhirat.

Akhirat merupakan perjalanan yang sangat jauh. Jadi bekal nak kena banyak. Barang yang nak ditinggal tak perlu banyak, hanya sekadarnya. Yang nak dibawa itu perlu banyak. Sebelum solat taubat, muhasabah diri dulu, congak diri sendiri, malulah pada Allah. Ingat akan perjalanan yang sangat jauh. 'Perlu bekal yang banyak'(ustaz ulang pesanan ini 3 kali). Bila kita ingat mati, akan menambah kebajikan, menambah amal. Berubahlah. Kita akan berdepan dengan perjalanan yang sangat jauh. Apa bekal kita?

Wallahu a'lam.

Bulan Ramadhan Penghulu Segala Bulan

Bismillahirrahmanirrahim.

Ketahuilah, wahai saudara-saudaraku kaum Muslimin, moga-moga Allah melorongkan kami dan kamu ke jalan yang mudah, dan menjauhkan kami sekelian dari jalan yang sukar, serta mengampunkan kita sekelian di akhirat, juga di dunia.. amin.

Bahawasanya bulan Ramadhan itu adalah suatu bulan yang tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah dan RasulNya, dan dia juga menjadi penghulu segala bulan. Padanyalah Allah memfardhukan puasa ke atas kaum Muslimin, dan dicatitkan ia sebagai wajib yang tidak boleh ditinggalkan.

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:
"Wahai orang-orang yang beriman! Telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa, sebagaimana telah diwajibkan ke atas umat sebelum kamu, moga-moga kamu bertaqwa."   

Di dalam bulan Ramadhan juga, Allah SWT telah menurunkan kitab suciNya(al-Quran), dan dipilih di antara malam-malamnya suatu malam Lailatul-qadr, yang mana ia adalah lebih utama dari seribu bulan.  Seribu bulan ialah kira-kira 83 tahun. Cuba anda renungkan kiraan itu, dan sematkan di dalam fikiranmu, malam apakah itu yang dipandang oleh Allah SWT lebih baik dan lebih utama dari masa yang begitu panjang sekali.

Firman Allah Taala dalam surah al-Baqarah ayat 185, yang bermaksud:
"Di dalam bulan Ramadhan itulah diturunkan Al-Quran yang menjadi petunjuk bagi manusia dan keterangan-keterangan dari petunjuk itu dan yang membezakan (antara kebenaran dan kesesatan)"

Kemudian Allah Taala berfirman pula dalam surah al-Qadr ayat 1 - 3, yang bermaksud:
"Sesungguhnya Kami turunkannya (Al-Quran) pada malam Lailatul-qadr. Tahukan anda apa dia malam Lailatul-qadr. Lailatul-qadr itu lebih utama dari seribu bulan."

Menerusi firman Allah Taala di atas, kita maklum bahawa Al-Quran itu telah diturunkan pada bulan Ramadhan, kemudian ia diturunkan sekali lagi pada malam Lailatul-qadr sebagai tanda khususiahnya.

Bermula turunnya Al-Quran dari Lauh Mahfuzh ke Baitul-Izzah di langit dunia. Al-Quran mula diturunkan sekaligus dari Lauh Mahfuzh ke Baitul-Izzah, dan sesudah itu diturunkan pula oleh Jibril a.s. ke atas Rasulullah SAW dengan perintah Allah SWT satu persatu dalam masa 23 tahun. Itulah masa turunnya wahyu ke atas Rasulullah SAW. Baginda menerima wahyu dari Allah Taala ketika berumur 40 tahun, dan baginda SAW telah wafat ketika berumur 63 tahun. Demikianlah menurut kata ulama muhaqqiqin dari para salaf dan khalaf.

Wallahu a'lam.

**Kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman
Iman Habib Abdullah Haddad

Wajibnya Puasa Ramadhan


Bismillahirrahmanirrahim.


Allah Ta'ala berfirman: "Hai sekalian orang yang beriman! Diwajibkanlah puasa atas engkau semua sebagaimana yang diwajibkan atas orang-orang yang sebelum engkau semua itu," sampai kepada firmanNya: "Bulan Ramadhan yang di dalamnya itu diturunkan al-Quran, sebagai petunjuk untuk semua manusia dan merupakan keterangan-keterangan dari petunjuk dan yang memperbedakan antara kebenaran dan kesesatan. Maka barangsiapa diantara engkau semua ada yang menyaksikan bulan Ramadhan, hendaklah berpuasa dan barangsiapa yang sakit atau dalam perjalanan, maka berpuasalah menurut hitungan yang tidak dipuasainya itu pada hari-hari yang lain," sampai akhirnya ayat. (al-Baqarah: 183)

1212. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Allah 'Azzawajalla berfirman -dalam hadits qudsi-: "Semua amal perbuatan anak Adam -yakni manusia- itu adalah untuknya, melainkan berpuasa, karena sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku yang akan memberikan balasan dengannya. Puasa adalah sebagai perisai -dari kemaksiatan serta dari neraka-. Maka dari itu, apabila pada hari seseorang diantara engkau semua itu berpuasa, janganlah ia bercakap-cakap yang kotor dan jangan pula bertengkar. Apabila ia dimaki-maki oleh seorang atau dilawan dengan bermusuhan, maka hendaklah ia berkata: "Sesungguhnya saya adalah -sedang- berpuasa." Demi Zat yang jiwa Muhammad ada di dalam genggaman kekuasaanNya, sesungguhnya bau bacin dari mulut seorang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi. Seorang yang berpuasa itu mempunyai dua kegembiraan dan ia dapat merasakan kesenangannya, yaitu apabila ia berbuka, iapun bergembiralah dan apabila telah bertemu dengan Tuhannya, iapun gembira dengan adanya amalan puasanya." (Muttafaq 'alaih) Dan ini adalah lafaz riwayat Imam Bukhari. Dalam riwayat Imam Bukhari yang lain disebutkan: Allah berfirman dalam hadits qudsi: "Orang yang berpuasa itu meninggalkan makan, minum dan syahwatnya karena taat pada perintahKu -Allah-. Puasa adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya, sedang sesuatu kebaikan itu dibalas dengan sepuluh kali lipat gandanya." Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: "Setiap amal perbuatan anak Adam -yakni manusia itu-, yang berupa kebaikan akan dilipatgandakan pahalanya dengan sepuluh kalinya sehingga tujuh ratus kali lipatnya."Allah Ta'ala berfirman: "Melainkan puasa, karena sesungguhnya puasa itu adalah untukKu dan Aku akan memberikan balasannya. Orang yang berpuasa itu meninggalkan kesyahwatannya, juga makanannya semata-mata karena ketaatannya pada perintahKu. Seorang yang berpuasa itu mempunyai dua macam kegembiraan, sekali kegembiraan di waktu berbukanya dan sekali lagi kegembiraan di waktu menemui Tuhannya. Sesungguhnya bau bacin mulut orang yang berpuasa itu lebih harum di sisi Allah daripada bau minyak kasturi."

