Kembara Ke Kedah dan Perlis

Alhamdulillah tiba² je ikut pergi rombongan cuti² Malaysia... hahaha

Dapat info pasal trip ni dari kawan (kak halimah) yang terserempak semasa solat di surau Lotus Rawang. So lepas tu terus minta en suami roger² tanya Haji Ramli ketua rombongan. Hah lepas tu terus konfem ikut rombongan 2hari 3 malam, 1 - 3 March tu...hi hi


Bas bertolak dari masjid Assalam Bukit Sentosa pada kira² jam 10.18malam. Imam Megat tolong bacakan doa mohon keselamatan dan moga Allah permudahkan urusan rombongan kami. Semua peserta nampak excited, termasuk saya dan en suami rasa seronok la, ikut rombongan cik kiah kot..🤭😆


Okay selepas bas bergerak dalam 2 jam, kami berhenti sekejap cari bilik air di Hentian Ladang Bikam. Kemudian lepas tu berhenti minum pula, saya minum nescafe panas encik suami tehO panas di RnR Gunung Semanggol. Dalam iterneri sepatutnya berhenti di hentian Sg Perak, tapi dengar katanya tempat tu tengah renovation. Jam 3.45pagi kami meneruskan perjalanan dari stesen minyak Gunung Semanggol.  Moga² inshaaAllah sampai ke destinasi kira² dalam 2 jam lagi. Tungguuuuu sambungan cerita ya.. 


5.30pagi

Alhamdulillah sampai di Masjid Madad(Masjid Murtadha Dakwah Centre) di Sg Petani, Kedah yang tersergam indah. Pabila masuk dalam masjid tak sangka jadi lagi terpegun dengan rekabentuknya yang minimalis. Luas dan lapang ruang solat masjid serta mesra musafir. Usai solat Subuh, alhamdulillah rezeki dapat bersarapan nasi goreng yang disediakan oleh pihak masjid. Khabarnya mereka menyediakan sarapan untuk 500 jemaah untuk hari tersebut. Subhanallah.. Jazakallahu khoiron.



Kemudian kami meneruskan perjalanan ke masjid yang tak berapa jauh dari Masjid Madad. Bas berhenti di Masjid Al-Busyra, Merbok, Kedah. Subhanallah..begitu cantik masjidnya, ruang veranda sangat lapang dan santai. Di sana, kami berpeluang mendengar taklimat dari salah seorang Imam masjid yang banyak beri informasi dan bercerita tentang 'misi semasa' Masjid Al Busyra. 




Okay dah sampai Alor Star, bas berhenti di persinggahan pertama melawat rumah kelahiran Tun Dr Mahadhir Mohamad. Sangat cantik dan nostalgia rumah lama namun terjaga. Di dalamnya terserlah banyak kenangan Tun Dr Mahadhir bersama keluarga.


Kemudian singgah pula di Pekan Rabu. Halah halah..camgitu je rupanya..hi hi..kata en suami, "lebih kurang macam PKNS Shah Alam".... gituu.. tapi okay la juga, kami ok je rehat², santai² sambil hilangkan penat duduk atas bas.😁


12.30tengahari

Kami berhenti di Masjid Zahir. Senibina masjid sangat cantik. Khabarnya dibina sejak lama dulu. Alhamdulillah ada jamuan makan tengahari buat kami seluruh ahli rombongan. Jazakallahu khoiron. Tempat makan pula tu di tepi sungai. Jadi sibuk bergambar lah saya dengan kakzan dan kakmah, posing buat kenangan..he he.. 

Kami selesaikan solat jamak takdim Zohor dan Asar kemudian duduk beramai² dengar taklimat dari puan ajk masjid yang nampak gembira menyambut kedatangan kami. Jazakillah.





Bas bergerak lagi... Singgah pula  di Menara Alor Star. Ketua rombongan kata, "jom naik, kat ataih tu nanti kita boleh nampak semua tempat,  boleh nampak langkawi" ...Eh biar betul boleh nampak eh langkawi, hati saya berkata²🤔🤔😁

Bila dah berada kat atas tu, saya dah mula rasa penat. Itu yang tak semangat sangat nak tinjau view sekeliling. Sibuk cari bangku, fikir nak duduk je time tu...hi hi


Kemudian dah masuk petang, cari minum petang la pulak kita ya tak..hi hi... jadi nya bas berhenti di Restoren Din Laksa Telok Kechai. Allahu, siriyes, best sangat rasa laksanya. Satay daging pun over sedap. Kiranya memang terbaik makan kat situ!  Alhamdulillah.



Penghujung hari, kami pun terus ke Masjid Aman yang mana dalam iteneri, rombongan kami dijadualkan duduk bermalam di homestay masjid. Alhamdulillah syukur alhamdulillah, Allah permudahkan kami berkongsi² ruang duduk ramai² dalam rumah 4 bilik itu. Peserta lelaki ditempatkan dalam rumah berasingan selang beberapa rumah dari rumah peserta wanita. 

