Empat Sebab Hati Menjadi Gelap


Kata Imam Nawawi rm, yang menyebabkan hati menjadi gelap(gelapnya alQalbi) ialah...
1) perut yang kenyang tanpa ada had. Maknanya kenyang yang keterlaluan.
Apa kaitan dengan dosa?
Apa kaitan kenyang dengan hati yang gelap?
Jawapnya, ia berkaitan dengan sifat malas. Salah satu sebab jadi malas ialah sebab perut yang terlalu kenyang. Biasanya orang kalau perut kenyang sangat, dia jadi malas. Kenyang yang melampau membuatkannya malas. Moga kita dijauhkan dari sifat lemah, sifat malas.

Firman Allah dalam ayat 56 Surah az-dzariyat, yang bermaksud:
Dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu. {51:56}

Allah jadikan manusia tujuan utamanya untuk ibadah kepada Allah. Maka jauhilah kita dari kenyang yang melampau kerana ia boleh menjadikan hati kita gelap dek malas melakukan ibadah.

2)berteman dengan orang2 zalim
Zalim ini pancing dosa. Dosa ini menghalang rahmat Allah sampai pada kita. Lebih2 lagi zaman sekarang zaman media sosial. Kena semak siapa yang menjadi kawan2 kita, adakah yang jauh dari nilai2 agama. Siapa2 yang ada fb, ustad pesan jangan isi fb dengan perkara yang boleh mengundang dosa. Sebab apa? Sebab hidup kita ini tidak lah lama. Selagi kita hidup, bermain dengan media sosial ini kena hati2...jauhi dari kezaliman. Jaga lisan dan hati. Yang lama2 terbuat tu padamkan sebab dikhuatiri jika pemilik fb mati, tulisan2 yang tidak baik masih berlegar2 dan kekal memberi saham dosa buat si mati. Sebaiknya ahli keluarga yang tinggal ikhtiar menutup akaun fb tersebut jika yang empunya akaun tak sempat menutupnya.

3)lupa akan dosa2 yang pernah dilakukan.
Kita ini manusia yang mudah melupakan dosa2 yang pernah dilakukan. Merasa diri sendiri suci sedangkan dalam masa yang sama sibuk melihat kekurangan orang lain. Cucilah dosa dengan istighfar. Dosa dengan orang kena mohon maaf. Dosa dengan Allah kena istighfar, mohon ampun.
Belajarlah untuk istighfar, agar dosa2 kita Allah padamkan. Ibarat kita pakai pakaian yang tak dibasuh...yang hari ni kena kicap, kalu tak dicuci esok nya pula kena dakwat. Lepas tu kena kuah kari...maksudnya kekotoran datang dan datang lagi.
Walaupun banyak buat dosa, Allah beri peluang untuk kita istighfar. Oleh itu umur yang masih ada, gunakan betul2 untuk mohon ampun dengan Allah.

4) terlalu panjang angan2
Orang yang panjang angan2 pun Allah gelapkan hati nya.
Jangan kita, cita-cita untuk dunia terlalu tinggi tapi untuk akhirat sangat sedikit. Contoh: rumah dah besar tapi masih duk fikir nak besarkan lagi. Tidak terbayang bahawa akhirat lebih penting. Masih tidak sedar bahawa alam kubur perlukan persiapan.
Ilmu adalah untuk di amalkan. Memasukkan ilmu yang kita belajar ke dalam hati ialah dengan cara mengamalkannya. Nak masuk Syurga, kena fokus dalam ibadah.
Ini kita..kalau ditanya, "nak masuk Syurga?"
Semua akan jawab,"Nakkkkkkkkkkk....."

Kalau nak masuk Syurga, kejarlah...carilah...redho Allah SWT.

Wallahu'alam.

No comments:

Post a Comment