1213. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang menafkahkan sepasang binatang -yakni dua ekor kuda-, lembu ataupun unta -dalam kepentingan fisabilillah-, maka ia akan dipanggil dari semua pintu syurga dengan ucapan: "Hai hamba Allah, inilah yang lebih baik." Maka jikalau seorang itu dari golongan ahli shalat, ia akan dipanggil dari pintu Shalat, barangsiapa yang termasuk dalam ahli jihad, ia akan dipanggil dari pintu Jihad, barangsiapa yang termasuk dalam ahli puasa, ia akan dipanggil dari pintu Rayyan -artinya puas atau kenyang minuman-, barangsiapa yang termasuk dalam ahli sedekah, maka ia dipanggil dari pintu Shadaqah." Abu Bakar r.a. berkata: "Biabi anta wa ummi ya Rasulullah, tidak ada kerugian sama sekali bagi seorang yang telah dipanggil dari pintu-pintu itu, tetapi apakah ada seorang yang dipanggil dari semua pintu itu?" Beliau s.a.w. menjawab: "Ya, ada dan saya mengharapkan agar Anda termasuk dalam golongan orang yang dipanggil dari semua pintu tadi." (Muttafaq 'alaih)

1214. Dari Sahl bin Sa'ad r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Sesungguhnya di dalam syurga itu ada sebuah pintu yang disebut pintu Rayyan -artinya-: Puas dan kenyang minum. Dari pintu ini masuklah semua orang yang berpuasa besok pada hari kiamat. Tidak ada seorang yang selain orang-orang yang berpuasa itu yang dapat masuk dari pintu itu. Dikatakanlah: "Manakah orang-orang yang berpuasa." Mereka itu lalu berdiri, lalu tidak seorangpun yang dapat masuk dari pintu Rayyan tadi selain orang-orang yang berpuasa. Jikalau mereka telah masuk seluruhnya, lalu pintu itupun ditutuplah, jadi tidak seorangpun lagi yang dapat memasukinya." (Muttafaq 'alaih)

1215. Dari Abu Said r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Tiada seorang hambapun yang berpuasa sehari dengan niat fisabilillah -yakni semata-mata menuju kepada ketaatan kepada Allah-, melainkan Allah akan menjauhkan wajahnya -yakni dirinya- karena puasanya tadi, sejauh perjalanan tujuh puluh tahun dari neraka." (Muttafaq 'alaih)

1216. Dari Abu Hurairah r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. bersabda: "Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan karena didorong oleh keimanan dan mengharapkan keridhaan Allah, maka diampunkanlah untuknya dosa-dosanya yang terdahulu." (Muttafaq 'alaih)

1217. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Apabila bulan Ramadhan telah datang, maka dibukalah pintu-pintu syurga, ditutuplah pintu-pintu neraka dan diikatlah semua syaitan." (Muttafaq 'alaih)

1218. Dari Abu Hurairah r.a. pula bahwasanya Rasulullah s.a.w. bersabda: "Berpuasalah karena melihat -rukyah- bulan dan berbukalah karena melihat bulan. Maka apabila terhalang oleh awan atasmu semua, maka sempurnakanlah hitungan bulan Sya'ban sebanyak tiga puluh hari." (Muttafaq 'alaih) Ini adalah lafaznya Imam Bukhari. Dalam riwayat Imam Muslim disebutkan: "Maka jikalau tertutup oleh awan atasmu semua, maka berpuasalah sebanyak tiga puluh hari."




Tak sah solat kalau tak baca Fatihah

Bismillahirrahmanirrahim

Alhamdulillah dapat solat berjemaah di masjid. Mudah-mudahan Allah lipatgandakan pahala bagi kita dari solat seorang diri. Moga2 Allah tetap beri keberkatan dalam hidup kita..ameen. Ramadhan sudah hampir. Sekurang2nya di bulan Syaaban ini, kita tau makna bacaan dalam solat. Bila tahu makna, kita tak mudah lalai. Kata ustaz, tak ada satu tempat pun yang sunyi dalam solat. Semua tempat dalam solat, ada bacaan. 
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang.

[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.


[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Penyayang

[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari Akhirat).

[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.

[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.

[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

Di antara bacaan yang paling besar dalam solat ialah bacaan al-Fatihah. Tak ada Fatihah maka tak sah solat. Kena faham bacaannya. Dari awal sampai akhir, itu ikrar kita. Dikatakan semua makna dalam al-Quran dibuat kesimpulan dalam surah al-Fatihah. Makna surah al-Fatihah terkandung dalam Bismillah. Kita mula dengan menyebut, Bismillahirrahmanirrahim iaitu "Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang." Kita minta tolong dengan nama Allah. Setiap amalan yang tak dimulakan dengan Bismillah, tiada keberkatannya. Sebut nama Allah. Kehebatan Allah Taala, Ar-Rahman - Dia bagi semua, bukan pada orang Islam saja - Allah Maha Pemurah. Kemudian Ar-Rahim - Kasih sayang Allah - Allah Maha Penyayang.

