Bercuti di Kota Kinabalu Sabah


Alhamdulillah..2 minggu lalu kami ke Sabah. Nak kenal Sabah 😍😘

Booking Airasia terlebih dulu untuk cari tiket harga murah kemudian selepas DONE booking flight baru booking accomodation. Alhamdulillah dah lama tertarik hati untuk menginap di hotel resort tempat yang anak pernah duduk iaitu Hotel Pacific Sutera Harbour. Anaknda Iman Asilah ke Sabah tempohari atas urusan kerja. Katanya resort tersebut kira terpaling lahh..😆😄



Benar, memang feel betul² holiday kami sepanjang bercuti 3hari 2malam di sana. Pakej kami siap include bowling dan snorkeling. Hah tak pernah² snorkeling, tup² dapat peluang menyelam tengok² ikan...suatu pengalaman yang menakjubkan MasyaAllah. 


Acara snorkeling bertempat di kawasan tepian pantai hotel Magelan di mana kami naik feeder bas untuk ke sana.  Sebut pasal pergi snorkeling ni, alhamdulillah semasa nak naik bas ke hotel Magelan, kami saing pergi dengan dua anak gadis  iaitu Elda dan Nisa. Elda gadis Sabahan manakala Nisa dari Semenanjung. Rupa²nya deorang pun nak pergi snorkeling. Jadinya semasa menyelam itu dapat la gambar kenangan dengan ikan², Elda tolong ambikkan snapshot serta video. Alhamdulillah tq tq Elda..Jazakillahu khoiron💌 



Esok paginya kami ambil peluang sekali lagi naik feeder bas untuk acara bowling pula di hotel Marina yang terletak di tengah² antara hotel Pacific dan Magelan. Kawasan ketiga² hotel ini sangat luas, itu yang kena naik bas hotel untuk move around antara ketiga² hotel Harbour ini.



Suasana persekitaran hotel Harbour sangat cantik dengan masing² ada taman yang menghijau, swimming pool yang besar dan luas serta ada private beach di samping port tempat kapal² kecil dan bot berlabuh. Memang tempat healing lah🌴🌱☘️🏖🏝⛵️







Air laut jernih sungguh hingga nampak jelas apa yang ada di dalam air.. terlihat ikan yang sedang berenang² di celah² batu di tepian pantai.


Okeh pasal makan pulak, alhamdulillah pakej kami included dua hari breakfast. Saya dan en suami ambik makanan yang ala² continental jeh tak rasa nak cuba yang nasi² atau makanan berat yang lain. Walau tak ambik nasi atau mee, rasa dah heavy sangat dah makan sebab semuanya super sedap, ada crossaint lagi yang menambat hati.  Best sangat, terbaek!




Untuk lunch kami makan kat mall je. Sempat ke Imago Mall dan Suria Sabah Mall. Memang up la Sabah, mall dia up-to-date bukan biasa². Kabarnya Imago Mall yang sempat 2x kami pergi itu, yang terbaru di kk. Wow!

Untuk dinner pula saya hanya tapau donut Big Apple dan makanan yang ringan² bawak balik hotel.



Kami sempat melawat ke Masjid Bandaraya Likas dan Masjid Negeri. Sempat jalan kaki pusing pusing tengok persekitaran sebelum panggil Grab hantar balik hotel. Kami betul² utilised gunakan khidmat Grab sepanjang tiga hari berada di Kota Kinabalu.  Memang efisen, panggil je dalam 3 minit Grab terus datang jemput.  Pemandu² Grab sepanjang kami di sana, semua baik² belaka. Sabahan yang assist kami di hotel sama seperti Elda di snokeling, semua berbudi bahasa dan sering tersenyum. So saya buat kesimpulan orang² Sabah ni baik hati semuanya Subhanallah🤍


Hari terakhir di kk, selepas check-out hotel, kami singgah ke Pasar Filipina untuk cari ikan bilis dan ole-ole untuk dibawa balik ke Semenanjung. Pasar dia memang happening la, suasana sama macam yang kita lihat dalam cerita Paskal..hahaha.

