Perjuangkan Cinta Anda


Al-kisah...


Seorang yang sedang di alam percintaan terus booking tiket dan terbang ke tempat kekasihnya yang saat itu sedang cuba di-tackle oleh seseorang yang lain. Tidak sanggup untuk melepaskan cintanya begitu saja, si pria nekad ke sana untuk selidik apa yang sebenarnya berlaku. Sekurang-kurangnya persoalan akan terjawab, apa-apa pun keputusan belakang kira.. yang penting puas hati dapat berdepan sendiri dengan sang kekasih yang sedang diuji tahap kesetiaan.

Alhamdulillah berkat beliau terbang nun ke sana 'to clear out the air', akhirnya dengan izin Allah jodoh mereka kuat, alhamdulillah kini bahagia beranak pinak happy ending...

Ambik iktibar kisah tersebut. Selagi ada daya, usahalah untuk perjuangkan cinta anda. Jangan biarkan terlepas begitu saja. Buktikan pada sidia, sayang anda sayang yang sungguh-sungguh. Suka anda suka yang bukan main-main. Tunjukkan concern anda pada apa jua permasalahan beliau. Jangan sekadar tunggu saat yang suka, bab duka beliau anda pinggirkan.

Jika hanya kerana masalah kecil kita lepaskan cinta, itu rasanya dikira tidak berbaloi... sia-sia sudah masa dan tenaga yang dah dihabiskan bersama, berkenal-kenalan selama beberapa lama. Kalau nak mulakan relationship yang baru, tentu mengambil masa... bermakna akan mula balik dari A sebagaimana awalan cinta yang telah dilepaskan.

Di samping usaha, penting untuk konsisten berdoa mohon petunjuk Allah terhadap hubungan yang terjalin. Allah dah tentukan apa dan siapa yang terbaik buat kita. Jika ada jodoh kita, InsyaAllah tidak akan ke mana perginya walau sekelian ribut melanda. Sebaliknya jika berusaha banyak mana sekalipun untuk selamatkan hubungan namun dah ditentukan Allah sidia bukan jodoh kita, maka akurlah dengan ketentuan Illahi... terimalah dengan redha... Ingat hakikat, bunga bukan sekuntum kumbang bukan seekor....
Bersabarlah...



Wallahu'alam.

2 comments:

  1. Assalamualaikum..
    ye memang betul,anak2 kena usaha,perbaiki diri dan hubungan ukhuwwah..

    klu anak2 membaca n3 begini, memberi semangat kepada mereka..

    ada anak2 yg susah nak dpt jodohnya..
    ada pula yg senang..kena ikhtiar..

    ReplyDelete
  2. Waalaikumussalam sal...
    Tq.. moga yang kurang semangat jadi pulih semangat InsyaAllah. Tapi ingat cintakan sidia hanya kerana Allah baru ada keberkatan.
    Kalau elok je perjalanan persahabatan tu akceli boring kan sal.. ya lah kira hati tidak ter-uji. Makanya kalu dapat lepas cabaran yang lebih kurang tu InsyaAllah dapat lebih mematangkan diri untuk hadapi cabaran yang lebih kencang... :)

    ReplyDelete