Scramble Egg Sedapnya

Alhamdulillah banyak stok telor kat rumah lepas raya ni. Beli untuk buat kueh raya sebenarnya tu. Kira2 semua.. ada 45 biji telor dalam peti. Uish..satu papan setengah kot berlebih. Risau takut rosak kalau dibiarkan kat luar, makanya saya siap2 masukkan ke dalam peti ais kesemua telor2 tu sebelum gerak balik ke Kelantan untuk berhariraya.

Makanya, bila dah balik semula ke rumah...alahai sambung buat kueh le jawabnya nak menghabiskan stok telor dalam peti tu semua.

Ermm..perlu ke ni nak kisahkan panjang lebar pasal stok telor ni...hahaha...apakah..maaf ya

Tapi yang nak cerita... yang menariknya, kalau dah banyak stok telor kat rumah kita sebenarnya boleh la kita buat Scramble Egg tiap hari...hah orite tak...he he

Meh kita tengok camane nak buat Scramble Egg yang super delicious ni. Sedap dimakan bersama mashed potato (sila klik) dan juga roti. Makan dengan  Hash Brown (klik)pon sedap juga. Saya suka....


CARA BUAT SCRAMBLE EGG
Bahan yang perlu ada:
Telor 2 - 3 biji
1 sudu besar butter
1 sudu besar susu pekat manis*
Setengah cawan air*
(Kedua2 bahan yg bertanda * ini boleh jika suka digantikan hanya dengan fresh milk)
Sedikit garam

Cara membuatnya, mudah saja:
Panaskan butter atas pan kemudian tuangkan susu pekat beserta air dan garam. Kacau2kan.

Biarkan mendidih seketika kemudian baru masukkan telor yang dah dikepok2 manja. Kacau2kan serata. Bersedia untuk tutup api dapur sebelum telur menjadi kering/keras. Scramble Egg ni mesti melekit2 dan lembik sedikit finishingnya👌

Okeh..alhamdulillah..done Scramble Egg☺️☺️

No comments:

Post a Comment