InshaaAllah ada rezeki teringin ke Sabah lagi...💕


Kembara PutraJaya dan Sendayan


Alhamdulillah sambung kembali kisah rombongan cik kiah😁Rombongan yang lepas ada cerita kat SINI.

Kali ini trip pergi PutraJaya dan Sendayan. Kami bertolak dari Masjid Assalam sekitar jam 7.05pagi. Belum keluar Bukit Beruntung pun lagi, dah dapat satu pack bihun goreng dan 1 botol air minuman untuk setiap peserta. Apa lagi belum sampai tol, dah selesai breakfast..hi hi..

Alhamdulillah tq tq para jurugegas trip. Efisen semua pakat tolong². En nazir kali ni yang ambik tugas bahagi²kan makanan kat semua peserta dalam bas dari depan hingga ke belakang. 

Okeh, sejam setengah jugak la ambik masa nak sampai ke PutraJaya. Sampai² Masjid PutraJaya, terus kak halimah ajak bergambar kat pintu pagar masjid..hahaha.. itu acara mesti kan kak mah😂😂


Jom tengok iterneri trip kitaorang🤗

ITENERARY LAWATAN

--------------------

6.00 PAGI- BERKUMPUL DI MASJID AS-SALAM BKT SENTOSA & SOLAT SUBUH

6.30 PAGI-BERTOLAK DARI MASJID AS-SALAM BKT SENTOSA KE PUTRAJAYA


8.00 PAGI- TIBA DI MASJID PUTRAJAYA

-TAKLIMAT

-PENYAMPAIAN CENDERAHATI

-BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA AJK MASJID

-SARAPAN PAGI


9.30 PAGI- ZIARAH MASJID BESI


11.00 PAGI- MELAWAT KE NASRUL QURAN-KILANG MENCETAK AL QURAN


1.00 TGH- SOLAT ZOHOR DI MASJID SENDAYAN NS

-TAKLIMAT


3.30 PTG- KE NILAI 3..MEMBELI BELAH /MELONTAR 


6.00 PTG- BERTOLAK DARI NILAI 3... SINGGAH DI JEJANTAS SUNGAI BULOH MKN SATAY


10.00 MLM-TIBA DI MASJID AS-SALAM BUKIT SENTOSA

................................

Alhamdulillah di Masjid PutraJaya kami di-rai'kan dengan juadah Nasi Lemak oleh pihak masjid. Sedap nasi lemaknya alhamdulillah. Syukron. 

Tapi tulah...  time lari sikit dari iterneri... agak terlama pulak dengar taklimat kat Masjid Putrajaya. Pegawainya bagi briefing yang detail. Dengar sampai selesai, rai'kan suasana. Jazakallah tuan.




Singgah sekejap di Masjid Besi alang² dah datang jauh ke sini. Yang istiqamah,  ambil peluang cepat² masuk masjid solat sunat tahyatul masjid.  Alhamdulillah.

Ketika bas dah bergerak nak ke Nasrul Quran, tiba² ada yang tersedar Hussain takde dalam bas. "Hussain takde, hussain takde!". Aduhh..tertinggal hussain la pulak. Dan² tu telefon saya ringing, angkat² dengar suara hussain. Tanpa tunggu dengar apa yang hussain nak kata saya terus cakap, "Ok Ok Sin tunggu, ni bas dah patah balik!🤭😄😂 Sabar la Sin...

Kemudian pergi ke Nasrul Quran. Berpeluang melawat ke Nasrul Quran buat saya dan en suami teruja sangat. Baru tahu ada Nasrul Quran ni kat PutraJaya. Rupa²nya Nasrul Quran ini merupakan tempat percetakan alQuran kedua terbesar selepas di Arab Saudi. Subhanallah. Banyak info dan input kami dapat dari taklimat pegawai bertugas. Dapat hadiah cenderahati naskah Yasin setiap seorang untuk kami bawa pulang. Jazakallah.







