Kenangan Suasana di Mekah

Alhamdulillah syukur...













Semasa berada di Mekah, ada waktunya kami keluar melihat barang2 yang dipamerkan di kedai-kedai. Ada lah membeli sedikit untuk dibawa balik sebagai kenang- kenangan. Sempat berkenalan dengan anak muda penjual minyak wangi bernama Farhad. Alhamdulillah pandai pulak Farhad bercakap bahasa Melayu.

Semasa berjalan di sekitar kedai menjual jubah, ramai yang memanggil2 minta masuk tengok jubah di kedai mereka. Semua nampaknya pandai berbahasa Malaysia sikit2. Untuk menarik perhatian kami, mereka menyebut beberapa nama artis Malaysia yang mungkin pernah singgah di kedai mereka. Nama yang disebut2 ialah fazura, fattah amin, fasha sandha dan siti norhaliza.. Nampak macam dah hafal skrip.. hi hi.. Mungkin skrip yang sama di-ulang sebut setiapkali ada warga Malaysia melintas di hadapan kedai.



Kalau malas nak keluar jauh2, singgah di kedai2 bawah hotel pun dah cukup banyak dah.







...perjalanan Berangkat ke Madinah bermula..di SINI





No comments:

Post a Comment