Jom terai buat Nasi Mandy yang sangat sedap ini. Kalau dah tau buat sendiri, InsyaAllah tak payah dah nak berhabis duit pegi makan nasi Arab kat kedai. Sangat senang cara nak membuatnya, fun and easy.. :)
Alhamdulillah, anak2 dan en suami suka, InsyaAllah akan di-ulang buat lagi selepas ini...
Resepi Nasi Mandy Kambing
Bahan A:
4cawan beras basmathi
1/2 cawan minyak zaitun
2 labu bawang besar -potong dadu
5 ulas bawang puteh - mayang
1 biji tomato - potong dadu
1/2 cm kulit kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
5 tangkai bunga cengkih
1 ketul arang - dibakar hingga jadi bara(bakar ketika mula nak ON rice-cooker masak nasi))
Bahan B
1 kilo daging kambing
1 inci halia ditumbuk
2 sudu besar rempah Mandy
2 helai daun salam
secubit safron
1 sudu makan minyak zaitun untuk lumur
air mengikut sukatan hingga daging lembut dan tinggalkan 5 cawan untuk masak nasi
garam secukup rasa
Cara membuatnya:
1. Kesemua bahan B di-didihkan di dalam periuk hingga daging lembut. Angkat daging dan toskan. Lumurkan daging ini dengan minyak zaitun. Manakala air rebusannya sebanyak 5 cawan disimpan untuk memasak nasi. Ketepikan.
2. Panaskan minyak zaitun dan tumiskan bawang besar dan bawang puteh. Setelah menjadi sedikit kemerahan, masukkan tomato sehingga naik bau.
3. Masukkan beras dan goreng seketika. Curahkan 5 cawan air rebusan daging tadi.
4. Masak nasi sehingga kering. Kemudian susunkan daging kambing di atas nasi dan buatkan lubang di tengah-tengah nasi. Letakkan aluminium foil di tengah-tengah nasi. Masukkan minyak zaitun dan arang yang telah menjadi bara ke dalam aluminium tersebut. Tutup periuk nasi dengan kertas aluminium dan kemudiannya tutup dengan tudung periuk nasi supaya aroma asap dari arang terperangkap di dalam periuk.
5. ON-kan balik rice-cooker, masak lagi sehingga 5 - 10 minit. Setelah itu angkat dan hidangkan bersama salsa.
Bahan-bahan untuk salsa:
2 biji buah tomato - potong dadu (dibuang biji untuk elakkan berair).
1 batang timun dibuang biji - potong dadu
1 labu bawang besar - potong dadu
2 tangkai cili merah - dimayang halus
2 tangkai cili hijau - dimayang halus
5 tangkai cili padi - dimayang halus
1 biji lemon diperah ambil jusnya
1 sudu besar minyak zaitun
garam
gula 1 sudu besar
daun ketumbar - di mayang
Cara-cara:
Campurkan kesemua bahan2 di atas, gaul mesra kesemuanya di dalam mangkuk. Perisakan sehingga secukup rasa dan sedia dihidangkan bersama Nasi Mandy.
Selamat Mencuba.
Compliment: Terimakasih pada cik puan suami-isteri yang mengajar kami cara-cara membuat Nasi Mandy ini tempohari, siap edarkan resepinya sekali. Alhamdulillah, Jazakallah hu khairan, Semoga Allah memberi balasan yang baik... amiinn...
Memang sedap. Cubalah.
ReplyDelete