Alhamdulillah kena rasa Allah itu pemurah penyayang baru sebut "Segala Puji Bagi Allah Tuhan Sekelian Alam. Empat pujian (di sini) semua berbalik pada Allah. Puji sebab apa? Sebab Dia lah yang mengadakan, menciptakan, menghidupkan alam ini serta merawat dan menjaga alam ini. Allah ini Pemurah dan Kasih Sayang. Allah sayang bukan setakat jadikan saja alam ini. Allah ini Malik(Penguasa). Allah tak biarkan saja makhluknya urus sendiri. Selepas Allah buat dan jadikan manusia, Allah sayang, Allah kasih, maka Allah ada peraturannya untuk menguruskan manusia ini. Sebab Allah sayang, maka Dia bagi undang-undang. Ada Din, ada agama, ada cara hidup yang betul.. yang baik. Siapa yang cari hidup selain Islam sampai bila2, selama-lamanya Allah tak terima. Dia akan rugi, dia akan menyesal. Allah buat peraturan, biar cara hidup sesuai dengan akhirat sebabnya Allah akan balas setiap amalan yang diperbuat di atas dunia ini.

Kenal Allah, maka kita sembah Allah sebagaimana yang kita ucap.."Iyya kanak budu wa iya kanas ta inn.."Hanya kepadaMu kami menyembah dan hanya kepadaMu kami meminta pertolongan."

Hanya pada Allah kita minta pertolongan. Kita minta Allah beri hidayah buat kita. Itu saja yang kita minta. Jika tak ada hidayah maka semua akan kecundang. Maka kita minta asasnya iaitu hidayah dari Allah. Tanpa hidayah, perkara lain tiada gunanya. Kita minta pertolongan Allah dengan menyebut, "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus.." Kita nak Allah pimpin kita. Itu permohonan yang pertama kita minta selepas kita sembah Allah. 

Kata ustaz, kita orang Islam, kenalah ideologi Islam. Pemikiran semua Islam, baru betul Islam. Maka, mohon mintak Allah beri jalan yang Allah beri nikmat ke atas mereka pada kita. Siapa mereka itu? Mereka adalah para ambiya, para siddiqin, para syuhadah dan para solihin. Empat golongan itu saja. Yang selain dari itu bukan jadi panduan. Tak masuk dalam empat golongan ini, tak jadi. Kita mintak bukan  golongan yang Allah murka ke atas mereka dan bukan pula orang yang sesat. Orang yang Allah murka termasuk para yahudi dan nasrani. Orang sesat pula ialah orang yang mereka-cipta undang-undang sendiri. Orang-orang ini sesat.

Setelah selesai, baru kita kata... "Aminnn...." Kata 'aminn' kena nyaring(lelaki). Tempat nyaringnya hanya tempat itu saja. "...Ya Allah, Istajib doa ana... terimalah doaku ini.. Ya Allah perkenankanlah permintaan kami..."

Wallahu a'lam.

Gambar Lulu di Laman

Alhamdulillah, Lulu dah makin aktif sekarang ni. Dah berani panjat2 bumbung dapur. Tapi time nak turun balik tak reti. Kena saya atau en suami angkat bakul tinggi2, Lulu pun terjun masuk dalam bakul. Lulu hari2 sangat asyik bermain-main di laman. Kesian pulak nampak duk buat larian 100m ke sana ke mari, takde kawan.
Time boring, baru Lulu ada feel nak kejar2 bola. Sekarang Lulu ada bola baru kaler pink. Hari tu bagi bola pingpong, dah hilang entah ke mana. Lulu suka accompany en suami buat kerja2 kat laman. Semalam time en suami nak tukar bol lampu dekat pintu dapur, Lulu sama naik sibuk panjat atas bangku tempat en suami tengah berdiri. Kelakar tengok time en suami dongak tukar bol, Lulu pun sama naik dongak ke arah yang sama.. ha ha
----------------------------

Nak selitkan hadis Nabi SAW, sama-sama kita renungkan...

Dari Abu Hurairah r.a dari Nabi SAW sabdanya: "Iman itu ada tujuhpuluh lebih atau enampuluh lebih - lebihnya ialah antara tiga sampai sembilan - cabangnya. Maka yang terutama sekali ialah La ilaha illallah, sedang yang terendah sekali ialah melemparkan apa-apa yang berbahaya dari jalan. Perasaan malu - berbuat keburukan - adalah salah satu cabang dari keimanan." (Muttafaq 'alaih)

Dari Abu Hurairah r.a lagi bahawasanya Rasulullah SAW bersabda:
"Pada suatu ketika ada seorang lelaki berjalan di suatu jalan, ia sangat merasa haus, lalu menemukan sebuah sumur, kemudian turun di dalamnya terus minum. Setelah itu iapun keluarlah. Tiba-tiba ada seekor anjing mengulur-ulurkan lidahnya sambil makan tanah kerana hausnya. Orang itu berkata dalam hati: "Niscayalah anjing ini telah sampai pada kehausan sebagaimana yang telah sampai padaku tadi." Iapun turun lagi ke dalam sumur lalu memenuhi sepatu khufnya dengan air, kemudian memegang sepatu itu pada mulutnya, sehingga ia keluar dari sumur tadi, terus memberi minum pada anjing tersebut. Allah berterimakasih pada orang tadi dan memberikan pengampunan padanya." 

Para sahabat bertanya."Ya Rasulullah, apakah sebenarnya kita juga memperolehi pahala dengan sebab memberi - makan minum - pada golongan binatang?"
Beliau SAW menjawab:
"Dalam setiap hati yang basah - maksudnya setiap sesuatu yang hidup yang diberi makan minum - ada pahalanya."  (Muttafaq 'alaih)

Dalam sebuah riwayat dari Imam Bukhari disebutkan demikian: "Allah lalu berterimakasih pada orang tersebut, kemudian memberikan pengampunan padanya, lalu memasukkannya ke dalam syurga."





Sebaik-baik Kekasih ialah Amal Soleh

Bismillahirrahmanirrahim.

Dalam perjalanan menghantar anak balik ke kolej pengajiannya, en suami bertanya tentang apakah azamnya sempena masuk ke semestar baru itu. Jawab anak saya, InsyaAllah mahu istiqamah baca al-Mathurat tiap hari, tundukkan pandangan semasa berjalan dan studi lebih sikit dari sem lepas.. :)

Alhamdulillah, mama doa berjaya! Moga mudah urusan anakku. Usaha lah untuk tingkatkan kualiti diri kita sebagai hambaAllah.  Bersolat-lah di awal waktu, slotkan masa mengaji quran sekurang-kurangnya dua mukasurat tiapkali lepas solat fardhu serta sering2 mohon doa pada Allah. Allah mendengar doa kita. Mama doa Allah tetapkan imanmu, moga menjadi insan yang berjaya dunia akhirat...aamiinn
...............................

