Menu Kelantan

Alhamdulillah dua hari berturut² masak menu Kelantan. Nasi Dagang dan esoknya  pula Nasi Kerabu. Orang Kelantan kannn jadi tekak pun makanan klate laa..

Hi hi


Mula² tu buat Nasi Dagang. Ada lebihan beras nasi dagang yang lebih buat semasa raya aidilfitri tempohari. Jengok dalam peti tinggal dalam secawan je pun, jadi la. Dah banyak dah tu  bila dah jadi nasi dagang, makan berdua suami isteri je.. alhamdulillah.  Baru² ini jiran sebelah ada bagi ikan tongkol seekor dan ketam 7 ekor. Ketam dah selamat buat masak lemak dua tiga hari lepas. 


Alhamdulillah dapat jiran yang suka berbudi. Beras nasi dagang tu pun deorang yang kasi dulu tu. Jakallahu khoiron..moga Allah beri balasan yang baik..amin.


En suami nanpaknya sukahati dapat makan nasi dagang.  Maklum lah selalu tu  dapat rasa nasi dagang time raya je la...ha ha ha.. Resepi nasi dagang boleh tengok kat SINI.


Selesai bab nasi dagang, semalam beralih ke menu Nasi Kerabu pula. Alohhh, nak kata terlebih rajin tu tak jugak...hi hi... Buat tu sebab pikir dalam freezer dah ada belen sambal kelapa dan tumis nasi kerabu yang buat masa kesemua anaknda, menantu dan cucunda balik masa mula² keluar pengumunan dapat rentas daerah dua minggu lalu. 


Jadi okay la tu, bahan² utama nasi kerabu dah ada, tinggal hiris² ulam je alhamdulillah.  Lauknya, Ikan Kerisi Goreng dan telor masin... alhamdulillah🍀


Resepi Nasi Kerabu ada di SINI.

Allahu...Menu Kelantan dan diriku berpisah tiada...🤗🤗😅

Oh ya❗️Saya sebenarnya ada blog masak², fzMenu diberi nama. Jemput lah ya singgah, boleh tekan link INI💞

🍀🍀🍀


Btw....Sempena dah boleh rentas daerah ni, sama² la kita kekalkan patuh SOP..sentiasa pakai facemask, jaga jarak, tidak berkumpul ramai² dalam ruang yang sempit dan elakkan diri pergi ke tempat yang sesak.  Pandemik  covid19 dah merubah gaya hidup kita dari yang selama ini bebas ke sana sini, sebelum ini asal jumpa kawan je  kita muslimah ni bukan setakat bersalam-salaman tapi bertemu pipi dengan pipi tanda mesra alam persahabatan. Makanya sekarang amalan sedemikian tidak lagi boleh diteruskan sebab masing² jaga SOP.  Namun ikatan ukhwah mesti terus terjalin, ada alternatifnya antara lain melalui medsos inshaaAllah. 


Teringat kata² ustad, selama hidup ni, buat baik je. Sambung silaturrahim . Jika terlintas di fikiran kita nak buat yang tak baik cepat² ingat akan kehidupan kita selepas mati yang akan ditempuh. Neraca mizan, titian sirat...semua itu tidak akan jadi mudah bagi kita jika berterusan kita mengumpul dosa. Ayuh...buat baik untuk rebut pahala dan mendapat redho Allah. Buat hanya yang  baik untuk akhirat kita....inshaaAllah..aamiinn💌



No comments:

Post a Comment