Cara Mudah Buat Laksa

Alhamdulillah, buat laksa hari ni sempena 5 Syawal. Masih dalam mood raya walaupun dalam pkpB. Anak2 semua dah balik rumah masing2 makanya kembali tinggal berdua saja lah kami kat rumah..he he


Jom buat Laksa.. Kita rai'kan  Aidilfitri. Sangat sedap laksa alhamdulillah💗



CARA MUDAH BUAT LAKSA

  • Laksa direbus. 

Bahan – bahan untuk kuah laksa:

  • Ikan sardin saiz sederhana 9 ekor
  • 3 keping asam gelugur
  • 3 bawang besar India
  • Secekak cili kering, cili merah 2, cili api 7
  • Sedikit belacan 
  • Secekak daun kesum
  • 3 kuntum bunga kantan
  • Garam  secukup rasa
  • Gula(hanya sedikit buat ambik syarat) 

Cara memasaknya:

  • Ikan dibersihkan lalu direbus. Sekali gelegak je, tutup api. Air rebusan ikan jangan dibuang. Asingkan isi dan tulang ikan rebus. 
  • Tumbuk isi ikan. Kalau nak blend, blend dengan sedikit air rebusan ikan. Sebahagian isi ikan jangan blend halus, hanya tumbuk2 manja gitew. Kemudian blend tulang ikan dengan air rebusan ikan. Tapis. Ulang blend tulang ikan dan air rebusan ikan. Tapis. 
  • Kemudian blend bawang merah, cili kering(yang dah direbus dan dibasuh bersih) dan belacan.
  • Okay.. Mula panaskan sedikit minyak, tumis bahan yang blend. Kacau2 jangan biar hangus. Bila dah masak cantik, masukkan pula bunga kantan dan daun kesum. 
  • Kemudian masukkan isi ikan di-ikuti dengan air tulang yang ditapis. 
  • Masukkan asam keping dan perisakan dengan garam dan sedikit gula. 
  • Biar masak lama sikit lebihkurang sejam gitu sesuai dengan kuantiti bahan di atas. Kalau masak banyak2 dalam periuk besar untuk apa2 majlis,  biarkan kuah laksa merenih di atas dapur selama 2 - 3 jam agar rasa asam garam dan cilinya berpalut/sebati. 
  • Hidangkan dengan bahan taburan/hiasan iaitu hirisan cili merah, bawang besar, daun salad, timun batang, limau kasturi dan telur rebus. 
Sekian, wassalam. 


1 comment:

  1. Tengok gambar pun dah terliur
    Salam Aidilfitri
    Maaf Zahir Batin

    ReplyDelete