Dalam Kuliah Maghrib, Alhamdulillah ustaz sampaikan peringatan....

Hendaklah setiap Mukmin melazimkan diri berdoa pada semua waktu, samada di waktu susah mahupun di waktu senang-lenang, sesuai dengan sabda Rasulullah SAW:
"Jika anda mengenal Tuhan pada waktu senang, niscaya Dia akan mengenal anda pada waktu susah."

Sabdanya lagi:
"Sesiapa yang ingin agar Tuhan mengabulkan permohonannya pada waktu susah dan sempit, maka hendaklah ia memperbanyak doa pada waktu senang-lenang."

Waktu senang kita ingat Allah. Waktu kita dalam kesusahan, keresahan, kita ingat Allah. Sering berdoa agar kita tergolong sebagai orang yang sentiasa mengingati Allah. Dituntut agar setiap dari kita ikut sebagaimana Nabi SAW. Contoh: Sunnah berwudhuk sebelum tidur, sunnah berdoa sebelum tidur. Jangan ambil remeh. Amalkan kerana kita tidak tahu dengan sunnah yang mana satu akan menjadi asbab untuk kita mendapat redha Allah, asbab kita mendapat rahmat dan keberkatan dalam hidup kita.  Mungkin semasa orang tak nampak, di sana lah ada keikhlasan dalam hati kita mengerjakan sesuatu amalan. Semoga Allah golongkan kita sebagai orang yang suka pada sunnah-sunnah Nabi SAW. Dapat berbuat amalan hanya ketika masih berada di atas dunia, di akhirat nanti hanya tempat menunggu balasan.

Dikatakan...
1)setiap dari manusia itu pasti ada yang dia asyik dan dia kasih.  Ada orang yang kasihkan isteri, kasihkan anak. Ada yang kasihkan sahabat handai, kasihkan saudara-mara dan ada yang begitu kasih pada harta.
2)sebahagian dari orang-orang yang dia kasih itu mungkin hanya datang menziarahinya semasa sakit. Namun waktu meninggal dunia ramai yang tak sempat datang ziarah.
3)sebahagian lagi ikut menghantar ke kubur namun selepas itu semuaya balik, terpaksa meninggalkan dia keseorangan di dalam kubur. Yang menangis waktu itu belum tentu menangis kerana kita yang mati, mungkin dia menangis kerana memikirkan diri sendiri.

Kesimpulannya, orang atau perkara yang kita kasih semuanya tidak dapat menemani kita hingga ke dalam kubur. Semua akan kita tinggalkan atau dia yang pergi meninggalkan kita. Maka siapa sebenarnya sebaik-baik kekasih kita? Sebaik-baik yang kita kasih itu sebaiknya yang boleh masuk sekali dengan kita ke dalam kubur. Hakikatnya tak dapat dicari siapa pun orangnya kecuali amal soleh. Sama-sama insafi diri. Segeralah mengambil amal soleh sebagai kekasih, semoga ia akan jadi cahaya buat diri kita di dalam kubur dan tak akan meninggalkan kita.

Ingat hakikat Allah yang beri makan minum, tempat tinggal dan segala kecukupan kepada kita. Allah pinjamkan kepada kita bumi, bulan dan matahari yang tak perlu kita bayar. Sentiasalah bersyukur dengan nikmat Allah. Kalau kita bersyukur, Allah akan tambahkan lagi nikmat. Syukur bukan sekadar hanya dengan ucapan dan kata-kata tapi perlu dibuktikan dengan amal soleh. Bersyukur itu adalah dengan pembuktian amal. Perbanyakkan amal soleh. 
Terjemahkan kasih pada Rasulullah SAW, kasih itu dibuktikan dengan amalan ikut sunnah Rasulullah SAW. Terjemahkan syukur pada Allah, syukur itu dibuktikan dengan amalan taat kepada Allah Taala yakni patuh akan suruhan-Nya dan menjauhi larangan-Nya.

Firman Allah dalam surah Ibrahim ayat 7:

وَإِذْ تَأَذَّنَ رَبُّكُمْ لَئِن شَكَرْتُمْ لَأَزِيدَنَّكُمْ ۖ وَلَئِن كَفَرْتُمْ إِنَّ عَذَابِي لَشَدِيدٌ 

Dan (ingatlah) ketika Tuhan kamu memberitahu: “Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur nescaya Aku akan tambahi nikmatKu kepada kamu, dan demi sesungguhnya, jika kamu kufur ingkar sesungguhnya azabKu amatlah keras”. {14:7}



Wallahu a'lam.

Lulu demam

Lulu kena hujan. Pagi ni badan panas, sah demam...sampai dah masuk tengahari ni tak makan tak minum... macamana ni??!

Sentiasa Berbuat Baik

Bismillahirrahmanirrahim.

Dari Jabir r.a., katanya: "Nabi s.a.w. bersabda: "Dibangkitkan setiap hamba itu -dari kuburnya, menurut -sesuai keadaan- apa yang ia mati atasnya." (Riwayat Muslim)

Keterangan:
Hadis ini menyerukan setiap manusia muslim lagi mu'min agar sentiasa berbuat kebaikan kepada siapapun, mengerjakan apa-apa yang diredhai Allah, menetapi sunnah-sunnahnya Rasulullah s.a.w. dalam segala waktu, tempat dan keadaan. Juga menyerukan supaya terus menerus memiliki keikhlasan hati dalam mengamalkan segala hal semata-mata untuk Allah Ta'ala jua, baik dalam ucapan ataupun perbuatan. Kepentingannya ialah agar di saat kita ditemui oleh ajal, maka kematian kitapun menetapi keadaan sebagaimana yang tersebut di atas itu, sehingga pada hari kita diba'ats atau dibangunkan dari kubur nanti, keadaan kitapun sebagaimana halnya apa yang kita tetapi sewaktu kita berada di dunia ini. Semogalah kita memperoleh husnul-khatimah atau penghabisan yang bagus dan terpuji.

Aamiinn... InshaaAllah...


**pautan:
Istiqamah Ikut Sunnah

Doa Masuk Pasar

Bismillahirrahmanirrahim

Hari ini hari Sabtu. Tentu semua kita tak lupa untuk banyak2 zikir 'La ila ha illallah', Zikir susunan Imam Ghazali rm untuk hari Sabtu ialah "La ila ha illallah'.