Jalan terus ke Sendayan selepas itu. Jam dah tunjuk pukul 2.15ptg waktu kami bertolak dari Nasrul Quran. Perut dah terasa lapar time tu, ya lah kami warga tua ini perut kena ikut time, bab makan😄😁 Tapi innalillah bas tak berhenti mana² di PutraJaya, terus menuju ke Masjid Sendayan...🤔...huuu

Solat Jamak Qasar Zuhur dan Asar di Masjid Sendayan. Dengar taklimat ringkas dari pegawai yang incaj. Lepas bergambar lebih kurang, kami cepat² berjalan nak naik bas. Ingatkan nak bawak pergi makan, rupa²nya bas terus ke Nilai 3, dengarnya sebab bimbang Nilai 3 tutup awal jam 7ptg. Ramai antara kami nampak agak kecewa, sebab dah pukul 5ptg kot belum makan. Tapi sabar je lah...

Alhamdulillah saya dan en suami di offer oleh en shukeri untuk ambik bihun yang belen breakfast pagi tu. Alhamdulillah, bihun masih ok. Takpe la buat alas perut, kurang lah sikit rasa lapar tu. Saya mintak en suami hulurkan roti berintikan serunding daging (yang tinggal sekeping yang bawak bekal) buat Ustad Ramli kat seat sebelah. Kemudian kami makan buah tin yang bawa bekal sambil hulurkan buah tin buat ustad Ramli dan en Sham(yang duduk sebelah ustad). Yang lain² wallahu'alam ada bekal ke tak. Dalam duk termenung tu, saya buat kesimpulan kalau nak ke mana² , wajib bawak bekal. Bukan apa, standby kalau apa² hal contoh bas strended ke, jalan jem ke, atau jadi kes macam kami ini, kurang² ada benda makan dan air minum.

Sampai di Nilai 3 baru semua cari kedai makan. Alhamdulillah kami suami isteri dah rasa tak lapar sangat sebab dah makan bihun jadi turun beli goreng pisang dan keropok lekor je kat gerai tempat bas parking.  Saya dan en suami serta 8 orang peserta tak ikut turun shopping di Nilai 3. Saya memang tiada keperluan nak beli apa² sebab kat sana ada apa je, meriah dengan langsir dan carpet je😁🤭

Sepanjang perjalanan balik, saya rasa agak kurang selesa dengan bunyi muzik yang kuat, mungkin sebab tv kedua dalam bas terletak hampir atas kepala. Jadi speaker dari tv tu betul² annoying.. bising dari suara drama yang dipasang kemudian sambung pula dengan hidangan lagu² raya yang agak bingit.. Allahu. Bagi saya yang tua ni fikir, elok lah kiranya dipasang zikir slow² dalam perjalanan sekurang²nya semua dapat ikut berzikrullah kala bermusafir. Lebih sesuai rasanya, sementelah peserta yang ikut rombongan 80 peratus terdiri dari warga tua + warga emas. Wallahu'alam.

Otw balik ke Bukit Sentosa tu, kami singgah di rnr Elmina (tak jadi ke rnr Restoren Jejantas Sg Buloh seperti dalam eterneri)untuk solat jamak qasar Maghrib dan Isyak. Kat sini bagi yang nak makan, boleh makan. Jadi saya dan en suami serta beberapa peserta lain ambik peluang makan Sate Hj Samuri. Yang lain² cari makanan ikut selera masing².

Apa pun alhamdulillah trip kali ini ok la, quite happy trip walaupun ada drama sikit sebanyak tu... hahaha.. biasa la tu pergi rombongan kan. Kena redho dan berbaik sangka. Alhamdulillah kebaikan dan manafaat ikut trip ini banyak, manafaatnya alhamdulillah dapat menampung mana² bahagian yang kurang. 

Terimakasih buat semua yang terlibat menjayakan trip kali ini terutamanya Hj Ram dan Hj Lan yang dah buat yang terbaik. Jazakallahu khoiron. Moga Allah balas dengan kebaikan..aamiinn