Alhamdulillah makan nasi lauk sardin hari ini..he he.. . Atas permintaan anaknda, nak kongsikan cara saya masak sardin dalam tin ini. Mudah sebenarnya masak sardin kann.. . Semua orang mesti la tau..hi hi.. Tapi nak tulis jugak sebab mungkin cara masing2 berbeza. InshaaAllah boleh dijadikan rujukan buat anak2 yang baru nak cuba2 masak.
CARA MUDAH MASAK SARDIN DALAM TIN
Bahan2:
- 1 tin sardin saiz kecil
- 1 labu bawang merah(saiz kecil)
- 1 ulas bawang putih
- 1 asam keping @asam gelugur
- 7 biji lada hitam
- 5@6 hiris Cili merah
- 3@4 hiris bawang holland
**info:
~asam keping boleh je diganti dengan asam jawa/asam limau nipis/asam kasturi/lemon/cuka/sunquik oren
Cara membuatnya:
- Asingkan ikan dan sos sardin. Goreng ikan sardin tapi pastikan kuali ditutup semasa menggoreng. Tutup api dapur sebelum nak terbalikkan ikan. Goreng hingga masak tapi jangan sampai ikan jadi keras. Angkat dan ketepikan.
- Gunakan minyak yang sama untuk tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk bersama lada hitam. (bawang kalau hanya nak dicincang saja pun, boleh).
- Setelah itu, masukkan asam keping dan sos sardin. Di-ikuti garam dan gula. Tambahkan sedikit air masak. Masak hingga kaler tumisan sos bertukar jadi gelap sedikit baru dimasukkan hirisan bawang holland dan cili merah.
- Alhamdulillah done. Makan dengan nasi panas2 dan telor dadar☺️
Semoga bermanafaat inshaaAllah.
sardin ni kira menu wajib yang patut ada di waktu sekarang ni kan.. thanks share resepi.. :)
ReplyDeleteWahh sedapnye kak ti, terliur jadinya..
ReplyDelete