Esok dah Ahad  Jadi insyaAllah sebagaimana rutin hari minggu, biasanya saya akan ke pasar bersama en suami, sambil2 singgah breakfast , pekena roti canai cheese dengan nescafe panas. Alahai sangat sedap! Alhamdulillah.
.......................  
(Dari Kitab Doa dan Zikir Hisnul Muslim):

Sebelum melangkah masuk ke pasar, sebaiknya kita berdoa dengan doa ini:


لَا إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَحْدَهُ لَا شَرِيكَ لهُ، لَهُ الْمُلْكُ وَلهُ الْحَمْدُ، يُحْيِي وَيُمِيتُ وَهُوَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ، بِيَدِهِ الْخَيْرُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ
Laa 'ilaaha 'illallaahu wahdahu laa shareeka lahu, lahul-mulku wa lahul-hamdu, yuhyee wa yumeetu, wa Huwa hayyun laa yamootu, biyadihil-khairu, wa Huwa 'alaa kulli shai'in Qadeer.

Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah Yang Esa tiada sekutu bagiNya, bagiNya kerajaan dan bagiNya kepujian, Dia yang Menghidupkan dan Mematikan, Dia Tetap Hidup dan tidak akan mati, di tanganNya kebaikan dan Dia berkuasa keatas setiap sesuatu.

Melangkah masuk ke pasar dengan kaki kiri.
.........................
Dari Abu Hurairah ra dari Nabi SAW sabdanya:
"Yang paling dicintai oleh Allah di antara segala sesuatu yang ada dalam negeri-negeri itu ialah masjid-masjidnya, sedang yang paling dibenci di antara segala sesuatu yang ada dalam negeri itu ialah pasar-pasarnya."    (Riwayat Muslim)

Dari Salman al-Farisi ra., dari salah satu ucapannya, ia berkata: "Janganlah engkau sekali-kali menjadi orang yang paling pertama kali masuk pasar, jikalau engkau dapat, juga janganlah menjadi orang yang paling akhir keluar daripadanya, sebab sesungguhnya pasar itu adalah tempat pergulatan syaitan - maksudnya tempat keburukan seperti menipu, mengicuh, sumpah palsu dan lain-lain - dan di pasar itu pulalah syaitan itu menegakkan benderanya."
Diriwayatkan oleh Iman Muslim sedemikian.
Imam al-Barqani meriwayatkan dalam kitab shahihnya dari Salman, katanya: Rasulullah SAW bersabda:
"Janganlah engkau menjadi orang yang pertama kali masuk pasar dan jangan pula menjadi orang yang akhir sekali keluar dari pasar itu. Di pasar itulah syaitan bertelur dan menetaskan anaknya," - ini adalah sebagai kiasan bahawa pasar itulah tempat berbagai kemaksiatan dilakukan.

Dari at-Thufail bin Ubay bin Ka'ab bahwasanya ia mendatangi Abdullah bin Umar, lalu ia pergi bersamanya ke pasar, at-Thufail berkata:"Jikalau kita pergi ke pasar, maka tidaklah Abdullah itu melalui seorang penjual lobak ataupun penjual dagangan apapun juga, tidak pula melalui seseorang miskin, kecuali ia pasti memberi salam padanya." 
At-Thufail berkata: Pada suatu hari saya datang lagi di tempat Abdullah bin Umar, lalu ia meminta supaya saya mengikutinya ke pasar. Saya berkata: "Apa yang akan engkau kerjakan di pasar, sedangkan engkau tidak akan berhenti untuk berjualan dan tidak pula menanyakan harga sesuatu barang - untuk membelinya, tidak pula berpencarian di pasar itu, juga tidak perlu duduk-duduk dalam tempat-tempat duduk di pasar." Saya berkata pula: "Duduk sajalah di sini dengan kami dan kita dapat bercakap-cakap."
Abdullah lalu berkata: "Hai Abu Bathn" - artinya Pak Perut - dan memang at-Thufail mempunyai perut besar: "Hanyasanya kita pergi ke pasar itu adalah untuk meratakan salam dan kita mengucapkan salam kepada siapa saja yang kita bertemu dengannya."
Diriwayatkan oleh Imam Malik dalam kitab Al-Muwaththa' dengan isnad shahih.

Wallahu a'lam.


Nasi Mandy Kambing Nasi Arab Yang Istimewa




Alhamdulillah, berjaya buat satu menu yang istimewa iaitu Nasi Mandy Kambing. Belajar buat Nasi Mandy ni dari seseorang yang pakar dalam masakan Arab di Karnival Cinta Rasul yang berlangsung di perkarangan masjid kami baru-baru ini. Lepas semua fokus tengok tunjuk-cara step by step macamana nak membuatnya, alhamdulillah semua dapat rasa keenakan Nasi Mandy yang sangat sedap ini. Ouhh... lepas dah rasa, kami ramai2 terus pakat pergi serbu gerai jualan beliau yang ada jual rempah Mandy tu...hi hi

Jom terai buat Nasi Mandy yang sangat sedap ini. Kalau dah tau buat sendiri, InsyaAllah tak payah dah nak berhabis duit pegi makan nasi Arab kat kedai. Sangat senang cara nak membuatnya, fun and easy.. :)
Alhamdulillah, anak2 dan en suami suka, InsyaAllah akan di-ulang buat lagi selepas ini... 

Resepi Nasi Mandy Kambing

Bahan A:
4cawan beras basmathi
1/2 cawan minyak zaitun
2 labu bawang besar -potong dadu
5 ulas bawang puteh - mayang
1 biji tomato - potong dadu
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara(bakar ketika mula nak ON rice-cooker masak nasi))


Bahan B
1 kilo daging kambing
1 inci halia ditumbuk
2 sudu besar rempah Mandy
2 helai daun salam
secubit safron
1 sudu makan minyak zaitun untuk lumur 
air mengikut sukatan hingga daging lembut dan tinggalkan 5 cawan untuk masak nasi
garam secukup rasa


Cara membuatnya:
1. Kesemua bahan B di-didihkan di dalam periuk hingga daging lembut. Angkat daging dan toskan. Lumurkan daging ini dengan minyak zaitun. Manakala air rebusannya sebanyak 5 cawan disimpan untuk memasak nasi. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang besar dan bawang puteh. Setelah menjadi sedikit kemerahan, masukkan tomato sehingga naik bau.
3. Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan daging tadi.
4. Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan daging kambing di atas nasi dan buatkan lubang di tengah-tengah nasi. Letakkan aluminium foil di tengah-tengah nasi. Masukkan minyak zaitun dan arang yang telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan tudung periuk nasi supaya aroma asap dari arang terperangkap di dalam periuk.
5. ON-kan balik rice-cooker, masak lagi sehingga 5 - 10 minit. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.

