Perlu Sangat Berhati-hati Agar Tidak Terpalit Dengan Dosa

Bismillahirrahmanirrahim

Syawal hampir meninggalkan kita. Hari ini 29Syawal 1439H. Moga2 Allah rezekikan kita untuk dapat bertemu lagi dengan Ramadhan dan Syawal di tahun hadapan inshaaAllah...aamiinn

Selepas selesai sebulan menjalani kewajipan ibadah puasa di bulan Ramadhan, ustad berpesan agar kita semua terus istiqamah menjaga keberlansungan tutur kata dan perbuatan yang baik sebagaimana ketika kita di bulan Ramadhan. Kala itu kita sangat berhati-hati dalam percakapan dan tingkah laku kerana pengharapan kita pada matlamat agar ibadah diterima Allah.

Dalam tazkirah Ramadhan yang lalu hampir setiap malam diselitkan amaran supaya puasa kita bukan sekadar berpuasa menahan diri dari makan dan minum semata-mata malah harus berpuasa seluruh anggota badan dengan meninggalkan perkara2 yang boleh mendatangkan dosa. Mulut, mata, telinga, kaki tangan mesti ikut meninggalkan dosa dan maksiat. Namun sebagai hamba Allah yang sering alpa kita perlu berdoa agar mampu terhindar dari melakukan perkara yang tidak baik. Mesti perbanyakkan doa mohon sentiasa di dalam pemeliharaan Allah Taala. Tiada daya dan upaya kita melainkan dengan pertolongan Allah.

Dalam kuliah maghrib selepas Ramadhan, ustad memberi peringatan tentang perlunya kita untuk sangat berhati-hati di dalam percakapan mahupun perbuatan agar diri tidak terpalit dengan dosa. Harus di-ingat bahawa setiap yang baik walaupun sebesar zarah tidak akan terlepas dari buku catatan amal. Begitu juga sebaliknya, setiap yang buruk kita lakukan walaupun sebesar zarah tidak akan terlepas dari buku catatan amal. Allahu Akbar. Moga Allah kurniakan rahmat-Nya dan jauhkan kita dari azab siksa api neraka...

Wallahu a'lam.


No comments:

Post a Comment