Hamboih tajuk kemain.
Hahahaha...😄😂
Kisahnya macam ni.. Tadi dalam pukul 11pagi gitu, belek² menu masakan dalam blog masak² saya FZ Menu. (sila klik) Tiba² mata tertumpu kat posting Tepung Pelita (di SINI). "Allah..nak buat laaa hari ni, " getus hati kecilku🤭
Bestnya...teringat sangat nak makan. Bulan² posa pulak tu, hah lagi la teringin nak makan tepung pelita sejuk² keluar peti ais.
Maka beberapa arahan pun bermula lah buat suamiku, mintak tolong ambik daun pisang, lidi pokok kelapa dan daun pandan..he he
TQ.. TQ...moga Allah balas dengan kebaikan buat mu, en suami..aamiin
Duk buat temelong(bekas/bot tepung pelita) tu la ambik masa sikit, sebab tiba² kejadian je kannn...semua dan dan tu baru nak buat. Kalau tak, temelong ni boleh siap² buat awal.
Alhamdulillah..kira..kira..dapat 17 bijik semuanya.
Kemudian, kita pun panaskan lah periuk pengukus, air isi dalam ¾ penuh periuk.
Sambil² tu sediakan bahan untuk lapisan bawah dan lapisan atas. Lapisan bawah bancuh², ketepikan. Lapisan atas masak sekejap sampai naik wap atau sampai nampak sedikit tepung keras di hujung sudu/senduk. Okeh tutup api dan ketepikan(jauh dari stove yang panas).
Bila air dalam periuk pengukus dah mendidih, susun temelong dalam kukusan berlubang lalu masukkan satu sudu kecil umbu gula ke dalam temelong. Kacau² balik lapisan bawah(hijau) biar serata lalu tuangkan ke dalam temalong ½ penuh. Kukus selama 10 minit. Bila dah masak, kukus lapisan bawah untuk temelong selebihnya.
Okay, tiba masanya untuk kukus lapisan atas pula. Kacau² balik adunan lapisan atas(santan) sebelum di tuang ke dalam temelong biar tinggal ¼ ruang selebihnya temelong. Kukus selama 10 minit. Selesaikan kesemua lapisan atas untuk temelong selebihnya.
Alhamdulillah selesai...
Maka....terhasil lah kueh Tepung Pelita untuk berbuka petang nanti, inshaaAllah. Syukur Alhamdulillah💌
paling gigih nak buat 😲👏 Terer sangat Pn.!
ReplyDelete