Bahan-bahan untuk salsa:
2 biji buah tomato - potong dadu (dibuang biji untuk elakkan berair).
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu besar minyak zaitun
garam
gula 1 sudu besar
daun ketumbar - di mayang

Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan2 di atas, gaul mesra kesemuanya di dalam mangkuk. Perisakan sehingga secukup rasa dan sedia dihidangkan bersama Nasi Mandy.
Selamat Mencuba. 

Compliment: Terimakasih pada cik puan suami-isteri yang mengajar kami cara-cara membuat Nasi Mandy ini tempohari, siap edarkan resepinya sekali. Alhamdulillah, Jazakallah hu khairan, Semoga Allah memberi balasan yang baik... amiinn...


Ingat Mati

Bismillahirrahmanirrahim

Kata ustaz...
Yang ikut kita ke dalam kubur ialah amal, itu pun kalau ada. Yang nak kita tinggal, biasanya itu yang kita kasih semasa di dunia. Yang nak kita bawa iaitu amal, hati tak berapa nak kasih. Harta, pangkat, kuasa, isteri, anak... semua itu barang yang dikasih ketika di dunia. Yang nak kita tinggal, itu yang kita kasih. Boleh untuk kasih, tapi ingatlah kita pada Allah. Ingat bahawa, ibadah kita, itu yang nak dibawa. Yang itu sikit benar kita buat, sedangkan hakikatnya itu yang kita akan bawa. Tanya diri kita, zikir kita banyak mana hari ini? Dah zikir, dah ngaji hari ini?

Bila dah buat yang fardhu, buatlah ibadah sunat supaya kita dapat hampir dengan Allah. Kasihkan Allah sehingga kamu dikasih. Bila dah hampir dengan Allah, akan sampai tahap ingin bertemu dengan Allah. Syarat hamba nak bertemu Allah adalah mati. Ingat akan mati. Ingat mati ini banyak manafaatnya, banyak faedahnya dan banyak kelebihannya. Bak kata Luqman al-Hakim, ada dua kebaikan bagi seorang hamba iaitu: Ingat Allah dan ingat mati.

Orang yang berjaya ialah orang yang ingat mati. Seorang profesional itu berjaya bila dia ingat mati. Contoh: Peguam, hakim, doktor, jurutera, dsb akan menjadi seorang profesional yang berjaya jika ingat akan mati. Bila akan mati? Tak tahu. Di mana akan mati? Tak tahu. Bagaimana matinya nanti? Tak tahu. Semua dalam pengetahuan Allah.

Hakikat seorang yang alim, sentiasa rasa dirinya jahil. Hakikat seorang yang berilmu, sentiasa merasa banyak bodohnya. Salah-satu rukun hamba ialah sentiasa bertaubat. Ini hamba. Maka "taubatlah kita, tuan-tuan...", kata ustaz. Berhenti lah buat maksiat, tinggal maksiat dan menyesal akan maksiat. Banyak dosa kita dengan Allah, juga pada sesama makhluk. Dosa dengan manusia, dosa dengan haiwan contoh pada ayam itik, kucing dsb.

Setiap yang bernyawa pasti mati. Barang yang dijadi pasti binasa. Penghujungnya binasa. Ketahuilah olehmu bahawa ingat akan mati itu suatu sifat yang dipuji, suatu sifat mahmudah. Bila ingat akan mati, harta tak masuk ke poket sebaliknya memiliih untuk menjadikan hartanya mengalir... Derma, sedekah dan infak di jalan Allah.

Setiap yang hidup pasti mati. Yang takut mati pun mati, yang tak takut pun mati. Yang berani mati pun mati. Yang suka pun mati, yang tak suka mati pun mati. Yang kaya mati, yang miskin pun mati. Semua akan mati. Itu pasti.

Orang soleh, dia bimbang... "mati aku nanti apakah mati yang baik?" Mesti ada risau tentang mati kita nanti mati yang bagaimana. 
Maka, kata ustaz... sering2 lah lakukan solat sunat memelihara Iman serta Awwabin. Solat ini waktunya  ialah di antara waktu Maghrib dan Isyak. Selepas kita selesai dirikan solat Maghrib serta solat baadiyah, kita buatlah solat sunat yang dikhususkan waktu nya ini.. dengan lafaz niat, "Sahaja saya solat sunat memelihara Iman serta sunat Awwabin 2 rakaat kerana Allah Taala." Selepas fatihah di rakaat pertama, baca Qulhuwallah 6 kali, al-Falaq 1 kali dan an-Nas 1 kali. Begitu juga bacaan di rakaat kedua.

Kata ustaz, jika tak boleh tiap-tiap malam, sekurang-kurangnya kita buat seminggu sekali terutamanya di malam Jumaat. Pesan ustaz, benda yang lalai-lalai tu tinggal lah. Dah cukup dah tu, jangan tak puas-puas lagi. Jangan waktu berharga antara Maghrib dan Isyak, kita biarkan sia-sia, berlalu begitu sahaja. Kita lepas solat Isyak, dah balik rumah dah. Bila dah balik, susah nak ibadah dah, dah sibuk dengan anak, sibuk dengan isteri. 

Bangunlah ibadah di malam hari, di waktu tiada gangguan di mana hanya kita dan Allah sahaja. Rumah yang ada beribadat di dalamnya, akan bercahaya. Terangilah rumah kita seperti ada lampu. Jangan gelapkan rumah kita seperti kubur. Rumah tanpa ibadah ibarat keadaan seperti kawasan kubur. Bagi orang yang soleh, InsyaAllah akan mudah dan senang baginya untuk nak jawab soalan Mungkar dan Nakir di dalam kubur nanti... wallahu a'lam.