Esoknya, selepas solat Subuh, kami berpeluang mendengar taklimat dari pengerusi @Imam masjid bercerita tentang Masjid Aman. Ketua rombongan kami juga turut mengisi slot bicara pagi itu dengan sokongan padu kami🤣 sebelum kami dijamu dengan juadah nasi lemak serta kueh muih oleh pihak masjid. Alhamdulillah Syukron Jazilan tuan pengerusi serta ajk masjid yang begitu merai'kan kami. Terpahat indah di ingatan bilamana bukan setakat disediakan jamuan sarapan malah dapat pula cenderahati dari pihak koperasi masjid berupa sebotol air minuman, roti krim dan gula² untuk bekal dalam perjalanan. Allahu...baik hati sungguh orang² Kedah ni🤍




Tak lama mana bas bergerak, kami singgah pula ke Muzium Padi. Agak kaget bilamana kaki melangkah masuk ke dalam ruang muzium. Banyak perkara yang menarik hati. Lebih- lebih lagi bila naik je tingkat atas...terkejut rasanya! Sangat indah pemandangan lukisan di sekeliling tempat kami berdiri.😲😲









Okay tiba saatnya kami gerak ke Perlis untuk ke tempat melontar😁😁 iaitu Padang Besar.he he he.. Ini pengalaman kali pertama saya ke Padang Besar. Sebelum ni hanya dengar orang duk sebut². Sampai² sana tengok lebih kurang sama macam Pengkalan Kubur dan juga Rantau Panjang lar tempatnya. Barang² jualan kebanyakan dari Siam termasuk menu makanan contoh saya dan en suami oder makan Pulut Mangga dan Kerabu Maggi. Alhamdulillah boleh tahan la rasa, sedap. Shopping la serba sikit barang-barang makan sebagai ole² buat cucu².



Singgah solat jamak takdim di Masjid Bandar Arau. Ada peserta yang belum makan ambil peluang makan di gerai berhampiran. Peserta selebihnya makan di satu restoran yang menyajikan nasi lauk daging bakar/ayam bakar cicah air asam. Lupa nama kedai, nak kena tanya KakMah, rasanya beliau ada ambil gambar depan restoren. Saya pon ikut makan di sana, alhamdulillah sangat sedap! Terbaik!


Setelah itu bas bergerak lagi, dan kami singgah melawat Masjid Terapung Kuala Perlis iaitu Masjid Al- Hussain..... Indah sungguh pemandangan masjid terapung berlatar belakangkan laut dan langit biru. Memang menganyikkan bilamana tengah bergambar itu, angin sepoi sepoi bahasa menyapa wajah😁...Subhanallah..




Destinasi seterusnya dan terakhir kami di Perlis...alhamdulillah sempat singgah di Jambatan Gantung yang sepatutnya ke sini sambil nak tengok pasar dalam perahu di sana. Rupa²nya tak sempat nak melontar apa² di pasar perahu sebab dah terlebih time.  Jualan dalam perahu hanya sehingga 6.00 petang sedangkan kami sampai terlewat sikit dari masa tersebut.



Okay alhamdulillah selesai sudah misi rombongan kami sepertimana dalam iteneri lawatan ke Kedah dan Perlis. Bas berhenti di masjid (lupa nama) untul kami solat jamak takdim Maghrib dan Isyak. Alhamdulillah dah selesai semua, bas memulakan  perjalanan pulang kami ke Bukit Sentosa. Sampai depan masjid tepat² jam 4.30 pagi, alhamdulillah. 


Bila terkenang balik akan cuti² Malaysia kami 2hari 3 malam itu, saya tersenyum sendiri. Sungguh, sangat happening trip kami yang diketuai oleh Hj Ramli dibantu oleh Hj Lan serta En Shukeri itu. Terima kasih tuan². TQ juga buat kak zan dan As yang tolong² uruskan peserta. Tah berapa kali tah kami naik turun bas..hahaha...kira berumah di atas bas itu lah, kat tempat duduk yang sama kami duduk dari mula journey sampai berakhir percutian kami. Tqsm buat Hussain yang ramai pakat mintak ambikkan gambar. Terbaek Sin! Jazakallah. Terimakasih tak terhingga juga buat pemandu bas come tour guide kami yang memandu dengan berhemah hingga dengan izin Allah kami selamat tiba ke destinasi dan selamat balik ke Bukit Sentosa. Kenangan manis terpahat di ingatan. Alhamdulillah Allah permudahkan urusan.. Jazakallahu Khoiron semua🤍


Wassalam.





1 comment:

  1. First time ikut rombongan masjid, agak best. Kami diraikan di masjid2 siap ada taklimat dan makan free. Organizer mmg dah arrange awal2, mmg terbaek. Ada peluang yg bersesuaian insya-Allah kami akn join lagi di trip yg lain pula. Wallahu'alam.

    ReplyDelete