Terkedu bila dengar ustaz kata:
"Sembahyang tu sembahyang tapi aurat bukak lagi..
Sembahyang... sembahyang... tapi ngumpat tu ngumpat juga...
Sembahyang... sembahyang... tapi bila bercakap dengan suami, suara masih tinggi juga..."
Sembahyang... sembahyang... tapi ngumpat tu ngumpat juga...
Sembahyang... sembahyang... tapi bila bercakap dengan suami, suara masih tinggi juga..."
Tambah ustaz:
Jangan kita tergolong dalam mukmin yang derhaka. Mukmin yang derhaka maknanya mukmin yang masih mengekalkan dosa. Itu tanda hati kita belum bersih. Itu tanda solat kita masih tak kusyuk.
Itu sebab ada yang sembahyang tapi masih jahil, ada yang sembahyang tapi sembahyangnya dalam keadaan malas. Ada yang sembahyang tapi sembahyangnya seminggu sekali, ada yang sembahyang tapi sembahyang bila time sempat.. kalu tak sempat, tak sembahyang. Ada yang sembahyang tapi tak sedar sah atau tidak sembahyang yang sedang dilakukannya...
Maka, berusahalah kita menjadi orang yang berilmu... moga-moga ilmu dapat suluh diri. Ilmu dapat menyemak di mana keberadaan kita sekarang ini. Sifat orang beriman selalu berharap. Contoh, berharap untuk pandai... bagaimana caranya? Nak pandai kena lah usaha untuk belajar. Bila belajar yang bodoh jadi alim(berilmu). Belajar wajib belajar tapi tak wajib jadi pandai. Bila tak begitu pandai, maka kita pun berharap lagi... usaha lagi. Suatu sifat yang istiqamah, terus berharap, tak putus harap, tak putus asa. Jangan bila kita tak pandai, terus berhenti berharap.. contoh dengan berkara, "...malas lah nak belajar lagi, belajar pun tak pandai-pandai jugak.." Itu dah macam putus harap.
Jika kita harap baik, InsyaAllah baiklah kesudahannya. Jika kita harap rahmat, InsyaAllah kesudahannya rahmat. Biar harap mati dalam beriman. Tak semua orang bila nak mati boleh sebut Allah. Saat nak mati... mata dibuta, telinga dipekakkan, dah tak kenal orang, mulut kelu... sebab waktu itu Allah dah nampakkan macam-macam, Semua bergantung pada amalan masing-masing. Ahli ibadah ada kemuliaan saat dan ketika hendak meninggal dunia.
Oleh itu, jangan bertangguh untuk taubat. Bimbang nanti takut tak sempat nak taubat. Kita takut dalam tengah berlaku derhaka, tengah buat dosa... ditakdirkan Allah sampai ajal kita... nauzubillah.
Harap itu adalah cita-cita, bergantung hati pada apa yang di-idam. Bergantung hati terhadap perkara yang digemari. Contoh... kita harap akan redha Allah, harap Syurga Allah. Bila harap kena disertakan pula dengan usaha. Bukan sekadar berharap kosong. Contoh... nak hasil padi tapi takdepulak tanam padi. Jadi takde usaha, maka tak sampai ke mana 'harap' tu. Contoh 2... cita-cita nak dapat anak, tapi kawin-nya tidak. Dengan berkahwin InsyaAllah baru mendapat anak. Walau bagaimanapun semua terletak pada rahmat Allah,.. ada yang dah berkahwin bertahun-tahun tapi belum ada rezeki untuk menimang cahayamata.
Kesimpulannya, hati seorang mukmin mesti sentiasa bersandar pada Allah. Dari sifat harap harus timbul usaha. Usaha pula kena cukup. Ada yang usaha tapi usaha tak sungguh-sungguh, tak cukup. Maka tak tercapai-lah harap.
Usaha mesti disusuli dengan doa. Mintak hanya pada Allah. Dekat dengan Allah agar Allah dengar apa yang kita mintak. Jangan kita miskin dalam ibadah, jangan kita miskin dalam amal-soleh. Jangan kita jadi hamba dunia yang sibuk berniaga sampai tak ingat solat. Bila duduk dalam majlis ilmu, jangan baru sejam belajar, mata duk asyik mengerling tengok jam. Didik hati biar cintakan ilmu... biar makin belajar, makin terasa kemanisan-nya.
Jom hijrah dari sikap lalai kepada yang tak lalai. Usaha hijrah... usaha mencari rahmat Allah. Moga-moga ilmu dapat suluh diri... aminn
jom hijrah
ReplyDeleteSalam,
ReplyDeleteSentiasa berazam mahu bertindak bersandarkan syariat terutama dalam mendidik anak-anak..
insyaAllah..moga sentiasa didorongkan ke arah yg mengingatiNya..
ReplyDeletemembuat kebaikan utk mencari keredhaan..moga diberkati..Ameen..
Cikli...
ReplyDelete...Jom!! :)
Che Mid...
ReplyDeleteBetul che mid.., ustaz tekankan agar kita amalkan ikut sunnah dalam mendidik anak2.. Banyak gejala sosial berlaku hari ini sebab asas didikan pada anak2 tak ikut al-quran dan sunnah..wallahu'alam.
sal...
ReplyDeleteSama2 harapkan yang terbaik agar hasilnya InsyaAllah terbaik. Para ustaz pesan suh protect diri kita sepanjang hari dengan amalan zikir cth: zikir al-Mathurat (pagi dan petang)
Kita ini tiada ilmu melainkan Allah lah yang memberi ilmu. Maka bergantung haraplah hanya pada Allah. Kita tiada apa2. Semuanya dari Allah.
ReplyDeleteAnon,
ReplyDeleteKita Allah punya
Mana kita punya?
tidak ada kepunyaan kita
mana milik kita?
tidak ada milik kita
semua yang ada Allah yang punya
tidak ada kita punya
kalau Allah tidak beri
kita tidak punya apa-apa