Awas, beringat-ingatlah kita, kerana kulit pun dah nak mati. Berkedut-kedut dah kulit, tak sama macam ketika kita muda dulu. Mata pun dah nak mati, kalau dulu terang melihat sekarang terpaksa dibantu melihat dengan pakai spek mata. Telinga pun dah nak mati, dahulu clear dengar suara ustaz, sekarang dah makin tak berapa clear. Pinggang pun dah nak mati, time dengar tazkirah entah berapa kali berpusing2 alih cara duduk. Banyak anggota dah nak mati, tunggu tuannya saja yang belum nak mati. Maka buat lah bekal banyak-banyak. Yang ada ilmu, berbekallah dengan ilmunya, yang ada harta, berbekallah dengan hartanya. Buat lah kebaikan banyak-banyak, moga-moga Allah terima. Moga-moga ibadah kita Allah terima...InsyaAllah. Ikhlaskan....

Banyakkan syukur bila Allah pilih kita dapat buat ibadah. "Yang dapat hadir di rumah Allah, alhamdulillah Allah pilih tuan-tuan...", kata ustaz. Maka bersyukurlah. Banyakkan syukur. Mohon pada Allah dikekalkan kita agar sentiasa terpilih beroleh ibadah. Muhasabah diri kita, berapa ramai orang di luar sana yang tak terpilih ke rumah Allah. Ada yang rumah di tepi masjid, namun tak terpilih. Sebaliknya ada yang rumah begitu jauh dari masjid, namun terpilih...alhamdulillah.

Wallahu'alam.

Kek Red Velvet yang lazat

Alhamdulillah, kek Red Velvet menjadi kegemaran semua orang di rumah kami. Sangat sedap dan lazat sesuai dengan namanya velvet..lembut berbaldu gitu kejadiannya... he he

Kek Red Velvet ini amat sesuai kalau kita buat dalam saiz yang besar bila ada makan-makan kat rumah. InsyaAllah tetamu akan rasa teruja untuk ambik terai makan sepotong dua. Kami sebelum ini kalau ada acara makan2 selalunya buat samada kek carrot, kek chocolate moist atau kek black forest. InsyaAllah selepas ini akan buat kek Red Velvet bagi merai'kan tetamu yang datang... 

Nak tau? Ini kali ke 2 saya buat Red Velvet pakai tepung mix readymade yang ada jual kat kedai bahan kek tu. Senang pakai mix je, takyah susah2 nak sukat2 bahan. Hanya  perlu ditambah telor dan minyak je... senang.. dah boleh makan kek Red Velvet yang lazat.


Bagi yang tak nak pakai tepung yang yang dah mix tu, boleh lah buat Red Velvet pakai resepi yang sering saya guna sebelum ni.


Resepi Red Velvet Cake

Bahan 1:
2 biji telor
1 cawan buttermilk 
1/2 cawan (113g)butter
1 sudu teh vanilla
pewarna merah *food colouring*

Bahan 2:

2 1/4 cawan tepung
1 1/2 cawan gula
2 sudu besar serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil garam

Bahan 3:

1 sudu kecil baking soda
1 sudu teh cuka

Cara membuatnya:

Panaskan oven 190' beserta loyang yang dah disapu minyak/margerin.
Campur kesemua bahan 1, putar sekejap je.
Dalam mangkuk lain, tapiskan kesemua bahan 2.
Satukan bahan 1 dan 2. Kacau2kan dengan senduk kayu biar mesra kedua2nya.
Campurkan bahan 3, kacau sebati.
Tuangkan adunan ke dallam loyang yang dilapik kertas. Bakarkan selama 30 - 35 miinit.
Sementara itu boleh lah diputar cheese cream untuk frosting.
Tunggu sejuk kek baru disapu cream cheese di atasnya.

Bahan untuk frosting: 

250g cream cheese
100g butter
1 cawan gula *blend halus biar jadi macam tepung*
Putar semua bahan biar jadi gebu.


Pulut Pagi Orang Kelantan

Alhamdulillah, hari ni buat Pulut Pagi sebagai minum petang. Pulut Pagi walau pun dimakan waktu petang, tetap nama dia Pulut Pagi.Tak boleh la nak pandai2 gi tukar nama jadi Pulut Petang..ha ha

Pulut pagi ni popular di kalangan orang Kelantan. Kalau tak percaya, cuba terai tanya pasal Pulut Pagi dekat kengkawan Kelantan..:-)

Hari ni besday anaknda Iman. Jadi buat Pulut Pagi ni sebenarnya atas permintaannya.. '...dah lama mama tak buat..rasa nak makan',katanya. Jadi sampaikanlah je hajat birthday girl  :-)

Resepi Pulut Pagi 
Bahan2 yang perlu ada:
Beras pulut 2cawan direndam 1jam
Nise kampong 1 keret
Gula 1 sudu besar(optional) 
Daun pandan 3helai
Kelapa puteh yang dicampur garam

Cara membuatnya:
Cara 1: Tanak/kukus pulut seperti biasa dengan air serta daun pandan paras2 air lebih sedikit dari tenggelam pulut. Sementara pulut sedang masak, parutkan nise. Bila pulut dah masak, gaulkan parutan nise serta gula bersama pulut hingga mesra kesemuanya.

Kalau nak sebati kan lagi, kukus balik pon boleh. 

Makan dengan kelapa parut puteh bergaram.

Cara 2: Panaskan air dalam kukusan.Lapikkan kukusan berlubang dengan daun pandan. Toskan pulut kemudian kukuslah selama 20minit. Masakkan nise serta gula dengan secawan air sehingga agak-agak likat. Gaul/arung sebati dengan pulut yang dikukus. Kukus balik pulut 5 -10 minit. Hidangkan dengan kelapa puteh bergaram. Senang kan...

Bagi yang suka makan Pulut Lepa Kelantan boleh tengok resepi dan cara membuatnya kat SINI

Dan Pulut Bakar yang bulat tu pulak boleh tengok SINI. Yang ini resepi warisan orang lama yang memang meniaga Pulut Bakar..alhamdulillah.

Sekian wassalam.



Sifat Malu


Bismillahirrahmanirrahim.

679. Dari Ibnu Umar radhiallahu 'anhuma bahwasanya Rasulullah s.a.w. berjalan melalui seorang lelaki dari golongan kaum Anshar dan ia sedang menasihati saudaranya tentang hal sifat malu. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: "Biarkanlah ia, sebab sesungguhnya sifat malu itu termasuk dari keimanan." (Muttafaq 'alaih)

Keterangan:
Malu itu ada yang baik dan ada yang jelek. Malu menjalani sesuatu kemungkaran dan kemaksiatan atau umumnya larangan agama atau hal-hal yang syubhat adalah terpuji dan sangat baik. Tetapi malu menjalankan ketaatan kepada Allah, misalnya malu shalat karena baru saja menyadari kebenaran beragama, malu pergi ke masjid, malu kalau tidak suka diajak berdansa-dansi, malu kalau menolak berjabatan tangan dengan wanita (bagi seorang lelaki), semuanya itu adalah tercela dan tidak ada kebaikannya sama sekali. Dalam hal ini ada sebuah hadits yang diriwayatkan Imam Bukhari yang diterima dari Abu Mas'ud yaitu Uqbah al-Anshari, mengatakan bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya diantara hal-hal yang ditemui (didapatkan) dari ucapan kenubuwatan yang pertama ialah: Apabila kamu tidak malu, maka lakukanlah apa saja yang kamu kehendaki." Adapun hadits di atas itu mengandung pengertian sebagai ancaman atau untuk menakut-nakuti pada seorang yang hendak berbuat semau-maunya. Jadi maksudnya ialah: "Kalau kamu tidak malu kepada Allah dalam melakukan kemungkaran dan kemaksiatan itu, terserahlah, kamu boleh melakukan apa-apa yang kamu inginkan dan sesuka hatimulah. Tetapi ingatlah bahwa setiap sesuatu itu ada balasannya, baik di dunia ataupun di akhirat." Ada pula sebagian alim ulama yang berpendapat bahwa maksud hadits di atas itu adalah untuk menunjukkan kebolehan sesuatu kelakuan. Jelasnya: "Kalau kamu hendak melakukan sesuatu, sekiranya kamu tidak malu kepada Allah dan para manusia, sebab memang bukan larangan agama, baik sajalah kamu lakukan. Tetapi sekalipun agama membolehkan, kalau kamu malu, tidak kamu lakukanpun baik juga jikalau hal itu termasuk sesuatu yang mubah (yakni bukan hal yang wajib atau sunnah). Jadi baik dilakukan atau ditinggalkan sama saja bolehnya."

680. Dari Imran bin Hushain radhiallahu 'anhuma, katanya: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sifat malu itu tidak mendatangkan sesuatu melainkan kebaikan." (Muttafaq 'alaih) Dalam riwayat Muslim disebutkan: "Sifat malu itu baik seluruh akibatnya." Atau beliau s.a.w. bersabda: "Malu itu semuanya baik akibatnya." Yang dimaksud itu ialah malu mengerjakan kejahatan atau hal-hal yang tidak sopan menurut pandangan umum. Adapun malu mengerjakan kebaikan, maka amat tercela dan tidak dibenarkan oleh agama.

681. Dari Abu Hurairah r.a., katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda: "Keimanan itu ada tujuh puluh lebih -tiga sampai sembilan- atau keimanan itu cabangnya ada enam puluh lebih -tiga sampai sembilan-. Seutama-utamanya ialah ucapan La ilaha illallah dan serendah-rendahnya ialah menyingkirkan apa-apa yang berbahaya -semacam batu, duri, ranting, paku, kayu, tumpahan minyak oli, lumpur, abu kotoran dan lain-lain sebagainya- dari jalanan. Sifat malu adalah suatu cabang dari keimanan itu." (Muttafaq 'alaih)

682. Dari Abu Said al-Khudri r.a., katanya: "Rasulullah s.a.w. itu lebih sangat sifat malunya daripada seorang perawan dalam tempat persembunyiannya -yakni perawan yang baru kawin dan berada dalam biliknya dengan suami yang belum pernah dikenalnya-. Ia -perawan tersebut- amat sangat malu kepada suaminya itu. Jikalau beliau s.a.w. melihat sesuatu yang tidak disenangi, maka kita dapat melihat itu tampak di wajahnya." (Muttafaq 'alaih) Para alim ulama berkata: "Hakikat sifat malu itu ialah suatu budi pekerti yang menyebabkan seorang itu meninggalkan apa-apa yang buruk dan menyebabkan ia tidak mau lengah untuk menunaikan haknya seorang yang mempunyai hak." Kami meriwayatkan dari Abul Qasim al-Junaid rahimahullah, katanya: "Malu ialah perpaduan antara melihat berbagai macam kenikmatan atau karunia dan melihat adanya kelengahan, lalu tumbuhlah diantara kedua macam sifat yang di atas tadi suatu keadaan yang dinamakan sifat malu." Wallahu a'lam.

Lulu dah makin besar



Alhamdulillah, Lulu dah makin besar. Saya lapkan badannya tiap hari dengan kain lembap. Dek dah biasa dengan rutin tu, dia tak cuba nak lari pun masa kita bersih-bersihkan badannya. Makan nasi 2 - 3 kali sehari, kalau bukan dengan lauk ikan rebus, makan dengan daging rebus. Gaul sekali dengan air rebusan daging atau ikan tu. Alhamdulillah, Lulu dan Bobo suka, selalu licin dua-dua pinggan. Pagi-pagi kadang hanya sempat buatkan roti telor buat Lulu dan Bobo. Makanan kucing Pro Diet tak jalan sangat. Tapi mesti dipaksa juga makan Pro Diet tu. Susah lah nanti bila-bila nak kena tinggal kalau tak suka makanan readymade tu, nanti nak makan apa? Ish ish.. Air minum pulak, saya hanya bagi air kosong je. Dulu rajin juga lah bagi susu, tapi sejak Lulu kena cirit birit, dah berhenti bagi susu. 

Lulu suka sangat kalau tiba hari minggu. Dia suka tunggu en suami kemas-kemas laman di hari minggu. Bila en suami mesin rumput, dia sama naik berlari ke sana ke mari. Terhibur tengok gelagat Lulu yang ceria.  Bobo pulak lebih banyak berehat. Tido je keje. Nampak perut macam berisi lagi, wallahu'alam. Moga Allah permudahkan kehidupan kucing-kucing ini... amiinn